Setelah dua malam menginap dan dilayan VVIP di hospital ini, aku dibenarkan pulang. Doktor yang merawat aku baru sahaja keluar dari bilik. Dan kini aku pula memikirkan ke mana harus aku pergi. Bapak tak munculkan diri lagi sejak kelmarin. Dan aku pula tak mengharapkan bapak datang ke sini. Biarkan aku selesaikan masalah aku sendiri.
Tak lama selepas itu, Hady yang munculkan diri. Semalam seharian dia tak menjenguk aku. Biarlah, aku pun tak harapkan apa-apa dari dia. Tak datang terus pun tak apa.
"Doktor cakap kau dah boleh keluar. Jom... Cepat siap."
Arahan dari Hady aku pandang sepi. Siapa cakap aku nak ikut dia?
"Kau ni kenapa? Aku cakap bebaik je. Jangan buat aku hilang sabar lagi boleh tak? Cepat!"
Sungguh tajam renungannya pada aku. Tapi sedikit pun aku tak gentar. Aku tak nak balik rumah dia. Bertembung dengan Balqis salah satu benda yang aku tak nak buat.
"Aku tak nak balik rumah kau."
"Kau suka atau tak, kau kena ikut aku. Aku dah janji dengan bapak kau yang aku akan jaga kau. Ke kau nak aku hantar kau balik rumah bapak kau? Jangan cabar aku, Jo."
Tenang sahaja dia berkata. Tak ada rasa bersalah langsung. Aku mencebik. Ugutannya berjaya membuatkan tubuh aku bergerak. Perlahan aku bangun dan masuk ke tandas untuk menukar baju. Sempat aku melihat dia tersenyum kecil. Syaitan!!! Kan mulut aku ni dah jahat. Sorry ye baby....
Sepanjang perjalanan hanya bunyi radio yang kedengaran. Manakala otak aku ni memikirkan macam-macam. Dan banyak soalan yang ingin aku tanya pada Hady. Kalau boleh, aku tak mahu berbincang depan Balqis. Aku menarik nafas panjang, dan aku hembus perlahan.
"Balqis pregnant?"
Tenangnya wajah Hady. Tak kan dia tak terkejut sebab aku tahu hal itu. Dia diam. Aku pula memandang wajahnya sambil menunggu jawapan darinya. Aku masih berharap ianya tak betul. Bukan itu yang aku dengar malam tu.
"Aku dah agak dah kenapa kau lari? Aku tahu kau dengar perbualan kami malam tu. Sebab aku dengar bunyi pintu."
"So?"
Hady menganggukkan kepalanya perlahan. Shit!!
"Macam mana dia boleh mengandung? Mak...maksud aku bukan ke korang kata dia tak boleh pregnant?"
Aku masih ingat lagi hari tu bila semua permainan mereka terbongkar. Hari itu juga Hady beritahu yang Balqis tak boleh mengandung. Keliru aku dibuatnya.
"Sorry Jo. Kiteorang tipu kau. Masa kat hospital hari tu, Balqis dimasukkan hospital sebab...sebab dia gastrik."
Aku ternganga sebaik Hady menghabiskan kata-katanya. Pelbagai kata makian aku aku jeritkan padanya. Tapi sekadar dalam hati sahaja. Dorang tipu aku hidup-hidup.
"Gastrik? Hahahah.... Hady! Apa kau dah buat ni??? Kalau dia boleh mengandung, kenapa korang nak aku mengandungkan anak kau? Aku tak faham! Tak faham!!!"
Aku mula menjerit. Lengannya aku pukul dengan kuat berkali-kali. Tersentak Hady dibuatnya. Kemudian dia memberhentikan keretanya di tempat hentian bas.
"Sampai hati kau mempermainkan aku Hady. Apa salah aku? Mesti korang berdua seronok ketawakan aku kan? Apa salah aku pada kau Hady?"
Air mata aku mula menitis laju. Tak sanggup aku menahan rasa sakit dalam hati.
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.