Bab 3

18.2K 381 15
                                    

Aku berhentikan motor kesayangan aku, RXZ catalyzer berwarna merah di tempat parking. Cik Alisa juga baru sampai. Sudah 3 hari sejak kejadian malam di rumah aku. Sudah 3 hari juga dia memalingkan wajahnya dari aku. Ada aku kisah?

Tapi syukur dia tidak berhentikan aku. Kalau dia pecat aku, yang itu aku kisah. Cubalah kalau berani. Hahaha.. Jangan bermain api dengan Jojo tau! Kang muka awak yang cantik tu, terpampang kat facebook. Orang sekarang bukan kisah siapa kau, artis ke, model ke, orang biasa ke, terus di viralkan nanti.

Aku biarkan Cik Alisa masuk dulu sementara aku lap-lap motor aku ni. Kesayangan aku ni. Siapa yang calarkan body motor ni, bermakna dia sudah calarkan hati aku. Cewah! Walaupun beribu motor atau kereta yang datang nak tukar dengan kesayangan aku ni, tak mungkin hati aku akan berpaling. Double cewah!

"Hai Jo!"

"Eh Hady!"

Yes! Hady come again. Aku bukan awek kau la. Asyik muka kau je yang muncul.

"Kau kata nak call aku kot. 4 hari aku tunggu tau."

"Adoi.... Sorry la bro. Aku lupa. Kau pehal asyik cari aku ni? Ada story morry yang hangat ke?"

"Kau macam tak suka je jumpa aku balik. Puas aku cari kau tau tak. Aku rindu kau sebenarnya."

Yukk! Please. Aku nak muntah. Rindu? Kau buat kelakar di siang hari Hady.

"Kau gay?"

"Sial la kau.... Aku tak memain la."

Hahaha.... Ni Hady yang aku kenal. Mencarut adalah makanan dia dulu. Kami gelarkan dia 'king of carut's'.

"Okay, malam ni lepas kerja kita lepak mamak. Amacam? Nanti aku wassap kau."

"Okay.... Aku blah dulu. Jangan lupa wassap aku."

Sekejap sahaja Hady hilang dari pandangan aku. Nampaknya dah berjanji. Malam ni kena juga lepak dengan dia.

Mood aku hari ni ke laut. Mana tidaknya, barang-barang yang aku pesan semuanya tak sampai lagi. Hendak saja aku terjah bilik Cik Alisa sebab dia yang uruskan tentang hal ini. Memandangkan kami masih tidak bertegur sapa, aku matikan niat. Banyak pesanan terpaksa ditolak. Halina, salah satu pelayan di sini sudah bising. Ah masak!! Salah aku pulak. Pergi sana cakap dengan Cik Alisa.

"Jo, ada orang cari."

Ni lagi satu..... Sejak dua tiga hari ada sahaja yang mencari aku. Semak aku dibuatnya.

"Aku sibuk."

"Dia kata nama kau...... "

"Johannah Binti Johan?"

Sampuk aku. Berapa ramai yang tahu nama aku Johannah Binti Johan? Aku jeling Apek. Banggang! Tak boleh ke bagi alasan apa-apa.

Aku keluar juga dari kitchen. Apek sudah melarikan diri. Dia tahu mengelakkan diri jika saka mengamuk aku dah sampai. Dari jauh kedengaran Apek menjerit nombor meja gerangan yang nak jumpa aku tu.

"Ye cik, saya Johannah Binti Johan. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

Aku cuba mengawal emosi ketika berhadapan dengan seorang gadis comel di depan aku ni.

"Hai, saya Balqis."

Maaf. Tak kenal.

"Okay, nama awak Balqis. Saya Johannah Johan. So, macam mana awak tahu nama tu?"

"Rahsia."

Okay, dia rahsia. Ni kalau aku mencarut agak-agak dia berahsia lagi tak? Angin aku tengah puting beliung ni. Kang hah....

"So?"

"Tak ada apa. Saya cuma nak tahu rupa seorang yang bernama Johannah Binti Johan."

Dia tersengih. Dalam skala 1 hingga 10. 10 adalah tahap kritikal marahnya aku. Aku sekarang dalam skala 9 setengah.

"Terima kasih panggil saya yang tengah sibuk. Sekarang, saya nak ke belakang dan awak boleh la sambung makan atau blah dari sini."

Aku terus pergi meninggalkan gadis comel bermata bulat, berhidung kecil dan kulitnya putih. Hah?

Sepanjang hari angin aku tak elok. Tapi tangan aku masih menjalankan kerja dengan baik. Hati teringin saja blah dari sini tapi tahap dedikasi aku sangat kuat terhadap kerja.

Selepas habis waktu kerja, aku terus ke Restoran Said untuk berjumpa Hady. Waktu macam ni, mamak je la yang buka. Boleh lepak lama sikit memandangkan esok aku cuti.

Ketika aku sampai, Hady sudah menunggu di tempat tersorok sedikit dari orang ramai. Huh, dia malu ke lepak dengan aku? Its okay. Dah biasa.

"Apsal duduk sini, lepak la dekat depan skrin tu. Ada bola malam ni.... "

"Bising. Kau datang nak berbual dengan aku ke nak tengok bola? Aku rindu nak berbual dengan kau.... "

Shit. Apa ni rindu-rindu?

"Okay, fine. Cha! Teh tarik satu, kosong 2."

Pekerja restoran yang aku panggil Cha hanya mengangguk-anggukkan kepala.

"Mana kau tau aku kerja cafe tu?"

"Adalah.... Aku kan Inspektor Conan."

Aku bantai gelak. Inspektor? Bukan ke Detektif Conan? Ni sah tak pernah tengok siri tu. Asalkan belakang ada conan je pun dah cukup.

"So, ape cerita kau sekarang? Kerja? Dah kahwin?"

"Gaya aku macam orang tak kerja ke?"

"Aku tahu la....maksud aku kerja apa?"

"Bisnes kecik je. Aku dah 6 tahun buka company sendiri. Printing. "

Wow! Tak sangka kawan aku dah buka bisnes sendiri. Aku cemburu. Patutlah segak je sekarang.

"Alhamdulillah.... Dah jadi bos kawan aku ni. So, dah kahwin?"

"Erm.... Dah."

Aku terkejut walaupun aku dapat agak statusnya.

"Baguslah. Umur kau pun dah tua. Kalau tak kahwin lagi, maknanya kau ni ada something wrong la."

Aku ketawa kecil. Hady pun ikut sama ketawa. Hensem macam dulu.

"Kau? Bila nak kahwin?"

"Kau jangan buat lawak la. Aku sensitif dengar soalan tu tau. Cut the topic."

"Okay....."

Perempuan?Where stories live. Discover now