Aku memegang perut aku yang sudah membesar. Dah 6 bulan usia kandungan ni. Sekejapnya masa berlalu. Jika dulu, hanya tshirt tersarung di badan aku. Kini hanyalah baju blouse besar yang tersarung pada badan aku. Tentulah Hady punya kerja membeli baju ni semua. Jika dulu rambut aku pendek, kini sudah mencecah bahu. Hady juga punya kerja tak membenarkan aku memotongnya.
Aku rindu diri aku yang dulu. Aku mula menjadi seorang yang sensitif. Seorang yang mudah menangis. Seorang yang kuat merajuk. Mungkinkah disebabkan aku mengandung?
Sejak percutian ke Cameron Highland, hubungan aku dengan Balqis mula renggang. Maksud aku, kami sudah jarang berbual. Hanya bercakap bila perlu sahaja. Beza pula hubungan aku dengan Hady. Kami semakin rapat. Rapat macam waktu kami remaja dulu. Kami banyak berbual dan berkongsi cerita lalu. Sumpah, aku rindu masa kami waktu dulu.
Adakah kerana aku rapat dengan Hady, Balqis menghindarkan diri dari aku? Kalau itu yang dia takutkan, dia silap. Sedikit pun aku tak punya perasaan dengan Hady. Memang anak dalam perut ni anak dia, tapi ini semua hanyalah satu perjanjian. Sepatutnya dia faham. Kalau disebabkan kata-kata aku ketika di Cameron Highland, memang sah dia seorang yang ego. Aku bercakap benda yang betul. Sepatutnya dia faham.
"Hoi... Mengelamun ke?"
"Kau memang tak geti beri salam eh? Kalau baby ni terkeluar sebab terperanjat macam mana?"
Aku mengurut dada disebabkan sergahan Hady. Perangai tak ubah-ubah. Masuk bilik aku pun main terjah je. Nasib baik aku salin baju dalam bilik air. Tak nak peristiwa 'itu' berulang lagi.
"Okay la tu, aku tak sabar nak tengok baby. Mesti hensem macam aku kan?"
"Hensem pale otak kau, anak kau ni perempuan. Mestilah cantik macam aku."
"Cantik macam kau tak pe, jangan perangai macam kau sudah. Harap dia tak keliru identiti dia nanti, jenuh aku nak membentuk dia nanti."
Erk... Terus aku tersentak. Ba alif ba ya punya orang. Tak payahlah sebut pasal tu. Aku tahulah aku ni jahil. Aku hanya diam saja. Kecik hati aku dengar kata-katanya.
"Err.... Sorry la Jo. Aku tak maksudkan pape. Sorry eh. Kalau kau merajuk, susah tau aku nak pujuk."
Padan muka. Siapa suruh cakap aku yang bukan-bukan.
"Janganlah diam je Jo. Okay... Kita keluar eh petang ni? Aku belanja kau makan pizza. Kau kan mengidam nak makan...."
Mata aku membulat mendengar perkataan pizza. Sejak minggu lalu, aku asyik terbayang makanan tu. Ni semua gara-gara iklan di tv. Tanpa sedar, aku mengukir senyuman. Hady ni memang pandai memujuk aku.
"Janji?"
Aku menunjukkan jari kelingking aku padanya. Dan dia menyambut.
"Janji."
Kami berdua ketawa lepas tu. Tak sangka hubungan kami boleh berubah jadi begini. Hady seperti dulu, sentiasa membuat aku ketawa.
Dan petang itu kami keluar berdua sahaja menikmati hidangan pizza. Balqis tak ikut sama. Alasannya dia tak sihat. Aku ingin batalkan saja tapi Balqis melarang dan menyuruh Hady membawa aku keluar. Katanya dia ingin berehat saja. Dia memang benar-benar sakit atau sengaja tak mahu makan bersama aku. Entah. Hanya dia saja yang tahu.
Selepas makan, Hady membawa aku membeli sedikit barangan baby. Aku jadi serba salah. Tentu Balqis ingin membelinya sendiri memandangkan baby ini akan jadi miliknya juga. Tetapi melihat Hady yang teruja, aku turutkan kemahuannya. Lagipun, dia dah belanja aku makan. Tak elok pulak tak layan permintaannya.
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.