Hari ni aku mula mengemas semua baju dan barang-barang aku. Aku dijangkakan bersalin lagi 2 minggu sahaja. Malah doktor ada juga cakap kemungkinan bersalin boleh berlaku lebih awal. Jadi aku rasa baik aku mengemas apa yang patut dulu. Tak la nanti kelam kabut.
Beberapa helai baju baby aku masukkan ke dalam beg kecil untuk dibawa ke hospital. Baju baby yang lain, aku biarkan sahaja di dalam plastik biarkan Balqis dan Hady yang menguruskan. Bila memegang baju baby, hati aku jadi sayu. Bila semakin dekat nak bersalin, aku semakin sayang. Terasa sayang untuk melepaskan anak yang dikandung aku selama 9 bulan ni. Haiwan pun sayangkan anak, apatah lagi aku sebagai manusia.
Tetapi, aku terpaksa lepaskan. Perjanjian haruslah ditunaikan walaupun berat hati untuk melepaskan. Rasa berdosa sudah tidak aku fikirkan lagi. Biarlah tuhan menghukum aku.
Lagipun aku mungkin tidak bersedia untuk menjaga anak dalam keaadaan aku macam ni. Maruah keluarga aku kena jaga. Mak mesti malu kalau aku balik bawa baby. Tak dapat bayangkan apa perasaan mak bila menjadi bualan jiran sekeliling.
Biarlah.... Apa orang nak kata. Ini jalan aku pilih. Ini keputusan yang aku buat. Tiada siapa tahu apa yang aku rasakan. Biarkan semua ini aku jadikan kenangan pahit dan manis.
Sejak malam Hady meluahkan perasaannya, aku tidak lagi bercakap dengannya. Selepas Balqis keluar dari hospital, Hady banyak menghabiskan masa dengan isterinya. Hady ada juga mencari kesempatan untuk berbual dengan aku, tapi aku je cepat-cepat lari dari dia. Aku juga sentiasa memastikan bilik aku berkunci sekadar untuk melarikan diri dari Hady.
Aku menjadi orang asing dalam rumah ni. Balqis juga tidak langsung cuba berbual dengan aku. Malah dia banyak berehat di dalam bilik. Aku tahu, dia juga tak mahu bertentang mata dengan aku. Tak sabar aku menunggu untuk bebas dari sini. Duduk dalam ni umpama seekor burung dalam sangkar. Sadis oii....
Sejak beberapa hari ni, aku sentiasa memikirkan kemana aku ingin pergi. Maksud aku bila aku berpantang. Tak kan la aku nak terus balik ke rumah bapak. Tu cari masalah namanya. Tinggal rumah kawan, aku takut menyusahkan dorang je. Dan aku pun tak nak dorang tahu apa yang aku lalui. Bila difikirkan, aku tak ada sahabat yang boleh aku berkongsi masalah atau bercerita. Setakat kawan baik buat dajal, ramailah. Tak apa la, mungkin lepas aku bersalin aku akan fikirkan. Yang penting, biarkan baby ni selamat melihat dunia.
Ketika aku mahu turun tangga untuk mengambil air, aku terdengar suara pasangan suami isteri tu berbual dan ketawa. Langkah aku terhenti di anak tangga. Satu perasaan terbit tika itu. Cemburu. Ya. Cemburu bila mendengar pasangan itu bergurau. Sakitnya rasa di dalam dada ni. Mereka bahagia, sedangkan aku di sini terluka dengan apa yang mereka buat pada aku.
Aku ingin berpatah balik, tapi memikirkan ada benda yang aku perlu cakap, aku teruskan langkah. Mereka kelihatan terkejut dengan kehadiran aku. Tangan Hady yang sedang memeluk bahu isterinya dilepaskan. Wajah Balqis nampak berubah waktu itu. Alah, aku datang bukan nak rampas suami kau pun. Sempat aku mengutuk dalam hati. Aku terus duduk bertentangan dengan mereka.
"Lapar? Kat dapur ada makanan lagi tu kalau nak makan."
Hady mula memecahkan kesunyian antara kami bertiga. Balqis membuat muka. Menyampah pulak aku.
"Tak. Aku ada benda nak cakap."
"Apa? Macam serius je bunyi dia."
Hady tersengih. Sempat aku melihat Balqis mencubit pinggang Hady sebelum sengihan Hady mati. Kau cemburu ke Balqis?
