Malam Solat Hajat Perdana UITM

2.8K 171 7
                                    

Cerita ni jadi masa aku belajar kat Uitm masa diploma dulu. Masa diploma pelajar wajib tinggal kat asrama atau lebih dikenali sebagai kolej kediaman. untuk siswi ada 2 kolej kediaman satu Do (dato onn) dan satu lagi Tho (tun hussin onn), disebab kan aku ni budak business aku dapat la duk kat Do, first year aku dapat Do4 second year aku tak dapat kolej sebab aku kurang bergiat dalam aktiviti kolej, nak duk luar aku memang aku tak mampu nak tak nak terpaksa la aku merayu untuk dapat bilik kat kole.

Alhamdulillah rezeki lepas buat rayuan aku dapat bilik tp blok belakang aras atas sekali, bilik tu untuk 4 orang tp 2 org lagi dah pindah duk luar so, tinggal la aku dengan roomate aku berdua je. kira vvip la aku dengan roomate aku ni kat bilik tu. Mula2 masuk bilik tu aku dah rasa lain macam je. Bilik tu sejuk je, tapi aku tak ambik kisah pun,disebabkan bilik tu tinggal aku dengan member aku je tentu2 la aku dapat tidur kat katil bawah.

Sebulan first tu ok je tak ada apa pun damai je tambah2 bilik tu sejuk best la tido. Masuk bulan kedua aku start dengar orang ketuk dinding betul2 tepi telingga aku setiap malam dan setiap kali tu juga la aku tertanya2 ‘orang sebelah ni buat apa la ketuk dinding’, sampai la satu hari aku tersedar yang sebelah bilik aku mana ada bilik, kosong.

Orang yang boleh terbang atau tangan dia panjang je boleh ketuk dinding sebelah bilik aku tu. lepas tu aku terus diam dah tak tegur dah walau dia ketuk bertalu2 pun, aku buat bodoh je. Dua tiga hari lepas tu uni aku ni buat la solat hajat perdana, aku pun turun la juga nk solat dengan niat nak mintak grade 4.00 hehehe. Sampai je kat padang nak solat kawan aku ni boleh pulak dia gi cakap ‘cuba kau tengok dah cam candy (pocong) tengah berhimpun” aku pun bijak gi iyakan pastu gelak la kita orang dengan rakusnya, lepas siap solat semua aku ajak la geng aku si sara dengan mir (dia ni yang cakap perhimpunan candy tadi) tido bilik aku, dia orang pun ok je.

Jadi malam tu kita orang pun bawak la turun tilam nak tido bawah ramai2. Roomate aku stay je atas katil dia, aku tido sebelah sara. Kita orang borak la sementara nak tunggu lelap, si sara ni pulak boleh sarankan kita orang tutup lampu. Untuk pengetahuan kau orang dari masa mula2 masuk dulu akak2 senior pesan sebaiknya tido tak payah tutup lampu so dari awal masuk sampai la abis belajar kita orang tak pernah tidur dalam gelap, kecuali malam tu. Rancak aku bersembang gelak2, aku rasa cam ada orang perhatikan kita orang.

Aku pun donggak la tengok hujung meja study dan disebabkan aku ni rabun tahap dewa campur bilik yang hanya diterangi oleh cahaya dari lampu luar aku just nampak satu susuk hitam kat hujung meja tu. Aku perati je pastu aku tanya sara, “apa benda tu sara” sara tengok benda tu terus lompat bangun dari tilam. Semua terkejut dan terus bangun dan buka lampu. Benda tu dah hilang dah. Mir dengan roomate aku tanya apa yang kita orang nampak aku cakap aku nampak susuk hitam kat hujung meja, sara pulak cakap dia nampak ponti duk conggok kat situ.

Kita orang dah cuak dah, pastu mir kata takpe kita baca yassin tengah2 baca yassin tu tiba2 blackout apa lagi menjerit la kita orang tapi blackout tu kejap je lepas tu cerah balik. Kita orang pun sambung la baca ayat kursi dengan yassin, si mir ni duduk mengadap tingkap, tiba2 pucat bila tanya kata nya dia nampak ada benda putih terbang kat cermin bilik kita orang. Kat koridor tak payah cakap la bunyi orang berjalan la berlari la semua ada. Kita orang tak berani nak buka sebab masa tu dah tengah malam tak lojik la ada orang keluar masuk lebih2 lagi aras tu tak ramai orang tambah bilik aku yang last memang orang tak lalu la situ. kita orang biar je sambung ngaji sampai la abis.

Malam tu rasa panjang giler. sampai la kul 6.00 lebih baru kita orang berani nak tido sebab masa tu dah terang. Lepas kejadian tu aku dah tak tidor bilik, takut tu satu hal, yang suka ketuk dinding tu pun satu lagi stress aku,tapi roomate aku legend dia berani giler tidur bilik tu sorang2.Sekian.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now