Tiga hari Balqis tidak menghubungi aku. Terasa rindu untuk mendengar suaranya. Aku sengaja tak mahu hubunginya, rasa malu pun ada. Aku kan ego. Ini dinamakan ego tak bertempat.
Adakah Balqis terasa hati dengan aku dan merajuk. Huh, perempuan! Eh Jo, bukan ke kau yang patut telefonnya dulu. Tak gentlement langsung!
Apsal aku pulak? Aku tak buat salah pun! Lagipun, dia yang mulakan hubungan ni... Maka dengan itu dia la yang patut telefon aku dulu.
Kebosanan mula melanda diri aku. Waktu begini la si Hady tak wassap atau call. Kalau tak, boleh juga hilangkan bosan aku ni. Tu la kau Jo, masa ada Balqis, Hady mesej pun malas nak layan.
Dan bila waktu sendirian begini, wajah mak dan bapak mula menerjah dalam kotak fikiran aku. Sihat ke tidak orang tua tu. Kali terakhir aku jumpa mereka 3 tahun lalu. Ya! Aku lari dari rumah. Eh, ayat macam jahat pula lari rumah tu. Lebih tepat lagi aku berhijrah mencari rezeki. Betul. Sumpah! Mereka yang inginkan aku mencari duit sendiri. Aku cuma tunaikan kata-kata mereka. Teringat kali terakhir aku lihat wajah mereka...
3 tahun lalu.....
Aku sedang menonton tv ketika bapak aku balik dari kerja. Waktu tu jam dah pukul 9 malam. Mesti bapak hairan tengok aku baring berbantal lengan menonton tv. Yelah, anak kesayangannya ada dirumah waktu begini. Sebenarnya aku malas nak keluar memandangkan aku tengah sakit perut. Period pain. Hahaha....
"Eh, tak keluar pulak kau Johannah? Kalau tak, waktu macam ni kau masih kat luar. Lupa jalan balik.... " Perli Bapak.
Kan? Aku tahu mesti bapak akan pelik bin ajaib tengok aku kat rumah. Aku hanya diamkan diri. Malas nak balas kata-kata bapak.
"Dah bisu ke? Bapak cakap dengan dinding ke?"
Aku berdecit kemudian mengeluh. Tu sebab aku malas nak lepak kat rumah ni. Bapak sentiasa nak cari gaduh dengan aku. Dah la siang tadi mak membebel dengan aku.
"Hah!!! Baguslah tu. Kalau aku cakap, suka kurang ajar macam tu."
Bapak beralih tempat berdiri di sebelah pembaringan aku. Aku dengar bunyi kaki mak. Mesti mak turun. Hah.... Bagus! Lagi sorang batu api datang.
"Abang dah balik? Mah ingatkan suara siapa bising-bising kat bawah. Kenapa ni marah-marah?"
"Pasal apa lagi? Anak kesayangan awak ni la. Suka sangat kurang ajar dengan aku."
"Apa ni bapak? Jo dok umah salah, keluar salah. Semua Jo buat, salah kat mata bapak."
Balas aku. Aku sudah mula duduk bersila di atas lantai. Telinga aku sudah mula panas.
"Memang salah.... Susah ke kau nak jawab soalan bapak tadi? Hah?"
Sergah bapak. Bahu aku ternaik sedikit ketika mendengar sergahannya.
"Sudahlah tu. Dah malam ni.... Abang dah makan?"
Eh, mak tak nak pulak jadi batu api kali ni?
"Mah ingat abang suka-suka ke marah dia. Nak jumpa dia pun susah. Dah la bangun lambat, abang balik kerja dia dah berambus keluar. Baliknya pukul 3 4 pagi. Kau tu perempuan Johannah, jangan berlagak nak jadi jantan. Tu rambut tu.... Bagus la buat pacak-pacak macam tu. Bapak malu tau dengan jiran-jiran semua. Sudahlah malas kerja. Umur dah 21 tahun. Duduk rumah menghabiskan beras saja..... "
Ambik kau Jo!!! Panjang lebar syarahan bapak kali ni. Telinga aku mula bernanah dah ni.
"Habis bapak nak suruh Jo buat apa?"
Tanya aku sambil bangun dari bersila. Mood aku dah swing ni. Siapa pernah rasa period pain, tau la rasa sakitnya. Apa lagi bila dengar suara orang membebel.
"Jadi macam anak gadis lain, kalau malas sangat nak kerja....duduk rumah tolong mak kau ni. Ni tidak.... Asyik merambu entah ke mana je. Ingat, kau tu perempuan. Aku tak de anak jantan dalam rumah ni."
