Surau Pejabat

1.7K 178 3
                                    

Kisah ni berlaku pada awal tahun 2017 ni. Aku salah seorang pekerja yang terkena impak ekonomi merosot sekarang yang mana aku telah diberhentikan kerja dan diberi pampasan setelah hampir 13 tahun berkhidmat di sebuah syarikat gergasi di ibu kota. Selepas kehilangan kerja, aku balik ke negeri asal dan menanam anggur. Setelah hampir 3 bulan bercucuk tanam, aku baru dapat kerja dengan satu syarikat engineering yang sedang2lah sizenya dan terletak di sekitar kampung aku juga. Syarikat baru ni lokasi dia agak terpencil dari Bandar. Kiranya dalam 1 setengah jam perjalanan dari rumah aku. Jadi aku decided untuk menyewa di kawasan perumahan berdekatan.

Hari pertama melapor diri seperti biasa saja tak ada apa-apa pelik berlaku. Pekerja syarikat ni tak banyak di pejabat sebab kebanyakan kerja perlu site visit. So pegawai teknikal dan jurutera semua selalu di luar kawasan. Yang selalu di pejabat Cuma aku dan agak-agak dalam 7 lagi orang staff. Boss2 pulak memang jarang masuk office.
Premis ni 2 tingkat dan pejabat aku di tingkat atas. Bahagian bawah pulak warehouse untuk simpan peralatan dan stok. Di bawah cuma ada 3 orang staff. Selain staff bahagian atas dan warehouse ada sorang pakcik guard kat depan pagar kita panggil dia Haji Saufi.

Dalam pejabat ni ada surau di tingkat atas tapi lokasi di bahagian belakang pejabat. Di bahagian luar belakang premis tu pulak semak samun sebab kawasan perindustrian baru nak membangun. Bahagian belakang dalam pejabat tu agak seram sebab gelap. Staff tak banyak jadi kalau tak on lampu jimat elektrik sikit. Kalau nak guna baru on lampu. Area tu pulak Cuma 3, 4 building je beroperasi sebab kawasan baru lagi. Aku terangkan semua ni supaya pembaca faham keadaan yang aku akan ceritakan nanti.

Surau ni memang paling belakang. Tandas dan pantry bahagian tengah. Tepi surau ada tangga kecemasan. Hari ke 3 aku turun kerja, tengah hari tu aku tak keluar makan sebab kenyang makan pagi. Jadi aku lelap sekejap di kerusi workstation aku. Masa tu ada 2 orang lagi staff di pejabat jugak; Aiza dan Nina. Diorang pun layan mata. Lepas tu aku tersedar bila azan dari telefon jiran cubicle sebelah aku berkumandang dia dah keluar pergi bungkus makanan tak bawa telefon sebab katanya sekejap sahaja. Jadi aku pun bangun dan pergi berwudhu.

Masa masuk surau aku pelik ada satu sejadah terbentang di lantai. Memandangkan baru sahaja masuk waktu Zuhur, belum ada orang guna surau lagi. Yang guna surau pun staff di pejabat atas sahaja. Hari sebelumnya pun memang aku orang terakhir masuk surau dan memang takda tinggalkan sejadah di lantai. Setiap kali lepas guna kitorang kemas elok2 bilik tu.
Aku pergilah Tanya kawan 2 orang yang tengah membuta tu.

“Aiza kau ada guna surau tak tadi?” Aku kejutkan Aiza.
“Takda. Aku tidur je ni. Dari pagi takda masuk surau. Kenapa?” Aiza Tanya dengan muka monyok lepas kena kejut dari tidur.
“Ada sejadah terbentang kat lantai. So, aku curious je nak tahu siapa guna” Balas ku.
“Kau ada pergi surau tak Nina??” Aiza menggoncang bahu Nina yang tengah melayan mata kat cubicle sebelah.
“Takda aku tengah period ni. Dah jangan kacau aku” Nina sambung balik tidur.

Aku pun terus berjalan je menuju balik ke surau. Semasa buka pintu surau aku terkejut sejadah yang aku lihat terbentang tadi dah tak ada. Aku rasa pelik saja belum terbit rasa takut masa ni. Semasa aku tengah solat aku dengar sada orang masuk surau. Aku rasa Aiza lah kot. Bunyi pintu dibuka, berdehem, batuk dan orang tengah siap2 nak solat. Selesai solat, aku berkemas-kemas lalu menoleh ke tepi dan ke belakang tak ada siapa2 pun dalam surau tu. Aku bergegas keluar dan tengok Aiza dan Nina dekat dalam pantry tengah makan. Kawan yang duduk sebelah cubicle aku pun ada sekali.

“Korang ada masuk surau tak tadi?” Tanyaku sambil berjalan masuk pantry.
“Takda baru masuk pantry ni. Kenapa?” Aiza menjawap kehairanan.
Nina sekadar menggelengkan kepala.
“Aku pun takda. Baru balik ni. Ni ada nasi bungkus aku beli lebih untuk kau jom la makan sekali” Jawap Shima jiran cubicle aku.
“Tak apalah. Nanti petang sikit aku makan ya” Jawabku ringkas.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now