Dapat bayangkan tak situasi aku sekarang? Berjalan kaki pada subuh hari, dengan membawa perut sambil menjinjing beg. Teksi pula tak nampak-nampak bayangnya. Berapa jauh lagi aku nak jalan ni. Aku mula rasa sakit kat bawah perut aku ni.
Sesekali aku menoleh ke belakang, takut dorang cari aku. Bukan dorang, tapi Hady. Tak mungkin Balqis akan cari aku sedangkan dia memang berhajat ingin aku keluar dari rumahnya. Memikirkan dia sahaja sudah buat aku sakit hati.
Aku keluar dari rumah itu sebab aku tak tahan dengan penghinaan yang dorang berikan. Penipuan demi penipuan. Baru semalam aku serahkan tubuh aku lagi pada Hady. Dan hari ini, aku berada di tepi jalan. Tak sangka. Aku benci Hady. Aku benci Balqis.
Bunyi hon kedengaran di belakang aku. Aku takut nak menoleh. Mungkinkah Hady? Tapi kemudian, kereta itu sudah berada di sebelah aku. Akhirnya aku menoleh. Ternyata, sebuah teksi yang ada disitu. Aku menarik nafas lega. Aku berhenti dan teksi itu juga berhenti. Cermin diturunkan.
"Adik.... Nak pergi mana?"
Kelihatan seorang lelaki tua berbangsa melayu di tempat pemandu.
"Err.... Boleh saya naik?"
"Masuklah. Beg tu bawak masuk sekali, tak payah letak belakang."
Aku terus masuk dan duduk di kerusi belakang. Dalam keadaan begini, aku lebih selesa duduk di belakang. Untuk keselamatan juga. Kemudian, teksi itu meluncur perlahan meninggalkan tempat itu.
"Adik nak pergi mana dengan beg macam ni? Tak takut ke jalan sorang sorang. Hari pun masih gelap lagi."
Pakcik itu bertanya. Hati ni tengah sakit, tak takut apa-apa pun pakcik
"Err.... Nak balik kampung. Bas pukul 7.30 tu yang saya keluar awal."
Bukan bermaksud nak berbohong, tapi tak kan aku nak cerita hal sebenar.
"Jadi adik nak ke stesen bas lah ni yer.... Emm... Suami mana? Tak kesian ke kat bini dengan perut dah besar ni jalan sorang-sorang."
Aduhai pakcik.... Banyak soalan pakcik ni. Aku ni tengah tak ada mood nak berbual. Nasib baik orang tua....
"Suami saya askar. Tak ada kat sini. Erm... Pakcik, kalau dah sampai kejutkan saya eh. Mata ni mengantuk pulak rasanya."
Segera aku tutupkan mata. Bukan nak tidur betul pun, cuma elakkan pakcik ni bertanya macam-macam lagi. Aku bukanlah nak kurang ajar tapi aku memang tak ada mood nak berbual.
Kini aku berdiri di depan stesen bas. Teksi yang aku naiki sudah beredar bersama penumpang yang lain.
'Apa aku nak buat kat sini?'
'Ke mana aku nak pergi ni?'
Soalan demi soalan berlegar di kepala aku tika ini. Beberapa orang yang berada disitu sudah mencuri-curi pandang ke arah aku. Mana tidaknya, aku berdiri di tengah-tengah alam. Tak berganjak sedikit pun setelah turun dari teksi.
Sakit di bahagian bawah perut mula terasa nyeri. Hampir sahaja beg yang aku pegang mahu terlepas. Aku mula melangkah mencari tempat duduk sambil memegang perut.
"Adik okay ke?"
Seorang yang aku kira pangkat kakak berada di samping aku. Dia memapah aku ke bangku yang berdekatan.
"Terima kasih kak. Erm... Sakit sikit je ni. Lepas rehat, okay la ni."
Aku melirikkan senyuman buat kakak itu.
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.