"Johannah Binti Johan."
Aku tersentak saat nama aku dilaungkan. Aku terus memandang nurse yang sudah berdiri di pintu bilik doktor. Binawe punya nurse. Tak payahlah panggil nama penuh aku.
"Jom la Jo, nurse dah panggil nama kau tu."
Hady mencuit lengan aku. Sekali lagi aku terkejut. Boleh sakit jantung aku asyik terkejut je. Berada di dalam klinik ini membuatkan aku seperti terpinga-pinga. Yang ibu ibu mengandung dalam ni asyik dok pandang aku je. Aku faham pandangan mereka. Sibuk je!
"Jo....."
Aku bangun dari duduk bila nama aku dipanggil Hady. Aku sorang je ke masuk? Atau dengan mereka berdua ni. Balqis sudah berdiri di sebelah aku. Okay, dia ikut aku eh. Habis yang si Hady ni sibuk nak ikut jugak kenapa?
Malas nak fikir panjang, aku terus masuk ke dalam bilik doktor. Nasib baik doktor perempuan. Nurse yang bernama Haida menyuruh aku duduk di kerusi sebelah doktor. Mereka berdua duduk di kerusi depan doktor. Macam mak bapak bawa anak pula lagaknya.
"Awak ke Johannah?"
Soal Doktor perempuan itu. Dia memandang aku kemudian menoleh kepada Hady dan Balqis. Sekali lagi aku menarik nafas panjang. Geram. Tapi aku anggukkan kepala.
"Okay, saya Doktor Sarah. Ada apa-apa masalah?"
Dah nama klinik ni Klinik Perbidanan. Tak kan aku datang sebab batuk kot. Aku nak cakap aku mengandung pun aku malu. Aku menoleh ke arah Balqis. Harap dia faham maksud pandangan aku.
"Doktor, adik saya ni mengandung. Kami dah buat pregnant test. Ni datang nak buat check up la. Tengok betul ke tak...."
Aku tersenyum sikit bila Balqis menjawab bagi pihak aku. Doktor tadi kelihatan terkejut tapi segera dia beriak biasa.
"Tak pa, kalau dah buat urine test ada double line tu.... Maknanya betullah tu Puan Johannah mengandung."
Puan? Aku tak kahwin lagilah. Memandai je panggil aku puan. Selepas itu, Doktor Sarah menyoal aku beberapa soalan mengenai period aku. Aku malu sangat bila dia soal berkaitan seperti itu. Lagi-lagi depan Hady. Dan akhirnya soalan maut dia utarakan.....
"Suami Puan tak datang ke?"
Aku telan air liur. Hah...mampus aku nak jawab. Tak kan nak jawab laki aku pergi perang kot. Sekali lagi aku pandang Balqis. Kami berpandangan lama. Nasib baik Doktor Sarah tengah sibuk menulis sesuatu.
"She unmarried."
Jawapan dari Hady membuatkan mata aku membulat. Tak ada jawapan lain ke? Doktor Sarah dah pandang aku semacam. Aku rasa macam nak menyorok je bawah meja ni.
"Okay.... Tak pe, saya faham."
Doktor Sarah senyum. Eleh doktor, apa yang doktor faham? Doktor tak faham. Doktor tak tahu apa yang saya alami. Saya tersiksa doktor. Ah...apa aku melalut ni?
Kemudian doktor menyuruh aku baring di atas katil belakang tempat duduknya. Nurse yang bernama Haida datang membantu aku baring. Kemudian dia menyelak baju aku ke atas sedikit. Apa yang aku rasakan sekarang adalah, seram sejuk.
Selepas itu, doktor meletakkan sedikit gel di atas perut aku. Sejuk benda alah ni.
"Saya mulakan scan ye."
Doktor Sarah meminta izin. Aku hanya mengangguk tanpa sebarang bunyi. Takut. Kemudian Doktor Sarah mula meng-scan. Ada tv kecil di sebelah aku. Jangan tanya aku apa benda tu. Sebab aku tak tahu. Mata DoktoR Sarah menatap di skrin tv kecil tu. Beberapa saat kemudian....
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.