Aku baring di atas sofa sambil melihat kipas berpusing laju. Ketika ini fikiran aku kosong. Kata-kata dan tawaran dari Hady dan Balqis membuatkan aku berasa marah sangat. Dan yang paling aku marah sangat apabila Hady bercerita perihal keluarga aku.
"Bapak kau berhutang dengan along disebabkan ketagihan bermain judi dan sekarang hutangnya sudah mencecah 100 ribu. Mak kau pulak asyik dipukul bapak kau hampir setiap malam."
Aku tak nak percaya. Bapak tak mungkin main judi. Seumur hidup aku, tak pernah lihat dia berjudi apatah lagi main nombor ekor. Hady sengaja ingin buat aku terima tawarannya.
"Kalau kau terima tawaran kami, aku janji akan tolong bayarkan hutang bapak kau dan tambahan 50 ribu selepas kau melahirkan baby."
Arghh.... Gila!!! Ada juga manusia seperti mereka. Kalau di luar negara mungkin ada, tapi ini malaysia. Beragama islam. Sumpah aku masih tak percaya dengan tawaran yang dorang offer.
Mengandung? Kenapa aku? Dia tahu aku ni orang yang macam mana. Aku sendiri tak terfikir untuk berubah, tak terfikir untuk berkahwin. Inikan pula mengandung? Sudah tu mengandung tanpa bernikah? Dia nak aku mengandung anak luar nikah? Bodoh punya manusia. Ni manusia ke syaitan?
Apa yang pasti, aku harus balik ke rumah bapak. Selidik. Jika apa yang dikatakan Hady adalah bohong, tahu la nasib mereka berdua. Huh! Aku harap Cik Alisa bagi aku cuti sehari dua untuk aku menyelesaikan masalah ini.
handphone berbunyi menandakan message masuk. Segera aku mengambil dan membaca.
'Jo, aku kat bawah rumah kau. Turun kejap. Kita perlu bercakap.'
What?? ..... Apa lagi si Hady ni nak. Tawaran bodoh apa lagi dia nak bagi aku. Semak je lah. Nak tak nak aku terpaksa turun. Aku takut dia naik ke rumah aku pulak nanti. Kecoh pulak satu blok ni.
Aku hampiri Hady yang sedang bersandar pada tubuh kereta. Melihat mukanya je dah buat aku menyampah. Ni kalau aku bagi satu penumbuk pun bagus jugak kan. Hai Jo.... Macam la kau terror sangat nak tumbuk orang. Tumbuk sambal belacan boleh kot.
Aku turut bersandar pada keretanya. Kami masih tak menyapa. Mungkin dia perlu kekuatan untuk bercakap dengan aku. Sebab dia tahu aku siapa. Dia tahu perangai aku. Aku yang sekarang sama macam aku yang dulu. Aku mudah naik angin. Di hospital tadi, mungkin dia tahu aku cuba menahan. Gila ke nak buat kecoh kat hospital. Segila-gila aku, aku masih tahu menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan.
"Jo.... Aku minta maaf. Semua ni idea isteri aku. Aku.... Aku rasa bersalah sangat dengan kau. Aku sendiri tersepit dengan permintaan Qis. Aku sayangkan dia. Sebetulnya aku sendiri tak setuju dengan idea ni. Tapi.... Qis paksa aku. Aku tak kisah pun kami ada anak atau tidak. Aku minta maaf Jo. Aku akan cuba pujuk isteri aku supaya hentikan idea gila ni."
Aku mendengar setiap bait kata-kata dari mulut Hady. Aku dapat rasakan dia bercakap benar. Lalu aku ketawa perlahan.
"Kenapa kau ketawa?"
"Kau pun tahu ni idea gila?"
"Aku tahu Jo. Memang kedengaran gila. Tapi aku nak buat macam mana. Dia tetap isteri aku. Aku malu sangat dengan kau."
"Kenapa aku?"
Itu yang aku nak tahu sangat. Berapa banyak orang kat luar sana. Tapi kenapa dia pilih aku. Tak logik. Dia tahu aku manusia spesis apa. Tak payah tanya pun, dia tahu apa keputusan aku.
"Itu aku tak tahu."
"Hady.... Memang gila idea bini kau tu. Mengandungkan anak orang tanpa menikahi? Kau rasa ada ke orang nak terima tawaran korang ni? Kalau ada pun, sama gila macam bini kau."
"Jo.... Balqis bini aku."
Aku mendengus kasar. Memang bini kau gila, Hady. Tak pernah aku dengar lagi cerita macam ni. Sekarang ni, bende ni terjadi pada aku.
"Kau ingat aku suka ke buntingkan anak orang? Dah dapat baby, aku blah. Aku serba salah la Jo. Kau tahu... Kalau aku tak ikut cakap dia, dia akan minta cerai. Aku tak sanggup. Dia tengah sakit. Mana mungkin aku nak ceraikan dia."
Suara Hady sedikit meninggi. Mungkin marah dengan aku. Wei, kau tak patut naik angin sedangkan semuanya berpunca dari kau laki bini.
"Cerita tentang mak bapak aku tu, bohong kan?"
Aku pasti ia satu pembohongan. Bapak aku tak macam tu. Bapak aku bukan kaki judi.
"Yang tu, betul Jo. Balqis sendiri yang pergi siasat. Dia upah seseorang pergi skodeng keluarga kau. Aku pun tak percaya dia begitu nekad untuk tahu pasal kau. Aku pun terkejut. Tapi lepas tu aku pun pergi rumah kau untuk tengok betul ke tak, ternyata apa yang Balqis cakap semuanya betul."
Hampir terduduk aku mendengar kata-kata Hady. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak percaya. Tak mungkin bapak sanggup buat mak macam tu.
Suka atau tak, aku kena balik rumah mak. Disaat ini, aku terbayang muka mak. Muka bapak. Terbit perasaan rindu untuk menatap wajah mereka. Aku harap semuanya tak betul, Hady. Aku tahu korang laki bini sengaja buat cerita agar aku terima idea gila korang.
"Aku harap apa yang kau cakap tu tak betul, Hady."
Emosi aku tak stabil kini. Lantas aku terus pergi meninggalkan Hady sendirian di situ. Tiada apa lagi aku nak cakap dengan dia. Pergi mampus dengan idea gila dorang. Apa yang pasti, esok juga aku akan ke rumah mak. Ego kena buang jauh. Cukuplah tiga tahun aku menghilangkan diri.
Aku dapat tidur selama dua jam sahaja. Walaupun masih mengantuk lagi, aku gagahkan juga bangun dan bersiap. Message dihantar kepada Cik Alisa untuk memaklumkan aku mengambil cuti dua hari. Dia bagi atau tak, aku tak peduli lagi. Kalau dia nak pecat aku pun, aku dah tak kisah. Keluarga lebih penting walaupun hakikatnya aku tak jejakkan kaki ke sana selama tiga tahun.
Pukul 8 lebih, aku sudah gerak menaiki motor kesayangan aku. Tak sempat nak cari bas last minute macam ni. Lagipun perjalanan ke rumah mak hanya 2 jam sahaja. Kalau aku pecut boleh sampai sejam setengah je.
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.