Bab 4

16.4K 378 3
                                    

Celik sahaja mata, aku terus mencapai handphone di bawah bantal. Huh... Baru pukul 3 petang? Menyesal pulak bangun awal. Apa aku nak buat hari ni? Basuh baju sudah. Kemas rumah sudah. Semalam balik dari lepak dengan Hady, aku terus basuh baju dan kemas rumah.

Memang aku buang tebiat sikit buat kerja malam-malam. Dah terbiasa duduk sorang jadi kalau aku buat bising pun tak ada siapa yang marah.

Rasa malas ingin bangun, aku melayan facebook di handphone. Ada satu friend request. Putra Hady! Eh, kenapa aku macam teruja pulak ni? Aku accept friend request. Dah alang-alang baik aku stalk profilenya. Boleh juga tengok muka bini dia macam mana rupa. Lawa ke tidak?

Aku skrol atas bawah. Buka galery gambarnya. Tak kan tak upload gambar bini dia kot. Semuanya gambar selfie dia sahaja. Agaknya tak cantik kot. Aku buka gambar yang di upload. Aku akui, Hady makin kacak. Hahaha.....

Aku bersiap ala kadar sahaja. Perut yang dah berdendang sayang minta di isi. Malas nak masak. Bukan malas pun, tapi tak ada apa yang nak di masak. Setiap hari pegang senduk sudip, hari ni nak juga rasa orang masakkan aku.

Alhamdulillah, perut sudah diisi dengan nasi daging merah dan tomyam. Aku melihat jam di tangan. Pukul 6 petang. Inilah masalah kalau tak ada kawan. Tak ada awek. Bukan tak ada kawan, tapi banyak yang tinggalkan aku. Maklumlah, aku kan jenis tak suka melepak. Kerja petang ke tengah malam. Habis kerja terus balik rumah.

Baru sahaja aku nak bangun, seseorang duduk di depan aku. Eh, ni budak semalam datang jumpa aku ni. Alamak, dia tangkap cintan ke dengan aku sampai follow aku. Okay, aku perasan kejap.

"Cik Balqis."

Kata aku sambil buat-buat terkejut. Aku memang terkejut tapi tak la sampai nak terkeluar jantung ni.

"Hai Johannah.... Sorang?"

Wait!!! Johannah?

"Call me Jo, Cik Balqis."

"Kenapa? Nama awak Johannah kan? Am I wrong?

"Yes. Johannah tapi singkatan hanya Jo."

"Jo pendek sangat. Hurm... Hannah? Okay?"

Telinga aku macam berasap dah ni. Angkat kaki, blah kang.

"Suka hati Cik Balqis lah...."

"Dah habis makan? Nak pergi mana lepas ni?"

Aku nak pergi jauh dari kau.

"Balik. Okay, boleh tanya? Macam mana kenal saya? Awak tahu nama penuh saya. Rasanya tak ramai tahu nama penuh saya."

Ye. Aku pelik. Aku tak kenal siapa dia. Hari tu tak sempat nak fikir banyak sebab tengah berangin.

"Rahsia. Satu hari nanti awak akan tahu. So, kita dah jadi kawan?"

Dia ni nak 'usha' aku ke? Tapi aku akui dia sangat cantik. Comel je dengan bertudung purple. Awek bertudung pun ada hati dengan insan seperti aku ke? Tapi bukan aku tak pernah nampak pun seorang pengkid berpimpin tangan dengan awek bertudung. Cuma bagi aku macam pelik. Entah.....

"Saya berkawan dengan siapa saja."

Mula dari situ, kami berbual dengan rancak hingga tak sedar sudah hampir dua jam berlalu. Balqis.... Aku hanya panggilnya Qis. Kami berbual macam-macam, hal masak, hal artis, hal motor, hal politik..... Berbual bagaikan seperti rakan lama. Cuma kami tak sentuh hal peribadi.

"Okaylah Hannah, saya nak cari masjid or surau dulu. Maghrib dah nak habis ni, asyik sangat berbual sampai terleka pulak. Jom, awak nak ikut?"

Aku tersentak. Ini kali pertama seorang kawan mengajak aku solat.

"Uzur."

Jo? Apa? Aku perempuan kan?

"Oh.... Tak pe la kalau macam tu. Saya pergi dulu ye. Insyaallah, kita jumpa lagi nanti."

Balqis bangun tanpa sempat aku menjawab kata-katanya. Nampak terburu-buru. Oh ya, maghrib dah nak habis.

Sekali lagi aku tepu di meja makan ni. Air yang masih bersisa aku sedut habis. Air liur dah kering sebab asyik berbual. Aku bukanlah jenis seorang yang akan beramah mesra dengan orang yang baru dikenali. Tapi bila dengan budak perempuan ni, bagai terasa kawan lama. Macam dia tahu kisah hidup aku. Siapa dia? Misteri.

Satu pesanan masuk di whatsapp. Aku buka dan baca.

'Jo, jom lepak.'

Hady ni pun satu. Dia ni ada bini ke tak ada. Tak kan asyik nak ajak aku lepak je. Pergilah bawa anak bini jalan ke, shopping ke....

Aku biarkan pesanannya tak dibalas. Malas sebenarnya nak lepak lagi. Aku nak balik layan ps3 lagi bagus. Lepas tu tidur esok kerja.


Perempuan?Where stories live. Discover now