Villa sewa

6.6K 319 16
                                    

Nama aku Bunga (bukan nama sebenar). Maaf kalau cerita aku ni terlampau panjang, harap setia lah membaca sampai habis sebab ni adalah pengalaman seram aku yang pertama kali aku alami sendiri. Haha. Cerita aku bermula sejak aku mula latihan industri atau praktikal di salah sebuah syarikat di Damansara. Aku dan 3 rakan aku Maya, Weny dan Indah berhasrat untuk menyewa rumah di sekitar tempat kerja. Cari punya cari dapat lah Villa yang terletak tak jauh dari tempat kami praktikal.

Kami berempat pun berhasrat nak tengok-tengok dulu keadaan villa tu macam mana. Sampai je kami disambut oleh kak Dina yang sedang sarat mengandung dengan muka yang pucat. Kami pun masuk dan terlihat 2 kakak di ruang tamu sambil menonton tv. Kak Dina perkenalkan dua orang tu pun sama menyewa juga dan cukup bulan akan keluar dari rumah. Dari pintu gerbang lagi sebenarnya kami berempat dah rasa seram dengan keadaan sekeliling tapi tetap gagahkan juga nak teruskan. Sampai je dalam bilik, kami tengok semua sudut. Kami agak seram dengan keadaan bilik tersebut, bilik itu agak memanjang, ada katil single dan sebuah almari besar dan tinggi (almari antik). Dengan tanpa berfikir panjang kami berempat terus bayar duit muka sewa walaupun perasaan tak berapa nak sedap tu ada.

Kami masuk rumah tu pada hari ahad, yelah sebab memudahkan kami nak pergi kerja pada awal pagi isnin tu. Berebut masing-masing ambil tempat dalam almari nak simpan segala barang dan pakaian. Esoknya kami pergi kerja macam biasa. Balik je terus masuk bilik, kami perasan ada satu bungkusan tepat depan almari dan didalamnya ada pakaian dalam perempuan yang tak tahu milik siapa. Kami dah musykil sebab sebelum keluar tadi kami dah check memang takde apa apa pun barang yang bersepah. Hari seterusnya pulak pintu almari bahagian atas terbuka luas, macam biasa lah sebelum pergi kerja memang akan check. Kami bersangka baik je mungkin angin tiup, antara semua saku yang paling tinggi so aku lah yang kena kunci almari tu, sebelum ni memang rapatkan je takde lah sampai kunci. Ada lagi cerita kami perasan ada air kat depan almari tu tapi ceiling tak bocor. Start daripada aku kunci almari tu kami mula diganggu.

Pada malam jumaat, hari keempat kami tinggal di villa tersebut kami semua diganggu. Malam tu turn aku dan Weny sidai kain. Kami siap borak gelak-gelak kat bawah rumah sambil sidai kain dan memang takde apa apa yang pelik berlaku. Maya dan Indah pulak di bilik. Aku dan Weny masuk ke bilik lepas selesai sidai kain kat bawah. Masuk je bilik aku nampak Maya dan Indah senyap dan muka pucat, aku tanya lah kenapa korang ni senyap je macam ada something tapi mereka tetap senyap. Selang beberapa minit baru mereka cerita masa Maya iron baju dan Indah duduk dibawah sambil layan phone mereka dengar ada suara orang menangis sayup sayup di sebelah kiri Maya. Mereka pun bersangka baik mungkin anak jiran menangis tapi bila fikir balik disebelah kiri tu memang takde rumah yang dekat. Maya dan Indah pun buat tak tahu jelah.

Then suara tu berulang untuk kali kedua terdengar sayup sayup lagi. Aku pun macam blur sebab masa aku dan Weny sidai kain memang takde dengar apa apa bunyi pun. Kebetulan dalam rumah tu hanya kami berempat je masa tu. Indah terus buka ayat ayat suci kat phone dia, tetibe ayat tu tersekat dan yang menghairankan ayat tu dibuka bukan di youtube atau apa pun yang memerlukan internet. Then tepat masa tu kami terdengar bunyi geseran kerusi makan di tingkat bawah. Kami semua dah mula risau dan kami semua duduk rapat rapat baca ayat apa yang patut. Aku yang terlalu takut baca lah ayat Qursi dengan sekuat hati, sambil menangis dan semua pun menangis sambil menjerit. Disebabkan aku baca terlampau kuat, tiba-tiba kami terdengar bunyi gegaran pintu pagar dari dalam almari yang sangat kuat. Kami lagi menangis dan tak tahu nak buat apa. Sebab depan villa kami memang takde pintu pagar.

Tak lama lepas tu 2 kakak yang menyewa di bilik sebelah pun balik, kami terus ke bilik kakak sambil menangis dan cerita semuanya pada mereka. Rupanya masa sampai je rumah mereka langsung tak dengar bunyi apa apa. Jangankan pintu pagar, suara kami menangis dan menjerit yang kuat ni pun dia tak dengar langsung. Maya terus call mak ayah dia untuk datang ambil kami. Bila tutup je pintu bilik tu dan bila kami nak bukak balik pintu tiba-tiba berkunci sedangkan pintu tu kami tak kunci. Bila mak Maya try pulas tombol pintu tu tiba-tiba boleh buka. Semua pun dah blur dan kami pun tumpang tidur semalam di rumah Maya.

Hari berikutnya kami cerita semuanya pada kak Dina. Kak Dina macam tak percaya. Kak Dina beritahu kami yang rumah itu telah dipagar sebelum dia tinggal di rumah itu. Then datang pula suami kak Dina. Kebetulan time tu kak Dina sebok di dapur, kami menceritakan sekali lagi kepada suami kak Dina. Suami kak Dina cakap yang dia merasa bersalah kerana tidak memagar rumah ini. Kami berempat dah naik hairan, tadi kak Dina cakap dah pagar then suami dia cakap pulak belum pagar. Mana satu yang betul pun kami tak pasti. Tapi kami dapat rasa kak Dina yang tipu kami.

Kami memanggil rakan rakan kami semua untuk solat dan baca yassin dirumah kami. Kami semua solat berjemaah dibilik selepas selesai semua yang perempuan terus gotong-royong bersihkan rumah sebab rumah tu sangat kotor dan seperti tidak terurus. Yelah benda-benda macam tu kan suka tempat kotor, ada juga yang memasak di dapur. Yang lelaki baca yassin di bilik tersebut, habis saje baca yassin mereka menjirus air yassin di seluruh kawasan rumah. Bila mereka start jirus saje bilik kami tiba-tiba je blackout, dan api kat dapur yang tengah menggoreng tu pun padam dan dengan tombol-tombol sekali terpusing.

Selepas itu kami ambil keputusan untuk pindah dibilik sebelah sebab kakak tu dah pun berpindah. Bila kami tukar bilik kami tidak mengalami sebarang gangguan. Mak Indah pernah bermalam di rumah kami dan pada masa yang sama dia bermimpi ada budak kecil mati didalam almari antik tersebut, budak itu mengatakan yang dia hanya ingin berkawan dengan kami berempat.

Kami percaya yang gangguan itu semua berpunca daripada almari antik itu sebab lepas je aku kunci pintu almari yang dibahagian atas terus terjadinya gangguan. Kami semua percaya juga yang almari antik itu ada kisah yang tersendiri. Sekian cerita aku, maaf kalau tak berapa nak seram sebab aku hanya ingin menceritakan pengalaman yang aku takkan mungkin lupakan seumur hidup aku.

•••

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now