Bab 24

11.7K 313 46
                                    

        Seawal pagi aku sudah diheret  Hady keluar berjalan di sekitar Cameron Highland. Sejuk di waktu pagi memang tak tertahan rasanya. Kabus pula kelihatan di sekitar homestay kami. Terasa seperti di oversea pulak.

        Hentian pertama kami tentulah ladang teh. Kami breakfast sekali di sini. Pemandangan sangat cantik dan memukau mata aku. Teringat scene Harris dengan Mila Amylia dalam ombak rindu. Pemandangan dia sebiji macam tu. Siapa ingat?

        Melihat ramai pengunjung turun untuk melihat lebih dekat, mendorong kaki aku ikut melangkah. Terus aku meninggalkan Hady dan Balqis yang sedang menikmati sarapan pagi mereka.

        Aku bukanlah pencinta alam sekitar sangat, saja turun nak mengambil gambar sebagai kenangan. Orang ada, aku pun nak ada. Hahaha.... Banyak aku ambil gambar selfie di sekitar ladang teh ini. Kalau perempuan tu, perempuan jugak kan?

        "Bahaya tau tak turun sini. Kan licin ni....."

        Dah mula dah datang bebel dia tu. Aku tau la jaga diri. Layan aku macam budak kecik.

        "Mana bini kau?"

        "Tengah breakfast la...."

        Tangan aku masih lagi mengambil gambar pemandangan yang cantik itu. Hady yang berada dekat dengan aku membuatkan aku berasa tidak selesa.

        "Hish.... Kau pergilah teman dia. Apa pulak kata dia nanti kalau kau dengan aku."

        "Nak kata apa pulak? Kau takut dia jealous ke?"

        "No.... Aku cuma nak kau jangan kacau aku je. Sibuk je la ikut orang. Tahu la aku jaga diri...."

        Aku menjelingnya sekilas. Harap dia terkesan dengan jelingan maut aku tu.

        "Aku takut kau jatuh ke apa. Sini licinlah.... Jom la kita naik semula."

        Kata Hady sambil tangannya menarik sweatshirt yang aku pakai. Ni agaknya nak kena flying kick dari aku kot main pegang-pegang orang.

        "Cakap guna mulut bukan dengan tangan."

        "Jo..... Kita ni ada apa masalah eh? Asyik bergaduh je.... Aku penat la layan perangai kau ni."

        Hady mula meninggikan suaranya. Aku perasan yang beberapa pengunjung mula mencuri lihat kami berdua. Aduh.... Buat malu betul si Hady ni.

        "Kalau penat, jangan layan. Aku tak suruh kau layan aku. Dan kau tanya apa masalah kau pada aku? Banyak! Memikirkan je dah buat aku naik darah."

        Aku sudah tak menghiraukan pandangan mata yang memandang. Lantaklah nak dengar ke apa. Drama free ni, rugi kalau tak tengok kan?

        "Jo... Kau dah mengandung pun. Benda dah jadi, tak boleh ke kita berbaik?"

        Hampir sahaja aku menekup mulutnya yang macam burung murai. Boleh pula dia cakap kuat-kuat yang aku mengandung.

        Tanpa menunggu lama, terus aku meninggalkannya di situ. Aku tidak terus ke cafe, kaki aku terus melangkah ke kereta Hady. Tanpa aku sedar, rupanya Hady mengekori aku dari belakang. Sekali lagi, jelingan tajam aku berikan padanya. 

        "Cukuplah Jo....!! Aku betul-betul penat. Kau tak kesian ke kat Balqis? Kau pun tahu dia juga tak sihat. Dan kau sedang mengandung. Dua-dua aku nak jaga. Tolonglah perangai jangan macam budak kecik!!!"

        Makin mendidih darah aku bila diherdik oleh Hady. Dia lupa agaknya, semua yang berlaku sebab dia.

        "Jadi lepaskan aku. Biar aku hidup sendiri. Jangan risau, lepas aku bersalin.... Baby ni aku sendiri yang akan serahkan."

Perempuan?Where stories live. Discover now