Bab 17

12.2K 315 15
                                    

        Sudah 3 hari aku disini, makan tidur makan tidur. Ni lemak dah banyak terkumpul kat perut. Sejak kejadian bertegang urat dengan Hady tempoh hari, aku hanya mendiamkan diri. Kebanyakkan masa aku, hanya di dalam bilik sahaja. Aku keluar bilik hanya bila dipanggil makan.

        Jam baru menginjak pukul 10 pagi, aku masih berbaring di atas katil. Nak mandi terasa malas. Aku bangun pukul 9 tadi lagi. Dok mengelamun masih memikirkan kenapa aku kat sini. Benda bodoh yang aku buat. Kalau tak kerana mak bapak, tak la aku kat sini macam orang bodoh. Rasa menyesal mula dirasai.

        Akhirnya aku bangun dari katil apabila perut aku sudah berbunyi minta di isi. Hari ni Balqis tidak pula memanggil aku turun makan. Harap-harap dia dah masak memandangkan aku sudah kebuluran ni.

        Selesai mandi, aku keluar dari bilik air dan menuju ke almari yang menempatkan baju aku. Seketika aku ternganga....

"Baju sape ni siaa....."

        Aku menjerit kecil melihat beberapa helai baju di dalam almari itu yang tentunya bukan aku punya. Dan aku sedari beberapa helai baju aku juga sudah hilang dari situ. Maksud aku, hampir semua baju aku tiada di situ. Yang tinggal hanya sehelai tshirt, sepasang seluar jeans dan seluar tidur. Darah aku mula mendidih. Pantas kilat aku membuka laci melihat baju dalaman aku. Alhamdulillah masih ada. Tapi kelihatan ada beberapa helai seluar kecil yang masih baru. Dan..... Bengkung aku yang selalu pakai untuk melilit dada dah hilang! Oh shit....

        Aku turun ke bawah mencari kelibat pasangan suami isteri itu. Kemarahan aku dah skala 10 dah ni. Aku dah cukup sabar dengan permintaan mereka. Kini, pakaian aku pula jadi mangsa.

        Amboi..... Bahagianya mereka duduk berbual sambil gelak ketawa di ruang tamu. Baju baru yang mereka letak di dalam almari aku, aku lempar di depan mereka. Terus berhenti gelak tawa mereka berdua.

"Kau gila ke apa? Tak puas lagi nak permainkan aku??"

        Aku menjerit kuat dihadapan mereka. Balqis terkejut. Hady seperti biasa hanya memandang kosong. Kemudian dia tersenyum. Membuatkan aku bertambah marah. Ni dah tak ada skala-skala dah. Ni tahap naga nak keluarkan api dah.

"Cukup baik aku nak tolong korang. Aku ni bukan budak-budak sampai kau nak tentukan cara hidup aku!!"

"Kenapa? Salah ke aku nak belikan kau baju baru."

"Salah..... Kau tengok baju apa yang kau belikan ni. Mana bengkung aku?"

        Hady ketawa kecil. Dia mula bangkit dari duduknya.

"100 ribu bukan sikit. Aku ada hak nak tentukan hidup kau mulai sekarang. Apa kau pakai. Apa kau makan. Apa kau minum. Semua aku yang uruskan. Sehinggalah anak aku lahir nanti. Kalau kau nak cepat selesaikan masalah kau ni, jom..... Kita masuk bilik."

        Aku hampir terduduk mendengar kata-kata Hady. Sial..... Kerana duit hidup aku jadi macam ni. Okay, kau nak main permainan sangat kan.

"Baik..... Aku pun tak sanggup nak hidup lama dalam neraka ni. Cepat selesai, cepat aku blah dari sini kan? So.....aku akan ikut kehendak kau. Nak masuk bilik sekarang kan? Tapi aku nak Balqis masuk jugak. Aku nak bini kau sertai sekali..... "

        Aku memandang Balqis dengan pandangan yang penuh bermakna. Gila kalau aku tak tergoda dengan bentuk badan dia. Sebelum ni bila keluar dengan aku dia hanya memakai pakaian muslimah. Bila di rumah ni, sumpah menggugat keimanan aku.

        Balqis menelan air liur. Kerongkong dia bergerak-gerak. Hady pula terus terdiam memandang aku dan Balqis bersilih ganti. Aku tersenyum menang. Sebenarnya dalam hati, aku hampir menangis. Aku tak sedia lagi nak mengandung. Nak bersama Hady atas katil? Aku hampir menampar mulut aku tika itu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..... Masak kau, Jo! Harap-harap Hady tak setuju.

Perempuan?Where stories live. Discover now