Aku membuka helmet lalu gantungkan ke handle motor aku. Berkali-kali aku cuba menelefon Hady, tapi tak dapat. Cuaca masih lagi terik walaupun jam sudah pukul 3 petang.
Aku memasukkan handphone ke dalam kocek. Lalu mengambil helmet dan terus menapak ke gerai makan yang terdapat di R&R ni. Aku mengambil tempat di tempat terceruk sedikit. Seperti biasa, aku tak selesa nak duduk di tempat yang ramai orang. Sebab banyak mata memandang aku. Semuanya jakun agaknya tengok perempuan berpenampilan lelaki.
Mee hoon soto yang terhidang di depan mata aku pandang sepi. Tadi lapar, sekarang tak selera pulak. Air teh ais aku sedut sikit bagi hilangkan dahaga. Kepala otak aku masih ingatkan mak. Tak puas nak berbual dengan mak. Terbayang wajah keruh mak ketika melambai aku sewaktu aku gerak tadi.
Aku ralat sebab tak sempat nak menjamah masakan mak. Bukan aku tak nak, tapi aku tak nak berlama duduk serumah dengan bapak. Mengenangkan balik apa dia buat pada mak, buat aku marah je. Disebabkan dia, hidup aku bakal hancur.
Agak-agak ada tak orang nak bagi aku pinjam seratus ribu? Memikirkan syarat Hady pada aku, buat aku naik seram. Mengandung? Aku nak gelak ke nak menangis ni?
Mak....!!! Jo tak nak beranak! Tolong mak!!! Semua ni salah bapak... Kalaulah bapak tak buat perangai, tak la Jo dalam dilema macam ni. Jo benci bapak!!
Bunyi telefon mengganggu lamunan aku. Handphone samsung S4 aku keluarkan dari kocek seluar. Tertera nama Hady di skrin telefon. Segera aku angkat.
"Hady..... Aku tak nak kahwin dengan kau! Tolonglah Hady....!"
Tanpa salam aku terus berkata. Ada seorang lelaki yang sedang lalu di sebelah aku terus menoleh ke arah aku. Kuat sangat ke aku cakap?
"Jo.... Aku tak suruh kau kahwin dengan aku pun. Aku suruh kau lahirkan anak aku."
Shit! Dia fikir aku nak beranakkan anak dia tanpa kahwin ke? Sejahat-jahat aku, tak sanggup aku nak jatuhkan maruah aku lahirkan anak haram.
"No....! Aku tak kan lahirkan anak haram. Kalau kau nak anak, kau kena kahwin dengan aku."
Eh, apa aku ni? Bukan ke aku tak nak kahwin dengan dia? Ah.... Ni soal maruah keluarga aku. Soal masalah yang bapak cipta. Yang penting keluarga aku selamat.
"Jo....! Ini bukan perjanjian kita. Kan aku dah cakap, Balqis tak nak hidup bermadu."
Suara Hady kedengaran keras sedikit. Mungkin marah dengan permintaan aku. Kami sama-sama ada kepentingan sendiri, oleh itu Hady kena ikut syarat aku pulak.
"No! Kau nak anak, kau kena kahwin dengan aku. Kau cakap dengan bini kau yang gila tu. Malam ni jumpa kat hospital.... Kita bincang hal ni. Bye!"
Selepas mematikan talian, aku terus bangun dari duduk dan kembali ke motor. Perasaan aku sekarang ni susah aku nak cakap. Semuanya ada. Yang hilang cuma rasa gembira je. Aku terus memecut motor aku membelah lebuhraya. Kalau boleh hari ni jugak aku nak selesaikan masalah ini.
"Terima kasih, Johannah. Mak sayang kau walau apa pun terjadi."
Aku teringat kata-kata mak sebelum aku balik tadi. Sakitnya dada aku ni. Tanpa sedar motor yang aku tunggang lebih laju dari tadi.
'Mak, Jo buat semua ni untuk keluarga kita. Jo sayang mak!'
Aku tak terus pulang ke rumah. Sengaja aku ke cafe untuk melihat keadaan di sana. Ada beberapa pelanggan sahaja. Aku duduk sekejap di salah satu tempat di dalam cafe untuk menghilangkan penat. Aku sempat mengangkat tangan pada rakan kerja aku yang lain. Cik Alisa mungkin di dalam pejabatnya.
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.