"Bapak...."
Perlahan sahaja suara aku memanggil nama itu. Serentak itu jantung aku rasanya terhenti. Renungan mata Bapak tajam melihat aku. Seketika juga aku keliru. Bermacam soalan bermain di fikiran aku ni.
'Macam mana bapak tahu aku kat sini?'
'Mak mana? Mak tahu jugak ke?'
'Siapa yang bagitau bapak aku kat sini?'
Bapak mendekati katil aku. Mujur bilik ini hanya menempatkan aku seorang sahaja. Kalau bapak mengamuk, tak la aku malu sangat. Dalam debar aku menunggu kata-kata yang akan bapak hamburkan.
Ya ALLAH, Kau lindungilah aku.
"Ada rasa sakit kat mana-mana?"
Aku tergamam bila soalan itu yang keluar dari mulut bapak. Pelik. Bapak tak marah aku. Suaranya lembut sahaja. Atau bapak menahan amarahnya? Mungkin tak nak buat kacau kat sini kot.
"Err... Ta...tak..."
"Alhamdulillah.... Lapar?"
"Ta...tak... Eh, lapar...."
"Bapak keluar kejap cari makan."
Bapak keluar dari bilik. Dan terus sahaja aku helakan nafas panjang. Jantung aku masih terasa laju. Naik gila ku dibuatnya sekarang ni.
Bapak tak marah? Biar betul. Seram rasanya melihat tindakan bapak pada aku. Tapi yang pasti, wajahnya kelihatan sedih. Sedih kerana aku? Kerana tak sangka anaknya macam ni?
Tak lama kemudian, pintu bilik wad itu terbuka. Tentu bapak dah datang bawakan makanan. Ternyata sangkaan aku silap. Yang masuk ke bilik wad itu ialah Kak Iqa. Dia masuk sambil tersenyum. Dan aku membalasnya.
"Assalamualaikum..... Macam mana, dah okay ke?"
Ramah Kak Iqa menegur aku.
"Alhamdulillah, ada rasa kurang. Kak Iqa ke yang hantar saya ke sini? Terima kasih kak...."
"Eh, dah depan mata Kak Iqa, tak kan la nak buat bodoh pulak kan? Ayah adik mane? Dah sampai?"
Ok, aku dah dapat tahu dari mana bapak tahu tentang aku. Tapi aku cuma nak tahu macam mana Kak Iqa ni boleh beritahu bapak.
"Dia keluar kejap belikan makan. Kak Iqa, macam mana bapak saya boleh tahu pulak?"
Tanpa tunggu lama, aku tanyakan soalan itu.
"Oh.... Tadi mase adik pengsan, Kak Iqa cari nombor telefon keluarga adik kat handphone adik. Huh, nasib baik handphone tak ada pin unlock. So, Kak Iqa cuba call nombor yang ada di log. Entah sapa nama dia, ali ke adi ke..... Tapi tak ada yang jawab. Jadi Kak Iqa godeh godeh jumpa nama bapak. Mungkin tu ayah adik kot. Ternyata betul. Nasib baik dapat."
Aku mengeluh perlahan. Tak nak Kak Iqa perasan. Jadi, tadi dia call Hady la eh. Kalaulah Hady angkat, tentu rahsia aku tak terbongkar. Ah, mungkin dia sibuk melayan isterinya. Isteri tengah mengandung kan....
"Erm... Kenapa Kak Iqa bawak saya ke sini? Hospital swasta ni. Saya tak mampu nak bayar."
"Bukan Kak Iqa sengaja pun. Tapi orang yang Kak Iqa cakap tadi, yang first Kak Iqa call tapi tak dapat tu..... Dia yang suruh bawak ke sini."
Hah? Adoi.... Pening kepala aku. Mana satu betul ni? Kata tak dapat call Hady, tapi ni pulak Hady yang suruh bawa ke sini. Nasib baik Kak Iqa ni bukan kawan aku, kalau tak dah kena maki dah. Cakap memain pulak.
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.