Bab 26

11.9K 346 54
                                    

        Hari ni ada pemeriksaan kandungan aku di klinik. Sejak pertama kali check up dengan Doktor Sarah, Hady memutuskan untuk ke situ sahaja. Mahal memang mahal, maklumlah klinik swasta kan. Lagipun aku terpaksa bersalin di klinik perbidanan ini memandangkan aku tak punya suami.

        Kalau di hospital kerajaan, tentu prosuder untuk membawa baby pulang agak sukar. Keluarga si ibu haruslah datang jamin. Kalau tak, pihak hospital tak akan beri keizinan untuk si ibu membawa keluar baby dari hospital.

        Sebenarnya aku rasa malu setiap kali mengadap Doktor Sarah. Hanya hati aku je yang tahu. Hari ni hanya Hady saja yang menemani aku. Balqis tidak mahu ikut. Kebelakangan ini, dia asyik sakit sahaja. Kadang-kadang aku terdengar dia muntah-muntah. Kesian sangat. Kerja rumah juga, aku yang banyak uruskan. Termasuklah memasak untuk kami bertiga. Nasib baik aku ni chef. Bolehlah setakat masakan melayu yang senang-senang.

        "Darah awak ni tinggi sikit, penat ke?"

        Tanya Doktor Sarah. Aku hanya tersenyum. Gila ke tak penat, semua kerja rumah dah jatuh pada aku. Dah macam maid dah aku ni.

        "Awak kena jaga kesihatan. Kandungan awak dah tujuh bulan ni. Saya sarankan jangan buat kerja berat. Kalau excersice tak apa. Tapi jangan sampai penat."

        Terangguk-angguk kepala aku mendengar pesanan Doktor. Patutlah aku sering pening. Mujur Hady ada bersama hari ni. Biar dia tahu aku penat mengerjakan rumahnya. Bukanlah mengungkit, aku juga simpati pada Balqis. Aku juga faham Balqis sedang sakit. Aku mahu Hady faham dan sama-sama tolong mengemas rumah. Biasalah lelaki, tahunya goyang kaki sahaja.

        Selepas beredar dari klinik, Hady sekali lagi membawa aku membeli barangan baby. Kami sama-sama memilih tanpa adanya Balqis. Dan aku..... Aku bahagia. Itu yang aku rasakan sekarang. Entah. Kenapa aku rasa bahagia bila berdua dengan dia.

        Sejak kejadian dia memeluk pinggang aku, aku rasa berdebar setiap kali memandang wajahnya. Seperti pagi tadi, kami memakai pakaian warna sama. Itu pun sudah membuatkan aku gembira. Hady pula melayan aku lebih sejak kebelakangan ini. Adakah dia juga berperasaan sama seperti aku?

        Balqis? Seperti sebelum ini, sentiasa menjauh dari aku. Dia cemburu? Aku tak kisah. Pernah fikiran jahat aku ni berkata, baby dalam perut ni milik aku dan Hady. Dan dia sila mereput. Jahat tak aku?

        "Termenung apa?"

        Hady menegur aku ketika kami sedang minum di sebuah Cafe.

        "Tak ada apa. Hady...boleh tak aku tanya kau sesuatu?"

        Aku teringat akan sesuatu yang dia pernah cakap sebelum ini. Aku berharap sangat dia mengiyakan.

        "Tanyalah. Macam serius je soalan tu. Seram pulak aku nak dengar."

        "Erm... Kau pernah cakap yang kau suka aku dulu, betul ke?"

        Hady kelihatan terkejut bila aku soalnya. Lama dia diam sebelum menjawab soalan aku.

        "Yes. Kenapa?"

        Aku sembunyikan senyum aku. Nak lompat bintang boleh? Eh, kenapa aku suka sangat ni? Itu dulu Jo.....

        "Tak sangka. Aku ni kau tau la... Macam lelaki. Macam mana kau boleh suka?"

        "Entah. Hati dan perasaan mana boleh kita tepis kan? Walaupun kau macam jantan, tapi tetap ada keperempuanannya."

        Aku tergelak menutup rasa malu.
        "Sekarang? Masih suka?"

Perempuan?Where stories live. Discover now