Bab 10

15.2K 314 25
                                    

Aku memberhentikan motor di simpang jalan. Dari situ aku dapat melihat rumah keluarga aku dengan jelas. Kereta bapak masih parking di dalam menanda bapak masih belum ke tempat kerja. Atau mungkin bapak tak ada kerja buat masa ni. Itulah susahnya kerja kontrak. Kerja tak tentu masa. Bila orang panggil, ada la kerja. Kalau tak ada, boleh cecah 3 bulan bapak melepak di rumah sahaja. Gaji bapak 'masyuk' kalau ada orang yang suruh bapak buat rumah. Tapi jarang sangat dapat peluang begitu. Biasanya mereka memanggil bapak sekadar renovate rumah. Tapi gaji boleh tahan jugak.

Aku menunggu lagi 10 minit, kalau bapak masih berada dirumah aku tetap gagahkan diri bersemuka dengannya. Sebenarnya aku tak mahu berjumpa dengannya. Mungkin aku takut barangkali. Biarlah aku jumpa dengan mak sahaja. Tanya mak betul ke apa yang dikatakan Hady.

Hady.... Hady.... Kenapalah kau muncul dalam hidup aku sekarang ni? Sakit jiwa aku dibuatnya.

Aku dapat lihat bapak keluar dari pintu rumah kemudian membuka pagar rumah. Aku harap bapak ke tempat kerja hari ni. Yes! Memang betul bapak kerja  hari ni. Tengok sahaja penampilannya, dengan seluar lusuh yang hampir dipenuhi cat kering. Kemudian, bapak masuk ke dalam kereta lalu meluncur meninggalkan rumah tanpa menutup pagar kembali.

Aku segera mendekati rumah berwarna kelabu itu. Baru aku perasan, warna cat rumah ini sudah ditukar. Aku parking motor aku jauh sedikit dari pagar. Perlahan-lahan aku masuk dan memberi salam dengan perlahan. Aku pun pelik kenapa aku beri salam perlahan. Macam pencuri nak masuk tapi bagi salam dulu. Aku ketuk pintu rumah yang tertutup. Pelik. Jarang mak tutup pintu pepagi macam ni. Katanya nanti rezeki tak masuk.

Seminit kemudian suara mak kedengaran. Dia tanya siapa kat luar. Pelik lagi. Selalunya dia tak kan bertanya siapa langsung membuka pintu.

"Mak, Jo balik ni."

Aku membalas pertanyaan mak. Entah kenapa aku sebak bila mendengar suara mak tadi. 3 tahun tak dengar oii....

Aku dapat dengar bunyi kunci diselak. Mak aku ni tak pernah-pernah kunci rumah, ni siap selak lagi kunci. Aku berdiri betul depan pintu menunggu pintu dibuka. Aku rindu nak tatap wajah orang yang mengandungkan aku selama 9 bulan. Tiba-tiba hati aku sedih. Berdosanya aku terhadap mak selama ni. Bagaimana perasaan seorang ibu bila tak melihat wajah anaknya selama 3 tahun?

Pintu dah terbuka dengan perlahan. Tubuh mak berdiri disebelah sana. Aku lihat ada air mata dihujung matanya.

"Mak!"

Ditengah-tengah muka pintu itu, aku peluk mak. Aku menangis. Ya. Aku menangis saat peluk tubuh tua itu. Tapi aku perasan, tubuh itu sudah susut berbanding dengan 3 tahun lalu.

Aku peluk mak kuat-kuat sehinggakan mak menjerit kecil. Aku lepaskan pelukan aku pada mak. Aku pandang wajah mak. Mak tak senyum. Mak tak menangis. Tapi muka mak seperti menahan sakit. Aku lihat mak pegang bahu kanannya dan mengusap perlahan bahunya. Aku terus selak lengan baju mak.

Tersirat hati aku melihat warna biru kebiruan ke bahu mak. Lebam. Aku pandang muka mak sekali lagi untuk mencari jawapan. Mak serba salah.

"Johannah....pergi mana selama ni? Kenapa tak balik?"

Soal mak sambil tapak tangannya hinggap di pipi aku. Ya. Aku rindu dengan sentuhan itu sehinggakan aku tak mampu menyoal tentang lebam itu. Tunggu nanti.

"Jo dah balik ni jenguk mak. Jom masuk dulu, Jo penat nak diri."

Aku memimpin tangan mak ke ruang tamu. Kami duduk di sofa. Mata aku masih tak puas pandang wajah tua itu. Selama ini aku ego mengatakan aku tak rindu mak.

"Mak sihat? Bapak pergi kerja ke mak?"

"Alhamdulillah, mak sihat. Bapak kau kerja, ada orang suruh dia pasang mozek rumah baru."

Aku perhatikan mak lama. Gaya percakapannya seolah sedang menyembunyikan sesuatu.

"Kenapa kau balik? Duduk mana sekarang?"

Mak tak suka aku balik ke? Aku sedih. Sampai hati mak tanya aku macam tu.
"Kenapa bahu mak lebam? Bapak pukul mak ke?"

