Hari ni aku hanya terbaring sahaja di atas katil disebabkan rasa tak selesa pada tubuh aku. Bahagian sensitif aku juga terasa ngilu. Kejadian malam tadi menerpa di kotak fikiran aku. Entah, tiada rasa penyesalan di hati aku. Aku rasa puas. Atau bodohkah aku ni membiarkan Hady mempermainkan aku?
Sejak mula lagi aku dah rasa diperbodohkan oleh mereka. Apa salahnya aku teruskan permainan ini. Tak rugi kan? Aku dah pun hamil. Apa lagi yang nak aku simpankan? Maruah aku? Hahaha.... Maruah? Dah pun dipijak oleh mereka. Aku sendiri jijik dengan diri aku ni.
Seharian aku tak nampak kelibat Balqis. Hady pula sudah ke tempat kerja selepas membelikan aku breakfast.
"Kau okay ke tak ni? Ni aku ada belikan breakfast, makan dulu pastu sambung tido."
Aku mengambil pinggan yang ada bungkusan nasi lemak di atasnya. Tak berdaya nak bangun disebabkan rasa sakit disemua bahagian.
"Malam tadi......"
"Err.... Aku minta maaf. Aku tak tahu apa yang dah rasuk aku ni."
Hady menyampuk bila aku belum habiskan kata-kata aku. Bukan tu aku nak cakap. Hish....
"Bukan. Maksud aku, tak apa-apa kalau eemm.... Emm... Apa yang kita buat? Aku kan mengandung."
Hady tersengih. Malu aku dibuatnya. Dia kemudian duduk di hujung katil. Selimut yang menutupi sebahagian badan aku di kemaskan.
"Tak la. Doktor pun suggestkan. Nanti baby nak keluar senang. Ada jalan keluar. Asalkan tak ganas."
Aku tundukkan kepala. Malu bila berbual hal 'itu'. Hady lebih banyak tahu.
"Oh.... Nasib baik tak ganas malam tadi."
"Apa?"
Eh, aku tercakap kuat ke? Hish mulut ni.
"Eh...tak de apa-apa. Balqis mana?"
Hady ketawa perlahan. Boleh luruh jantung aku lihat wajahnya ketika ini. Baru aku perasan, dia kacak.
"Balqis belum balik lagi. Jangan risau. Hal semalam hanya kita berdua je yang tahu."
Kenapa dia nak berahsia dengan Balqis? Takut? Bukan ke dulu isterinya juga yang izinkan dia sentuh tubuh aku ni. Dasar pengecut.
Tiba-tiba pintu aku diketuk. Aku tahu siapa yang ketuk, siapa lagi kalau bukan Balqis. Sebab Hady tak kan ketuk pintu aku. Dia main masuk jer.
"Ya Balqis... Masuklah..."
Balqis masuk perlahan ke dalam bilik. Sudah lama dia tak jejakkan kaki ke dalam bilik ni. Wajahnya sugul dan pucat. Sakit ke?
"Hady kata awak sakit. Nak pergi klinik?"
"Tak la. Letih jer badan ni. Tak tahu kenapa."
Bohong aku. Tak kan aku nak bagitahu hal sebenar. Walaupun aku memang nak beritahu. Hahaha... Jahat kan aku?
"Oh... Mungkin disebabkan awak mengandung ni. Baby dah mula membesar. Awak jangan buat kerja berat-berat sangat."
Aku cuba tidak ketawa. Apa kerja berat aku nak buat dalam rumah ni. Malam tadi je kerja berat sikit. Tanpa sedar aku tersenyum.
"Jangan risau. Baby kau ni okay. Aku akan jaga sebaik mungkin. Kau pulak kenapa nampak macam sakit je. Tak pergi klinik?
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.