Bab 32

10.6K 358 28
                                    

        Balqis dimasukkan ke hospital kerana mengalami muntah-muntah yang amat teruk. Padan muka. Tu la, daulat sangat dengan aku. Lain kali cakap tu jangan dongak ke langit.

        Walau apa-apa pun, aku juga rasa kasihan melihat dia. Tak pernah lagi aku tengok orang mabuk macam tu sekali. Kalau mabuk todi aku selalu tengok tapi tak la sampai berhari-hari muntahnya. Ini rasanya dah empat hari Balqis begitu. Teruk sangat morning sickness dia. Morning? Ni tak morning dah, ni dari pagi sampai ke malam. Aku yang duduk dalam bilik je pun naik loya mendengar.

        Alhamdulillah masa awal mengandung, aku tak macam tu. Cuma pening-pening biasa. Muntah pun cuma beberapa kali. Tu pun masa nak berus gigi. Allah permudahkan semuanya. Dia tahu aku orang yang teraniaya, jadi semuanya berjalan dengan baik. Walaupun apa yang aku buat adalah perkara yang salah.

        Hady pulang ke rumah pada malam tu setelah seharian menemani Balqis di hospital. Aku pula bila tak ada orang di rumah mengambil kesempatan bersantai di ruang tamu. Kalau Balqis ada, memang aku tak akan turun. Sakit hati bila tengok muka dia yang tak bersalah tu. Kalau masa makan, aku turun bila dorang dah naik. Tapi nasib baik dia masak kan aku jugak. Kalau tak, menangislah aku dibuatnya.

        "Dah makan?"

        Hady menegur aku ketika aku sedang menonton tv. Aku hanya mengangguk perlahan tanpa memandang kearahnya.

        "Masak apa tadi?"

        Soalnya lagi.

        "Maggie je."

        Jawab aku sambil menoleh. Dia nampak penat sangat. Kesian. Hish Jo, kau jangan nak beri muka kat dia lagi.

        "Tak reti masak nasi ke? Ingat elok sangat ke perempuan mengandung makan maggie?"

        Dah mula dia nak membebel. Aku bukan tak nak masak nasi, tapi aku betul-betul malas. Perut aku ni makin hari makin besar. Nak berjalan pun rasa malas, apatah lagi nak memasak. Jadi, soalannya aku diamkan. Malas nak menjawab. Nanti ada je benda dia nak balas.

        "Suka hati kau lah. Bapak kau ada call aku tadi. Dia kirim salam."

        Bapak call? Dia nak apa? Kenapa dia tak nak call aku terus je. Macamlah si Hady ni anak dia. Aku tak nak Hady berbual lagi dengan bapak.

        "Dia nak apa?"

        "Dia tanya pasal nikah."

        Apa?? Kan aku dah cakap, aku tak nak kahwin dengan Hady. Bapak ni sengaja buat masalah aku bertambah. Yang satu ni pun aku tak tertanggung, dia nak tambah lagi.

        "Kau jawab apa pulak? Kan aku dah cakap, jangan layan bapak aku lagi. Dia call ke, tolonglah jangan angkat. Semua ni sebab kau!! Suka hati je nak mengaku baby ni kau yang buat. Tak pandai nak membohong ke? Tu pun aku nak ajar."

        Makin sakit jiwa aku dibuatnya mereka ni. Lepas satu, satu masalah yang datang. Aku ingat bila bapak dah balik, dia dah tak ambil kisah lagi.

        "Aku dah janji kan nak bertanggungjawab. Bila aku cakap aku akan kahwin dengan kau, maknanya kita akan kahwin. Aku dah janji dengan bapak kau jugak."

        Gila.

        "Hady.... Kau sedar tak apa kau cakap? Kahwin bukan dalam perjanjian kita. Lagipun, kau bukan cintakan aku pun. Buat apa kahwin kalau macam tu."

        Eh, apa aku melalut tadi. Macam salah cakap je. Kenapa keluar pasal cinta ni?

        "Jadi, kau cintakan aku? Kalau aku cintakan kau, kau akan setuju?"

        Mana aku nak sorok muka aku ni. Tu la, yang aku pergi cakap benda tu kenapa? Bukan dia yang gila, aku ni hah yang nak gila.

        "Bu...bukan soal tu aku cakapkan sekarang. Maksud aku macam tadilah, kita kan memang tak ada plan hal kahwin-kahwin ni. Lepas aku beranak, kita buat hal masing-masing."

