Hubungan aku dan Cik Alisa tidak berubah. Masih lagi hubungan antara majikan dan pekerja. Sejak malam itu, kami berbual seperti tiada apa yang berlaku. Cik Alisa juga tidak bercakap hal itu dan aku pun hanya diam sahaja. Tak kan aku nak jumpa dia konon ajak dia bercinta pulak kan? Oh no no... She's not my tpye! Okay aku tipu.... She's my type tapi sumpah aku tak ada perasaan kat dia.
Biasalah, pergi kelab ada awek cun, seksi, awek tu pun mabuk. Why not u amik kesempatan. Shit.... Aku dah jadi jahat.
Tika ini, Balqis masih lagi mendiamkan diri. Tiada panggilan telefon. Tiada juga pesanan yang dihantar. Aku mula rindu. Rindu dengan kepetahannya. Rindu dengan lawaknya. Rindu dengan senyumannya.
Bunyi telefon lantang kedengaran....
'Balqis?'
Ya ALLAH...baru disebut-sebut, orangnya dah telefon. Tuhan dengar isi hati aku. Eceh!
"Hello Balqis.... "
Aku menjawab dengan teruja. Terlupa dengan sengketa antara kami. Eleh, siapa gadoh!
"Johannah.... "
Jawabnya mendatar. Tak macam aku suaranya. Aku terlalu gembira dengar suaranya.
"Awak sihat? Lamanya awak merajuk.... Saya mintak maaf eh kalau ada buat awak tersinggung."
What?? Aku minta maaf? Ego kau dah jatuh Jo disebabkan perempuan.
"Johannah.... Jumpa saya kat hospital, sebelum terlambat."
Hospital? Dia kerja sana ke? Dia nurse? Apa yang sebelum terlambat?
"Awak nurse ke?"
"Saya sakit."
Jantung aku berdegup dengan laju bila terdengar perkataan sakit. Aku trauma dengar perkataan tu. Bukan sebab aku pernah sakit. Eh, aku pernah sakit. Tapi sakit kepala, sakit kaki dan demam. Kalau dah sakit sampai masuk hospital... Yes! Aku trauma dengan hospital. Aku tak pernah masuk hospital. Bila membayangkan duduk dalam hospital tu pun dah buat aku rasa seram. Ngilu rasanya.
"Johannah..... "
Balqis memanggil nama aku. Kedengaran sayu sekali suaranya.
"Awak sakit apa? Awak duduk hospital ke? Macam mana awak boleh sakit?"
"Please jumpa saya.... Saya akan beritahu semuanya."
Suaranya..... Aku tak sanggup mendengar suaranya yang sayu itu. Aku menganggukkan kepala tanda mengerti.
"Okay. Wassap saya nama hospital dan wad mana. Kejap lagi saya datang."
Talian dimatikan. Aku masih resah di tempat pembaringan. Kenapa Balqis nak jumpa aku sangat? Aku dapat rasakan dia ada hal penting nak bagitahu aku, bukan pasal penyakit dia. Aku yakin.
Seketika kemudian, message darinya aku terima. Aku terus bangun dari katil dan terus menuju ke bilik mandi. Mujur hari ni aku cuti kerja.
Aku berdiri tegak di depan pintu bilik 401. Lemah rasanya kaki ni ingin melangkah masuk. Ngilu rasanya berada didalam hospital. Bau ubat-ubatan yang masuk ke dalam rongga hidung aku ni membuatkan kepala aku agak pening sedikit. Macam manalah nurse-nurse kat sini boleh tahan eh. Aku yang baru 5 minit duduk dalam ni je dah rasa sakit.
Aku membuka tombol pintu bilik wad. Sempat aku berdoa agar tiada penampakan cecair berwarna merah di situ. Eh, aku bukan trauma dengan darah. Tapi dengan darah pun aku boleh lemah.
Ketika aku masuk, Balqis sedang baring. Hanya dia seorang sahaja di situ. Saat menyedari kedatangan aku, Balqis bangun dan duduk menyandar di kepala katil. Bibirnya mengukirkan senyuman yang aku rasa amat manis sekali walaupun bibirnya agak pucat.
YOU ARE READING
Perempuan?
RomanceJohannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.