Bab 5

16.5K 398 12
                                    

Hari ni aku ada date dengan Balqis. Sejak pertemuan di kedai makan tempoh hari, kami rajin membalas message. Cukup aku katakan yang aku selesa berkawan dengannya. Seorang gadis yang lain dari perempuan yang aku kenal. Cukup selamba memberi pandangan tentang segala isu. Dia seorang gadis yang tidak berpura-pura.

Aku suka dia. Tapi bukan bermaksud aku ingin jadikan dia sebagai teman wanita aku. Lagipun dia cukup bijak untuk menilai yang mana baik atau buruk.

Kami berjumpa selepas waktu kerja aku tamat. Restoran Sayed menjadi pilihan kami. Mana ada restoran lain buka waktu macam ni. Layan roti canai je la.... Mujur Balqis tak kisah.

Ketika aku sampai, dia sudah menunggu di situ. Cantik seperti sebelum ni. Bibirnya tak lekang dari senyuman. Hish... Tak tidur malam aku nanti. Aku membalas senyumannya dari jauh.

"Hai, lama ke tunggu?"

Aku duduk disebelahnya. Aku mula perasan beberapa orang lelaki mula memandang kami. Itu pandangan biasa bagi aku. Tapi kesian Balqis. Mungkin dia tak selesa.

"Tak jugak.... Ada la 10 minit. Awak orderlah dulu.... Saya belanja."

Aku hanya mengangguk. Aku memesan teh tarik dan roti kosong 1.

"Awak sihat? Nampak pucat je muka tu.... "

"Sihat. Mana ada pucat, okay la."

Balqis tersenyum lagi. Malam ni dia memang nampak pucat. Demam ke?

"Kalau sakit, jangan ditahan. Eh, awak okay ke kita lepak sini. Saya takut awak tak selesa je."

"Tak selesa kenapa pulak? Okay je... Janji bukan night club."

Balqis ketawa perlahan. Aduh... Cantiknya.

"Awak tak perasan ke ada mata yang memandang kita. Maklumlah saya ni luar biasa.... "

"Hahaha.... Awak alien ke? Lantak la orang nak kata apa. Awak tengok couple yang kat hujung tu....orang macam tu patut rasa malu."

Aku memandang ke arah yang disebut oleh Balqis. Kepala aku terangguk angguk tanda setuju. Hah... Yang tu spesis memang tak malu. Berpeluk-peluk di tempat tersorak. Bukan aku nak mengata, tengok pun dah tahu bukan suami isteri

"Hannah..... "

Meremang bulu roma aku bila dia memanggil nama itu. Aku menoleh ke arahnya.

"Saya ikhlas kawan dengan awak. Pandangan orang tak beri kesan pada saya. Sebab saya tahu saya tak buat salah. Saya perempuan, awak juga perempuan. Kalau kita nak berpelukkan pun tak berdosa. Dosa datang bila ia melibatkan nafsu."

Aku terdiam.

"Ini bukan kali pertama saya keluar dengan orang macam awak. Saya pun ada kawan macam awak. Saya dah biasa dengan pandangan orang."

Aku diam lagi.

"Jadi jangan risau okay..... Saya akan sentiasa jadi kawan awak sampai akhir nafas saya."

Gulp.... Akhir nafas? Berapa tahun lagi tu..... Entah-entah bila dia dah berlaki, dia kemana aku kemana.

Selepas itu, kami berbual seperti biasa. Tentang hal bukan bukan. Tiada yang penting. Tiada soalan yang memerah otak aku untuk menjawap. Sehinggalah......

"Hannah.... Awak selesa jadi macam ni?"

Woo... Woo.... Ini kali pertama seseorang tanya aku soalan macam tu. Aku sedikit tersentak. Aku dapat rasakan air muka aku berubah. Seperti semua darah merah di muka turun ke bawah. Adakah aku malu bila ditanya begitu? Atau marah?

"Ermm..... "

Hanya itu yang terkeluar dari mulut aku. Sesungguhnya aku tak tahu nak jawap apa. Mata aku meliar sekeliling restoran itu.

"Ermm? Ya? Atau awak masih memikirkan jawapan?"

Balqis menyoal aku lagi. Seperti mendesak aku. Yang pasti aku tak suka disoal dengan soalan yang sangat susah untuk aku jawab.

"Tak pe. Sorry tanya."

Eh? Merajuk ke?

"Yes. Saya selesa macam ni. Saya bahagia dengan cara saya."

Jawab aku jujur. Memang aku selesa macam ni. Balqis tenung aku lama. Mungkin dia harapkan jawapan lain kot.

"Kenapa?"

"Kenapa apa? Awak selesa dengan diri awak sekarang? Kalau ya, kenapa?"

Soalan dibalas soalan. Apa ke pelik dengan dia ni? Soalan apa tu? Aku tak faham.

"Hannah? Awak tahu apa maksud saya.... Tak kan saya nak tanya tegak pulak."

"Apa? Saya memang tak faham. Buat pengetahuan awak, SPM bahasa melayu saya D. So, cakap tegak je."

Kan aku dah kantoikan gred SPM aku. Kelakar oi.... Budak melayu dapat D dalam bahasa melayu. Budak cina kat sekolah aku dulu pun dapat A dalam bahasa melayu.

"Okay.... Maksud saya awak selesa ke dengan cara hidup awak macam ni. You know.... Macam lelaki."

"Saya dah agak dah awak mesti malu keluar dengan saya."

Oh... Itu yang dia maksudkan?

"Bukan macam tu maksud saya. Jangan salah faham."

"Saya rasa, untuk kebaikan hubungan ni.... Janganlah tanya saya soalan macam tu. Cukup awak tau, saya ada alasan saya sendiri. Dan saya rasa, awak tak perlu tahu. Sorry.... "

Cukup Balqis. Kita kenal tak sampai sebulan lagi.

"Sorry.... Saya tak kan tanya lagi."

Selepas itu, kami banyak mendiamkan diri. Kemudian aku terus meminta diri untuk balik saja.

Disebabkan kejadian tadi, malam itu tidur aku tak lena. Rasa mengantuk, tapi susah nak lena. Soalan Balqis berada di fikiran aku. Ah.... Sial la. Buat apa aku fikir benda tu. Ini aku. Aku dengan cara aku. Bahagia? Aku pun tak tahu maksud bahagia itu. Kan aku cakap bahasa melayu aku D.

Bunyi telefon menandakan ada pesanan masuk. Segera aku capai handphone yang berada dibawah bantal. Siapa pula yang wassap aku waktu macam ni?

'Dah tidur?"

Eh si Hady ni.... Apahal pula message aku pukul 3 pagi ni? Malas pula aku nak melayan. Tapi dah bluetick pulak. Huh....

'Yes Mr Hady, ada apa kacau aku ni? Aku dah nak tido la oiiii.... '

Sent. Tak sampai 5 saat, dah bluetick.

'Sorry kacau.... Saje je nak kacau kau. Okay la, tidur la ye. Bye.... Good nite, sweet dream.'

Argh.... Mamat ni. Nak sweet dream bagai. Message nya aku biarkan tak dibalas. Kononnya nak kacau aku, dia ingat sekarang ni pukul 9 malam ke? Ni mesti kes bini tak layan. Hahahah... Aku ketawa jahat.

.........

*hye u all....
Sorry lambat update story ni. Sis bz sangat.
Mcm mane dgn second story sis ni after GRO? Okay ke?
Hope dpt memenuhi selera semua.
Oh ye, selamat berpuasa semua.
Jangan lupe Vote & Komen kay....

Xoxo
HafizahHathir

Perempuan?Where stories live. Discover now