"Dah Johannah, pergi naik bilik kau sana.... "
Mak menarik lengan aku supaya beredar dari situ. Tapi aku masih membatukan diri. Wajah bapak aku tenung lama.
"Tolong la bapak.... Jo dah besar, biar Jo tentukan hidup Jo."
Pang!!
Aduh duh duh.... Bisanya pipi kiri aku ni bila tapak tangan bapak hinggap di situ. Bukan aku tak pernah rasa penangan bapak, tapi ni kali pertama bapak hayun tangannya betul-betul. Sebelum ni cuma acah-acah manja je. Aku usap pipi aku. Air mata dah nak tumpah ni. Tapi aku tahan. Hilanglah macho kalau aku menangis."Apa? Tentukan hidup sendiri? Kau lupa ke? Kami masih tanggung kau lagi. Kau ingat aku tak tahu, kau asyik mintak mak kau duit je. Walaupun mak kau tak bagitau aku, tapi aku ni bapak kau. Aku tau semua hal yang berlaku dalam rumah ni. Ada hati konon nak tentukan hidup sendiri. Seluar dalam pun suruh mak kau basuh. Aku tak kira, lepas ni aku tahu kau ubah jadi perempuan yang sebetulnya. Kalau rasa tak nak ikut cakap bapak kau ni, tinggal kat luar sana."
Bapak terus meninggalkan ruang tamu lalu terus naik tangga untuk ke biliknya. Mak hanya menggelengkan kepala lantas mengekori bapak. Patutnya aku ni hah patut mak pujuk. Merasakan hati aku mula panas, aku terus keluar dari rumah. Mana tau dapat kena sedapo dua. Boleh hilangkan kusut kat kepala ni.
Keesokkan harinya....
Aku celikkan mata bila matahari merombos masuk ke dalam bilik aku. Ni mesti kerja mak selak langsir macam tu. Tu taktik dia la kalau nak suruh aku bangun tidur.Aku memicit sedikit kepala aku yang sakit tu. Semalam jumpa budak-budak, balik rumah pukul 3 pagi. Kalau boleh, aku malas nak balik tapi disebabkan hal dalaman perempuan ni aku terpaksa juga balik.
Aku masih mamai lagi ketika mak masuk dalam bilik. Wajahnya kelihatan marah. Apa pulak lagi.... Tolonglah mak.... Jangan mula lagi.
"Ni sape punya? Kau punya eh? Sejak bila kau dah pandai merokok?"
Mak baling sekotak dunhill ke atas katil aku. Alamak!!! Aku meraba kocek seluar aku. Tak ada! Macam mana boleh tercicir ni?
"Bukan Jo punya."
Aku cuba menafikannya walau aku tahu mak pasti tak percaya. Sebab bapak hisap rokok Lucky Strike. Tak pernah bapak hisap rokok lain.
"Kau jangan membohonglah. Siap la kau, mak cakap dengan bapak nanti. Sudahlah pemalas, kerja tak nak, perangai macam jantan.... Apa kau nak jadi ni Johannah?"
Kan? Aku dah cakap mak tak percaya. Aku dah mula cuak. Mampus aku kalau mak mengadu dengan bapak. Silap-silap tali pinggang dia bagi aku. Mak ni pun satu, tak kan tak boleh cover anak dia sikit. Aku lari kang dari rumah.
Yes! Aku patut keluar dari rumah ni. Semalam sebelum tidur, sempat jugak aku fikir tentang hal ni. Memandangkan mak nak mengadu hal aku ni pada bapak, baik aku blah sekarang jugak.
Mak dah hilang dari bilik aku saat aku pandang ke depan. Mesti dia dah turun bawah. Aku bangun dari katil. Aku dah nekad, aku nak keluar dari rumah ni sebelum bapak naik hantu.
Aku bersiap ala kadar, beberapa helai baju dan seluar aku masukkan ke dalam beg galas Nike aku. Eh kejap, aku tak ada duit langsung ni. Nak naik bas pun tak lepas ni. Hah... Aku dapat idea. Aku keluar dari bilik. Kedengaran bunyi mesin pengisar di bawah. Mak sedang masak.
Aku terus berlari masuk ke dalam bilik mak. Laci baju mak aku buka. Yes! Ada duit. Aku mengambil dua keping not lima puluh. Dan lima keping not seringgit untuk tambang bas. Sudah dapat apa aku mahu, aku terus berlari masuk ke bilik aku semula dan mencapai beg aku.
Sebelum sempat aku keluar dari rumah, terdengar suara mak memanggil aku. Cepat-cepat aku keluar tanpa menghiraukan panggilan mak.
Maafkan Jo, mak.
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.