Soalan mak aku tak jawab. Kini aku pulak menyoal lebam yang ada dibahunya. Tolong mak, jangan cakap bapak yang buat!

Mak tak pandang aku. Soalan aku dibiarkan sepi. Matanya meliar melihat ke luar tingkap. Mak bermain dengan jarinya. Sepanjang aku hidup dengan mak, mak tak pernah berkelakuan macam ni. Aku sentuh bahu mak.

"Mak.... Kenapa ni? Mak tunggu sapa datang? Ada orang nak datang ke?"

Mak terkejut saat aku sentuh bahunya. Atau dia sakit saat aku sentuh bahu yang lebam tu. Tak kan la.... Aku sentuh perlahan je kot.

"Mak rasa baik kau balik sekarang. Jangan balik ke sini selagi mak tak panggil balik."

Kata mak sambil memegang tangan aku. Shit...! Jadi memang betul la kata Hady.

"Mak tolonglah.... Jo tak nak percaya cakap orang. Tapi memang betul la selama ni bapak pukul mak. Bapak berhutang sana sini.... Jo nak mak cerita dari A sampai Z. Kalau tak, Jo tak kan balik."

Suara aku sedikit meninggi. Bukan nak kurang ajar, tapi aku sedang marah sekarang ni.

Mak kelihatan terkejut. Mungkin tak menyangka aku tahu hal sebenar. Air matanya mengalir perlahan. Pedih hati aku melihat air mata itu.

"Mak.... Tolonglah bagi tahu Jo hal sebenar. Mungkin Jo boleh tolong.... "

Mak terus menceritakan hal yang sebenar. Aku yang mendengarnya sudah mengepal penumbuk. Marah. Sedih. Sakit. Itu yang aku rasakan sekarang ini.

Bapak meminjam duit dengan along lima puluh ribu. Bila bapak tak mampu bayar balik, bunga dah naik. Sekarang ni hutang sudah mencecah seratus ribu.

Yang aku marah sangat, duit yang dipinjamnya adalah untuk berjudi. Yang aku sakit sangat, bila bapak mula memukul mak. Kata mak, hampir setiap hari bapak mengamuk. Bapak mula teguk arak dan bila dia mabuk, mak jadi mangsa kekerasannya. Aku sedih bila aku tiada disisi mak. Aku biarkan mak lalui semua ini sendirian.

"Johannah, dengar cakap mak. Kau balik ye nak.... Mak tak nak bapak nampak kau kat sini. Mak tak nak kau pulak jadi mangsa pukul bapak kau."

Mak kesat air matanya dan memujuk aku supaya cepat pergi. Mak ingat aku takut ke dengan bapak. Aku memang nak jumpa bapak sekarang ni.

Bagai dicita, ulam mendatang. Kereta bapak masuk diperkarangan rumah. Mak mula cemas. Dia pandang wajah aku seperti meminta aku pergi dari situ. Aku genggam tangan mak. Aku tahu mak takut.

Bunyi enjin kereta dimatikan. Aku dapat dengar pintu kereta ditutup dan bunyi tapak kasut bapak mula mendekati pintu yg terbuka sedikit itu. Aku mula berdebar. Apa agaknya reaksi bapak bila melihat aku ada disini?

Bapak sudah berada didepan pintu. Pintu rumah ditolak sedikit. Tika ini aku dapat rasakan tubuh mak sedikit menggigil. Bapak kelihatan terkejut apabila terpandang aku. Kemudian dia masuk dan duduk di sofa hadapan kami. Wajahnya kelihatan biasa.

"Kenapa balik?"

Bapak mula menyoal. Suaranya kedengaran biasa. Tapi mak yang terkejut sangat. Wajah mak kelihatan takut sangat. Sedih aku melihat mak tika ini. Mesti mak terseksa sepanjang ketiadaan aku. Aku mula rasa bersalah sangat. Mak, Jo ada. Jo akan bantu keluarga kita.

"Jo balik sebab....er.... Sebab..... "

"Sebab apa?"

Terkejut aku dengan sergahan bapak. Sial. Kau kena kuat Jo. Kau buat sebab mak. Kau buat untuk keluarga kau.

"Jo nak kahwin."

Mak pandang muka aku. Terkejut mungkin.

"Kahwin?"

Soal mak. Mak yang terkejut. Bapak hanya riak biasa.

"Ada ke lelaki nak kau? Jadi selama tiga tahun kau hilang, hari ni kau balik sebab nak kahwin? Aku tak kan jadi wali kau. Aku tak nak amik tahu semua itu. Kau uruskan sendiri. Mak kau pun aku tak bagi campur urusan kau."

Bapak terus berdiri saat menghabiskan katanya. Aku melepaskan tangan mak dan turut berdiri.

"Bakal suami Jo akan bagi seratus ribu."

Langkah bapak terhenti. Dia pusing kepala memandang aku.

Jo! Apa kau dah buat ni?


Perempuan?Where stories live. Discover now