Pengalaman Misteri Semasa Mengandung

2.9K 107 9
                                    

Kisah bermula selepas aku kahwin.

Aku disahkan hamil 2 hari selepas majlis persandingan. Asalnya tak larat nak pergi kerja, memang penat yang teramat sangat. Nak apply leave lama sikit, tapi boss tak approve kan pulak. So, pegi klinik dengan niat nak MC, at least boleh la rehat. Tapi kantoi pulak, doktor check, tekanan darah semua normal. Tak ada tanda-tanda orang sakit pun. Terpaksa la aku mengaku yang tak larat nak kerja sebab terlalu penat lepas kenduri.
Nasib baik doktor memahami, tapi sebelum keluar dari bilik doktor, doktor terpandang inai merah & cincin berkilauan kat jari. Doktor tanya bila kahwin? Dia cakap, entah-entah mengandung. Aku punya la tak mengaku sebab awal sangat. Nikah 2 minggu sebelum tu. Takkan dah pregnant? So doktor pun buat urine test, result: Double line. Lupa pulak last period aku memang ngam-ngam sehari sebelum nikah tu. Alhamdulillah rezeki.. Punya la happy kitorang laki bini sebab dapat rezeki awal walaupun macam tak percaya je..

Husband aku yang super excited nak jadi ayah tu, terus bagitau mak ayah dia berita gembira tu. Bukan main banyak pantang larang ayah mentua aku bagi - jangan lalu bawah ampaian orang, jangan bagi sebarangan orang pegang perut, jangan makan ni, jangan makan tu, jangan buat ni, jangan buat tu. Aku dengar je la, sebab kali pertama, memang tak tau apa.

Bermula la kehidupan sebagai isteri & bakal ibu. Untuk pengetahuan semua, ayah mentua aku ada kebolehan mengubat orang, since husband aku kecik sampai sekarang, boleh kata setiap hari ada orang datang rumah utk berubat. Urut patah, santau, tersampuk hantu/jin semua. Pesakit yang datang kebanyakannya dari merata negeri.

So memang selalu dia pesan kat aku, mengandung anak pertama ni, banyak orang yang berminat. Aku tak faham, ingatkan bila mengandung anak pertama muka berseri-seri kot.. Tu yang ada ramai peminat. So aku angguk-anguk je. Setiap malam sebelum tidur, husband aku akan baca doa Nabi Musa untuk mengelak sihir & ilmu hitam, lepas tu diraup kan dari kepala hingga kaki aku.

Kisah ni jadi masa aku pregnant dalam 4 bulan macam tu. Belakang kawasan rumah aku sebelum ni hutan & tak ada penempatan. Nak dijadikan cerita, kawasan tu dibeli oleh siapa aku tak tau, tapi yang pastinya diorang nak bangunkan kawasan perumahan mewah kat situ. So bermula la kerja-kerja construction..

Tapi aku difahamkan kerja-kerja construction tu terganggu sebab 2-3 kali jentera mereka rosak & kerja-kerja yang sepatutnya tak dapat diteruskan. Kontraktor & sub-kontraktor pun pening tak tau nak buat macam mana, so salah seorang dari mereka bercerita & tanya pendapat orang kampung di sini. Orang kampung tersebut suruh kontraktor tu tanya Pak Najib (bukan nama sebenar) iaitu ayah mentua aku, sebabnya ayah mentua aku pernah buka gelanggang silat kat kawasan hutan tu. Dulu masa aku belajar silat pun, selalu jugak tengok benda-benda misteri dari dalam gelanggang - pokok bergoyang walaupun tak ada angin, bau wangi yang tiba-tiba.. Tapi kami semua buat tak tau je.. Asalkan makhluk-makhluk tu tak menunjukkan diri & mengganggu sudah.

Selepas ‘deal’ dibuat, ayah mentua aku pun ajak husband aku pergi hutan tu. Bab ni memang aku tak puas hati, kenapa husband aku kena pergi skali? Tinggalkan aku sorang-sorang yang tengah pregnant kat rumah.
Untuk pengetahuan korang, dalam masa lebih kurang seminggu, setiap malam berturut-turut, pukul 12 tengah malam, husband aku follow ayah dia pergi ke hutan tu, lengkap dengan pakaian silat diorang. Menurut husband aku, dia & ayah dia buat solat hajat di sana setiap malam. Dan selepas selesai, dia tak diberi buka mata, tapi dia dapat rasakan yang dia dikelilingi oleh orang ramai, macam orang-orang kampung. Dia bagitau yang ayah dia berunding dengan ‘orang-orang kampung’ di situ supaya berpindah, sebab tempat tu akan dijadikan penempatan manusia. Selepas seminggu berunding, akhirnya ‘mereka’ bersetuju dan kerja-kerja construction tu pun dapat dijalankan semula. Sekarang dah naik apartmen-apartmen mewah kat situ & dah ada ramai orang tinggal pun..

Itu ialah kisah husband aku yang follow ayah dia pergi ‘berunding’. Lain pulak kisah aku yang ditinggalkan sorang-sorang tengah-tengah malam selama seminggu tu. Setiap malam, sebelum husband aku keluar follow ayah dia, dia macam biasa akan bacakan doa Nabi Musa & diraupkan pada aku dari kepala hingga ke kaki. Then dia akan pasang surah-surah Al-Quran dari PC & suruh aku tidur.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now