Berhenti saja motor, aku terus berlari masuk ke dalam rumah. Helmet pun entah ke mana aku humban. Mengucap panjang aku dibuatnya, habis semua barang dalam rumah berserak. Ada beberapa serpihan kaca di atas lantai. Laci laci almari perhiasan mak juga sudah ke bawah. Aku mengepal penumbuk. Terasa marah dengan mereka yang buat keluarga aku macam ni.
Aku lihat bapak sedang duduk di atas kerusi meja makan. Aku tak nampak mak. Mana mak? Aku balik sini sebab bapak kata mak sakit. Aku hampiri bapak yang sedang termenung.
"Mana mak?"
Bapak kelihatan terkejut melihat aku disitu. Aku dapat lihat bapak mengesat air matanya setelah berpaling dari aku. Dah terlambat bapak! Sempat aku mengutuk dalam hati.
"Mana mak, bapak?"
Soal aku lagi bila lihat bapak tak menjawab soalan aku. Mata aku meliar lagi ke segenap dalam rumah mencari kelibat mak.
"Mak kau kat atas."
Aku terus berlari memanjat tangga untuk menjenguk mak. Aku menghembus nafas lega bila melihat mak sedang duduk bersila di atas katil. Tangan mak sedang mengurut perlahan badannya sendiri.
"Mak.... "
Mak menoleh dan serta merta air matanya mengalir. Mak menyebut nama aku perlahan dan menyuruh aku menghampirinya. Aku akur. Tubuh aku dipeluknya erat. Mak mula teresak perlahan. Dan aku dapat rasanya baju aku mula basah dengan air matanya.
Tubuh belakang mak aku tepuk perlahan. Aku pujuk mak agar berhenti menangis. Sakitnya hati bila mendengar orang yang melahirkan aku menangis macam ni.
Selama ini aku ingat, ketiadaan aku disini buat dorang bahagia. Tak sangka begini ceritanya. Aku mahu bertanya apa yang mereka buat pada mak, tapi aku tahankan hati. Aku tak nak mak menangis lagi. Semasa aku call mak tadi, bapak yang angkat. Sempat die ceritakan sedikit. Rumah mereka diserang 'along'. Waktu tu bapak tak ada. Mak yang jadi mangsa. Mak yang sememangnya trauma, mengalami pitam akhirnya setelah mereka cabut lari. Kata bapak, salah sorang dari mereka tertolak mak hingga jatuh. Nasib baik tiada kecederaan fizikal.
"Kenapa balik? Kan jauh. Tak penat ke berulang alik?"
"Jo risaukan mak."
Gila kalau aku tak risau. Mak aku tu. Kalau jadi apa-apa kat mak, memang bapak aku cari. Sebab dia, mak jadi macam ni.
"Betul ke samseng-samseng tu yang buat? Bukan bapak?"
Entah kenapa soalan itu aku tanyakan. Bukan aku tak percaya, tapi bapak kan selalu pukul mak. Mak pandang muka aku. Mungkin tak percaya soalan tu muncul dari mulut aku.
"Johannah, tak baik cakap macam tu. Memang bapak selalu pukul mak, tapi kau pun nampak kat bawah tu bersepah macam mana kan? Tak kan la bapak punya kerja tu."
"Tanya je.... Mana tau mak sengaja nak back up bapak tu. Baguslah bukan dia, kalau tak..... Memang Jo terus report polis."
Aku jawab tanpa selindung. Biarlah mak nak terasa ke apa. Yang penting mak selamat. Kalau boleh, hari ni juga aku nak bawa mak keluar dari sini. Tapi mesti bapak tak izinkan.
"Kau ingat aku jahat sangat ke?"
Terkejut aku bila terdengar suara bapak. Dia dengar ke? Ah...lantaklah.
"Semua ni jadi sebab bapak jugak. Bapak lupa? Atau nak Jo ingatkan? Lagipun, bukannya bapak tak pernah pukul mak."
"Kau jangan nak kurang ajar! Aku ingatkan kau jauh dari kami, kau pergi belajar atau dah berubah. Sama je...."
"Eh, kenapa bapak nak salahkan Jo pulak? Siapa yang berhutang sekarang ni? Mak jadi macam ni disebabkan siapa? Jo?"
Berdesing telinga aku dengar kata-kata bapak. Masih macam dulu, asyik menyakitkan hati je.
"Sudah la tu..... Johannah baru je balik pada kita. Janganlah gaduh lagi.... Bukan ke abang jadi macam ni sebab...."
"Sudahlah....aku nak keluar kejap."
Bapak terus pergi dari situ. Mak pandang aku seperti meminta aku lupakan kisah lalu. Lengan aku ditepuknya perlahan.
Malam ni aku mengambil keputusan untuk tidur disini. Rumah ni perlu dikemas dulu. Tak kan nak biarkan mak kemas semua ni. Bapak pula entah ke mana sejak tadi tak balik rumah.
Sekali lagi aku menghantar message pada Cik Alisa memohon cuti sehari lagi. Mujur Cik Alisa membenarkan aku bercuti lagi. Katanya ambil la berapa masa pun. Amboi.... baiknya hati majikan aku ni.
Aku duduk di luar rumah menghirup udara. Sebentar tadi sempat menegur jiran sebelah rumah kanan aku ni. Bertegur sapa sebab dah lama tak jumpa. Terkejut aku dibuatnya apabila melihat anak perempuannya sudah besar dan cantik. Dulu, serabai je dengan main basikal depan rumah. Sekarang ni, terpukau pulak melihat bentuk badannya. Budak zaman sekarang, umur 14 tahun pun dah pandai pasang badan dan bersolek bagai.Aku masih memikirkan tawaran Hady dan Balqis. Bukan mudah untuk aku terima. Melihat keadaan keluarga aku sekarang, membuatkan aku menjadi semakin serba salah. Tak sanggup aku lihat mak menderita. Hari ni perabot rumah jadi mangsa, esok lusa tuan perabot pulak jadi mangsa.
Rela atau tidak, aku telah buat keputusan. Biar aku seorang merana, asalkan keluarga aku tidak cedera.
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.