"Korang pun tahu kan, aku akan bersalin bila-bila masa je. Lepas bersalin, aku tak kan jejakkan kaki ke sini lagi seperti apa yang Balqis nak."
Balqis kelihatan terkejut. Hady sempat menoleh ke arah isterinya sebelum memandang aku.
"So.... Maknanya lepas baby keluar, aku tak kan jumpa korang lagi. Tapi sebelum baby dibawa pergi, izinkan aku tengok, pegang dia buat kali terakhir. Itu permintaan terakhir aku. Aku harap korang izinkan. Masa tu, bawalah segala surat yang mana aku perlu sain. Sebab hari tu hari terakhir kita semua bawak haluan masing-masing."
Mereka hanya diam sambil memerhati aku. Hady mula berubah wajah dengan keputusan aku. Dia mula tak senang duduk.
"Tapi Jo......"
"Baguslah kalau macam tu.... Awak jangan risau Jo, saya pun bukanlah kejam sampai nak larikan baby tu tanpa pengetahuan awak. Dan masa tu, kami akan bagi duit yang selebihnya. Awak jangan risau. Oh ya, lagi satu. Kami dah berbincang, awak boleh tinggal kat sini sampai habis pantang. Saya akan carikan orang untuk jaga awak kat sini. Lepas awak dah bersalin, kami akan balik terus ke KL."
Belum sempat Hady bercakap, Balqis terus memotong. Kata-katanya membuatkan aku tersentak. Orang kaya!! Hady pula, penipu. Konon nak kahwin dengan aku. Aku bukanlah harapkan, tapi nampak sangat dia pandai mengarang cerita. Dasar penipu!!!!
"Sayang.... Kita belum habis bincangkan? "
Tegur Hady. Balqis mencebik kemudian dia bangun dari sofa.
"Saya dah cakap apa yang nak dicakapkan, nampaknya tiada apa yang perlu lagi kita bincangkan. Saya nak naik dulu."
"Tunggu..... Aku belum habis cakap."
Balqis mematikan langkahnya. Tubuhnya berpusing mengadap aku.
"Aku nak ucapkan terima kasih kat korang berdua. Walaupun apa korang buat kat aku. Memang aku tak kan maafkan sampai mati. Terima kasih sebab menolong keluarga aku. Biarpun di bayar dengan penganiayaan yang teruk macam ni. Tolong jaga anak ini dengan baik. Itu je aku minta."
Aku cuba mengawal air mata yang mula bergenang. Aku tak sedih. Tapi aku sedang menahan marah. Marah yang membuatkan aku ingin menangis kerana sakit dalam ni.
"Sama-sama. Itu je? Okay, saya naik dulu. Selamat malam."
Balqis terus menaiki tangga meninggalkan aku dan suaminya. Aku masih cuba menahan amarah. Hebatnya dia. Tak rasa menyesal atau rasa bersalah langsung. Tiada kata-kata maaf dari mulut tu.
"Jo.... Apa ni? Aku dah cakapkan yang kita akan kahwin. Bagi aku masa sikit lagi. Aku akan pujuk dia. Kau tak boleh buat aku macam ni. Kau tak sayang ke anak dalam perut ni. Ni anak kita berdua...."
Tanpa sedar, Hady berbisik di sebelah aku. Beberapa kali matanya melihat ke arah tangga. Mungkin takut isterinya mengintai.
"Siapa cakap aku setuju nak kahwin? Sudahlah Hady.... Tak lama je lagi. Kita bawak haluan masing-masing. Jangan tambah lagi masalah aku. Kesianlah kat aku. Jangan buat aku nampak bodoh sebab perbuatan kau laki bini ni."
Hady menarik nafas panjang. Matanya merah menahan marah. Mungkin.
"Jo.... Kita tak habis lagi. Lepas ni kita bincang lagi."
Lepas itu, Hady naik mengikut langkah isterinya. Tinggallah aku sendirian di sini. Hady, isteri kau lebih perlukan kau. Hiduplah bahagia dengan baby kita. Maafkan aku....
*****
Ada idea tak, nak letak nama apa untuk baby Jo & Hady?Thanks semua.... Sorry sis lmbt update. Mood ke laut.
Mungkin lagi beberapa chapter je dah nak habis. So sad.....
Tak kira apa pun endingnya nnt, hope u guys enjoy.Xoxo
HafizahHathir
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.