Nek Siew

1.4K 84 5
                                    

Aku berketurunan dusun,cina dan iban (tapi aku beragama islam ye, baru je khatam al-quran masatu hehe). Aku jujur, family aku memang tak kuat agama disebabkan kedua2 nenek dan atok belah ayah dan mak seorang mualaf. Dulu nek siew (belah mak) pernah membela dan sekarang dah arwah. Al-fatihah buat nek siew.
Disini aku nak ceritakan bagaiman keadaan family aku semasa nek siew hampir2 nak meninggal. Pada masatu aku masih berumur 9 tahun, perangai nek siew aku sudah mulai berubah sikit demi sedikit.

Contohnya, nafsu makan nek siew semakin meningkat sebab masatu angah ada masak bubur satu belanga besar dan nek siew makan sampai 7 mangkuk, aku tak tipu guys.
Pernah satu malam tu kami satu family tengah syok liat tv kat ruang tamu boleh pulak blackout and dengar cik pon menangis keliling satu rumah, habis kami pasang radio mengaji nek siew pulak marah2 sebab panas sangat katanye, lalu nek siew pun pergi luar dan marah2 kat something lepastu bru lah ada karan balik and keadaan tak seseram tadi.
3 hari sebelum nek siew meninggal, pada masatu baru lepas maghrib tiba2 pulak ada bunyi ngauman harimau.

Sampai2 jiran sebelah call ibu dan bertanya ada dengar tak bunyi harimau tapi bunyi ngauman tu tak lama lah ada jua dalam 15 min saja.

So part ni, the day nek siew meninggal. Mata nek siew tak habis2 tengok atas and sebenarnya nek siew dah lama meninggal disebabkan tak ada orang yang nak sambung menjaga belaan nya, belaan nek siew nangis2 satu rumah kerana mencari penjaga seterusnya and ngauman harimau tu beerti belaan nek siew marah di atas sebab takde orang nak jaga dia and bagi makan.
Yang ni macam drama sikit tapi ini kisah benar tau, at the same time nek siew dah nazak, ada ex husband and anak nek siew dulu datang and bagitau mesti “putuskan jembatan” barulah nek siew boleh pergi dengan aman.

Kamisatu family ngan atok memang hairan lah dia dtg terus2 tanpa di undang. So family aku decide nak “putuskan jembatan “ tu dengan gunting benang and mesti bukak atap kalau tak salah. Maklum lah aku tak ingat sebab cerita ni 11 tahun yang dulu. Selepas putuskan jembatan tu terpaksa adik nek siew punya anak sambung menjaga belaan tu maybe belaan tu tak dapat di buang dan adik nek siew punya anak tu bukan islam sebabtu dia berani samabung nak jaga.

Barulahnek siew pergi tinggalkan kami semua dan selamat di kuburkan.
Baru2 ni aku ada mimpi, ada seorang gadis melayu berbaju kebaya dengan kain batik dan ada bunga merah membagi bungkusan berwarna kuning. Dia cakap cina mix dengan dusun tapi heran jugak aku boleh paham, dalam mimpi tu aku ambil bungkusan tu and apabila aku bukak, selalu je aku terbangun dari tidur.Aku sendiri pun tak tau apa yang ada dalam bungkusan tu.

•••

TAMAT.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now