Bab 12

11.7K 260 1
                                    

         Pintu wad menempatkan Balqis aku tolak perlahan. Aku masuk dengan perlahan. Mungkin Balqis sedang tidur lagi. Sempat aku menyalahkan diri sebab masuk ke sini walhal selepas Hady menurunkan aku di depan hospital, kaki aku sudah melangkah ke tempat parking motor aku. Tapi aku rindu...

        Ya. Aku rindu dengan Balqis. Aku dah jatuh sayang dengan dia. Aku selesa berkawan dan berbual dengan dia. Seorang perempuan yang penuh gelak tawa dan berfikiran luas. Ah... Aku rindu waktu kita lepak sesama. Tapi, kenapa kau tipu aku? Kau pura-pura didepan aku.

        Wajah polos Balqis yang sedang tidur aku tatap. Terlihat kesakitan yang ditanggung diwajahnya. Sakit sangat ke? Aku sanggup tanggung kesakitan yang kau alami itu. Ye.. Tak payah aku mengandungkan anak kau. Kau boleh mengandung sendiri, Balqis.

        Tanpa sedar, aku usap pipinya perlahan. Pipinya sudah cengkung. Tubuhnya pun turut susut.

"Johannah..... "

        Aku tersentak saat nama aku dipanggil. Mata Balqis terbuka sedikit. Aku mengalihkan jari aku dari pipinya.

"Sorry kacau kau tidur. Aku saja datang melawat."

"Tak pe, saya pun dah lama tidur agaknya. Awak sorang ke? Hady mana?"

        Balqis memberikan aku senyuman. Dia cuba bangun dari pembaringan. Melihat dirinya agak terkial-kial, aku cuba membantu. Kerutan didahinya kelihatan disaat dia membetulkan duduknya. Sakit mungkin.

"Hady dah balik, katanya ada hal penting. Kau okay tak ni? Sakit sangat ke?"

        Pertanyaan aku dibalas dengan senyuman kecil darinya. Ah Balqis, aku rindu senyuman itu. Sebenarnya aku cuba untuk tidak mengendahkan kesakitannya, tapi mulut ni gatal sangat nak bertanya.

"Awak sihat Johannah?"

        Mendengar pertanyaan darinya membuatkan hati aku menjadi sakit. Entah kenapa. Dia masih ingin berpura-pura mengambil berat tentang aku.

"Seronok kan jadi anak orang kaya? Sesuka hati je nak beli maruah orang..... Pandai berlakon betul kau ni."

       Begitu sinis ayat yang aku lontarkan. Aku jadi marah. Marah sebab dipermainkan.

"Johannah.... "

"Panggil aku Jo!"

"Baiklah. Jo.... Saya minta maaf. Saya tahu saya salah."

"Huh.... Jika orang lain pandang aku terasa jijik, perangai kau tu lagi jijik dan hina."

       Pandangan matanya lari dari wajah aku. Jarinya memintal mintal hujung selimut. Rasa bersalah?

"Jo... Saya terdesak."

"Terdesak? Kau suruh je la laki kau tu kahwin lain. Habis cerita kan.... "

"Tapi saya tak nak bermadu.... "

       Laju dia memberi jawapan. Tangan aku terus memegang dada, hati aku terbakar.

"Jadi, kau nak orang lain jadi mangsa. Buat anak haram lepas tu bagi kat kau? Oh lupa... Kau kaya kan? Jadi kau boleh buat apa je."

"Dan awak perlukan duit. Jadi tak salah kalau kita bekejasama."

       Balqis memandang tepat wajah aku. Riak wajahnya seakan mengejek aku. Aku membalas pandangannya. Sabar Jo! Ini hospital....

"Sial..... "

        Aku terus melangkah keluar dari wad. Aku takut lebih lama aku kat situ, lebih teruk jadinya. Besar kecik besar kecik je aku pandang dia. Aku dah masuk perangkap mereka. Kalaulah bapak tak buat hal, tentu aku tak alami hal macam ni.

       Mata aku mencari-cari sesiapa yang aku kenal dalam kelab ni. Masalah yang menyemakkan kepala aku membuatkan kaki aku melangkah ke sini. Sudah lama aku tak jejakkan kaki ke sini.

        Mata aku tertacap pada sekumpulan budak yang sama spesis aku di satu sudut. Beberapa orang yang aku kenal ada disitu.

        Mereka bertepuk tangan saat melihat aku didepan mereka. Yang tak mengenali aku hanya memandang saja. Macam artis pulak rasanya.

"Jo....!! Mana sembunyi?"

        Aku ditegur oleh Han, yang pernah rapat dengan aku dulu. Disebelahnya ada seorang awek cun. Han ni asyik tukar pasangannya jer. Han menyuruh aku duduk disebelahnya. Tanpa buang masa, aku menuruti permintaannya.

"Huh... Lama doh aku tak lepak dengan korang. Rindu gila!"

"Orang dah sombong, gaji dah besar mana nak lepak dengan kita semua."

        Kechik membalas. Budak ni dari dulu memang asyik berbulu je dengan aku. Tak pernah tak menyakitkan hati aku. Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya. Malas nak layan, lagipun aku tak berapa rapat dengan dia ni.

"Lek bro, kau macam tak kenal dia."

      Bisik Han pada telinga aku. Han tahu apa aku tak suka. Aku senyum dan menepuk bahunya perlahan.

      Malam itu, sekali lagi aku hanyut dengan bisikan syaitan. Minuman keras yang telah lama aku tinggalkan, malam itu aku teguk kembali. Segala masalah aku letakkan ke tepi.

        Pagi itu aku bangun dengan keadaan rasa sakit di kepala. Beginilah keadaannya bila aku mabuk teruk. Nampak gayanya, aku terpaksa minta cuti lagi sehari dengan Cik Alisa.

        Selepas Cik Alisa berikan aku cuti, aku sambung tidur lagi selepas menelan ubat tahan sakit. Dan aku bangun pada pukul 2 petang. Rasa sakit dikepala juga lega sedikit. Hanya pening-pening lalat sahaja. Seperti biasa sebelum bangun, handphone aku capai dulu. Mana tahu kalau ada call-call kecemasan ke.

       Aku mengerutkan dahi saat melihat ada missed call dari mak. Ada sesuatu berlaku ke? Aku jadi risau dan sensitif sekarang ni bila sesuatu melibatkan hal keluarga. Tanpa buang masa, aku terus hubungi mak.

"Hello mak.... "

Perempuan?Where stories live. Discover now