        "No!! Kita akan kahwin. Bapak kau yang akan jadi wali. Kita bukan kahwin lari. Aku akan tanggungjawab atas semua ni."

        "Hady!!!! Kau tak boleh buat aku macam ni. Kau tak cintakan aku! Dan Balqis.... Dia pun tak akan izinkan. Kau lupa?"

        Dari duduk di atas sofa, kini aku berdiri mengadapnya yang sedang duduk. Panas betul hati aku. Kemudian Hady bangun berdiri betul depan aku.

        "Siapa cakap aku tak cintakan kau? Kau ingat aku sengaja nak pilih entah sesape untuk lahirkan anak aku? Aku dah jatuh hati pada kau sejak dulu lagi. Tapi.... Kau berubah jadi jantan, mana mungkin aku nak dekati kau. Sakit hati ni Jo bila aku terpaksa pendamkan perasaan aku ni. Aku nak cakap dengan kau dah lama tapi tak ada kesempatan, nasib aku baik malam ni bila Balqis ditahan wad. Aku tahu aku salah. Tapi bagi aku peluang Jo. Aku akan pujuk Balqis okay?"

        Pipi aku diusapnya perlahan. Aku kematian kata-kata. Tergamam aku dibuatnya dengan pengakuan berani mati dari dia. Kalaulah Balqis dengar semua tu, entah apa la yang akan terjadi.

        Cinta? Aku tak cintakan dia. Mana mungkin aku akan berkahwin dengannya. Tapi sejujurnya aku lega mendengar luahan hati dia. Entah. Setiap kali dia cakap pasal cinta, hati aku berdebar. Sebelum ni aku mengaku yang perasaan suka tu ada. Tapi setelah semuanya terbongkar, suka tu menjadi benci. Aku benci dia. Cinta dia sanggup jadikan aku mangsa dia laki bini. Memperbodohkan aku sewenang-wenangnya. Itu namanya cinta? Aku tak percaya.

       Aku tolak tangannya dari mengusap pipi aku. Terasa jijik dengan sentuhan lelaki penipu macam dia.

        "Apa ni Hady? Tak payahlah kau mereka cerita yang tak ada. Keputusan aku muktamad, aku tak akan kahwin dengan kau. Pergi mampus dengan cinta kau tu. Aku ada hidup aku sendiri. Lepas ni jangan berhubungan langsung dengan bapak aku. Aku tahu nak buat apa dengan dia. Cukuplah semua penderitaan aku selama aku di sini. Jangan sampai aku terus terusan membenci kau."

        Aku menarik nafas panjang. Aku mula mengambil langkah untuk beredar. Kemudian, tak disangka Hady memeluk aku dari belakang. Hampir menjerit aku dibuatnya kerana terkejut.

        "Jo.... Percayalah cakap aku. Aku pun memderita disebabkan kau. Bertahun aku tunggu kau. Akhirnya aku jumpa kau jugak walaupun aku dah berkahwin. Aku tak akan lepaskan kau lagi. Depan Balqis aku cakap lain, tapi memang niat aku dari awal lagi yang aku akan memperisterikan kau. Please Jo...."

        Leher aku diciumnya perlahan. Pantas sedaya upaya aku menolaknya untuk melepaskan diri. Bila pelukkan sudah terlerai, segera aku naik ke bilik. Pintu bilik aku hempas dengan kuat. Aku terduduk di depan pintu. Aku letakkan tapak tangan di dada. Degupan aku bertambah laju.

        Hady, maafkan aku. Aku tak boleh. Aku tak boleh. Biarlah aku macam ni. Dunia aku dengan kau sangat berbeza. Aku cuma minta, kau jagalah anak ini dengan baik nanti.

        Akhirnya air mata aku tumpah jua. Aku juga insan yang lemah. Aku juga seorang perempuan yang tak lari dari air mata. Sekeras kerasnya hati aku, aku masih seorang perempuan yang tidak mampu mengawal emosi.

        'Mak, Jo rindukan mak.'

****
Sob sob sob....
Sabarlah Johannah, sis faham.

Marah+Romantik+Sedih= Menangis.
Itulah perempuan.

Komenlah kata-kata semangat untuk Jo. Sis tak kuat nak baca komen amarah dari awak semua. Hehehee.... Ini malam kita relek relek je temankan Jo menangis eh?
Biarkan Balqis muntah-muntah kat hospital sane. 

Salam sayang utk readers semua
Muahh satu kali....

Xoxo
HafizahHathir

Perempuan?Where stories live. Discover now