Aras 2

1K 76 7
                                    

Kita payah banyak putar belit lah ye guys just straight to the point sahaja ye. Ok cerita dia macam ni......

Aku menetap di suatu kolej di dalam kawasan Univerti di area utara yang aku tak mahu nyatakan disini.

Blok yang aku ditempatkan adalah di tingkat 3. Jadi, apabila tandas yang berada di aras aku sudah penuh dengan student, aku akan bergegas turun ke aras 2 untuk menggunakan tandas di situ.

Nak dikatakan cerita, sewaktu aku turun untuk masuk ke tandas tersebut, menarik perhatian aku, terdapat notis di pintu masuk tandas, “sila baca ayat suci Quran sebelum memasuki tandas ini dan silalah jaga kebersihan tandas.”

Pada aku benda tersebut adalah normal untuk membaca doa sebelum masuk ke tandas. Namun, perkara yang menjadi tandatanya kepada aku adalah, betapa lengangnya tandas di aras 2, yang hampir tiada orang yang memasuki tandas tersebut.

Pada mulanya aku ingin terus sahaja membatalkan hasrat untuk memasuki tandas tersebut, tapi bila difikirkan masa yang perlu diambil dan jumlah student yang berada dalam tandas aras aku, terpaksalah aku beralah dan terus menggunakan tandas aras 2 tersebut.

Sewaktu menggunakan tandas aras 2, aku merasai suatu perasaan yang pelik. Rasa tak selesa dan diperhatikan. Setelah bersiap, aku bergegas naik ke aras aku.

Pada keesokkan harinya, aku menceritakan situasi yang dihadapi aku pada seorang batchmate aku yang tinggal di kolej luar. Akhirnya terbongkar satu cerita yang ada student yang pernah “mengalami” perkara mistik di tandas aras 2 kolej yang sama. Dikatakan sewaktu sedang bersiap (sewaktu tengah menyikat rambut) tiba-tiba sikat student tersebut terjatuh ke lantai lalu dia menunduk untuk mengambil sikat tersebut. Setelah dia bangun semula, kelihatan di dalam cermin seorang perempuan berwajah buruk sedang menyikat rambutnya yang panjang di dalam cermin. Lalu student itu menjerit dan gegas berlari keluar dari tandas.

Namun kejadian ini terjadi beberapa tahun sebelum aku masuk mengaji di situ. Alhamdulillah, syukur tiada kejadian pelik-pelik berlaku semasa aku memasuki tandas tersebut, selain dari perasaan diperhatikan sahaja ketika itu.

Aku simpan perasaan takut dan berikrar untuk tidak lagi turun menggunakan tandas aras 2 lagi walau sesulit mana, atau seramai mana orang di dalam tandas aras 3.

Sejak itu tiada lagi kejadian aneh yang terjadi. Sehinggalah akhir semester, di mana orang lain sudah berpusu-pusu menyimpan barangan mereka di dalam stor aras 2 dan pulang ke rumah masing-masing.

Disebabkan aku tinggal di area yang berdekatan, dalam 30km sahaja dari universiti tempat aku belajar, jadi aku ambil keputusan untuk pulang dulu ke rumah dan datang semula ke kolej minggu hadapan dengan adik aku untuk mengemas barang-barang.

Nak dijadikan cerita, aku terlewat datang ke kolej untuk kemas barang dalam tempoh 2 minggu selepas cuti sem. Jadi, hanya tinggal aku, adik aku dan kakitangan kolej sahaja ketika itu.

Lengangnya kolej penginapan aku ketika itu, ibarat kentut di dalam bilik, luar blok boleh dengar.

Aku dan adik aku, memunggah barangan dan menyimpan semua barangan ke dalam stor aras 2 yang berhadapan dengan tandas yang aku ceritakan sebelum ini.

Ketika itu, Adik aku telah berada di dalam kereta kami yang diparkir di hadapan kolej. Jadi aku berseorangan sambil mengemas barangan apa yang patut. Tiba-tiba , aku berdiri dan terpaku… aku terlihat susuk lembaga hitam yang sangat tinggi sedang berjalan di hadapan aku, pantas menuju ke arah tandas, menembusi pintu tandas dan terapung laju ke dalam tandas.

Di dalam cermin tandas aku dapat lihat dengan jelas lembaga tersebut di hadapan mata aku.

Setelah kejadian tersebut, aku terus berlakon seperti tiada apa-apa dan dengan pantas menyimpan barang lalu bergegas berlari ke arah kenderaan kami. Aku bersyukur “benda” tersebut tidak melakukan apa-apa kepada aku, atau menyakat aku. Cuma perasaan kaget dan takut hadir setelah aku selamat masuk ke dalam kereta.

Aku menceritakan semuanya pada adik aku. Kami bersyukur kami tidak diganggu oleh entiti tersebut ketika itu.

•••

TAMAT.

Hello guys hahaha dah lama tak update hmm baru hari ni ada masa sikit tu pun sikit je la hahah oh by the way selamat berpuasa ya guys hehehe malam ni hmmm aman hidup aku semua syaitanirojim dah kena ikat yey. Sekali lagi selamat menjalani Ibadan puasa kepada umat umat Islam yg lain. Jangan ponteng puasa tau.OK bye tu je. Oh ye aku lupa Mak bagitau Cinta Hati Qalisha tu en esok malam aku Cuba update la ye tu pun kalau ada idea harap korang sabar la menunggu huhuh.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now