Wad Bersalin

2.9K 176 0
                                    

Kisah ini berlaku pada pertengahan tahun 2015. Diceritakan oleh kawan saya Nana. Pada masa itu, Nana baru berusia 23 tahun dan sudah berumah tangga selama setahun. Kisah ini hendak diceritakan mengenai pengalaman seram Nana semasa dia berada di Hospital Besar Kuala Lumpur. Walaupun Hospital terletak di bandar metropolitan. Ada satu kisah yang sehingga kini tidak dapat dirungkaikan. Siapa cakap kawasan bandaraya besar tiada cerita-cerita seram?

Nana telah dimasukkan kedalam wad first class disebabkan suaminya seorang ahli perniagaan maju. Nana berasa selesa di wad itu mempunyai dua katil. Katil dia dan katil sebelahnya tetapi kosong tiada orang. Ada mempunyai TV disetiap katil. Ada remote control dan kipas disetiap katil. Boleh mengawal kesemua dengan hanya menggunakan remote control.

Hari pertama. Nana boleh rasa tenang dan nyaman. Hanya ditemani bunyi dari kaca TV yang memaparkan rancangan RunningMan kesukaan. Nana ketawa mengekeh melihat hos dan para tetamu artis membuat misi mereka. Tangannya asyik membelai perutnya yang semakin membengkak. Nana mengukir senyuman manis selepas itu. Pintu wad terbuka dan seorang nurse masuk sambil menolak troli.

"Puan. Saya mahu periksa keadaan puan dan bayi puan." Kata Nurse yang tidak mahu saya dedahkan.

"Boleh." Jawab Nana. Nurse itu membantu Nana membangunkan badan. Perit itu jelas terasa bagi wanita yang mengandung.

Nurse itu memeriksa keadaan Nana hampir setengah jam. Sambil berbual dan ketawa lagi. Tiba-tiba, Nurse terlepas cakap pada Nana tentang katil disebelahnya.

"Saya nak puan banyakkan baca selawat." Kata Nurse.

"Kenapa ni nurse?" Soal Nana, mula rasa takut.

"Bukan apa. Saya taknak puan terkena apa-apa." Jelas Nurse itu.

Selepas dia habiskan memeriksa keadaan Nana dan bayi. Nurse itu berlalu pergi dan keluar dari bilik wad. Nana mula rasa tidak tenang dan gelisah. Dia mengambil keputusan menyelak langsir untuk menutup ruang katil sebelah. Hatinya sedikit lega dan tenang. Lantas dia baringkan badan dan hendak memejamkan mata. Dia melihat TV itu kembali dan ketawa semula.

Sedang dia sedap menonton. Tiba-tiba telinga dia dapat menangkap bunyi sesuatu dari arah katil sebelahnya. Dia menjadi hairan, sudah ada penghuni baru ke?

Nana tidak berani menyelak kain langsir disebelah dan membiarkan sahaja. Dia berharap ada penghuni baru disebelahnya asalkan MANUSIA.

Malam itu. Nana terjaga dari tidur dan keadaan di bilik wad mula gelap gelita. Dia sangkakan ada nurse masuk dan menutup lampu itu. Hanya cahaya lampu dari luar bilik wad sahaja. Nana langsung tidak boleh tidur walaupun sudah berupaya untuk menutup mata. Dia menjadi hairan dengan katil sebelah. Langsung tiada bunyi orang menggerakkan katil. Kain langsir pula tidak berganjak dan berada ditempat yang sama seperti petang hari.

"Tadi petang bukan main ada bunyi macam orang baru masuk. Malam takkan terus sunyi. Aku yang tidur pun kadang-kadang boleh bergoyang katil." Bisik Nana perlahan, Nana melelapkan mata. Dalam samar-samar dia terperasan kain itu diselak sendiri dan kelibat orang berpakaian putih baring diatas katil sebelah.

Nana terjaga dari tidur lagi. Suasana bilik masih gelap. Nana memusingkan badan kekiri dan kain sudah diselak. Terdapat sekujur tubuh orang baring mengiring membelakangi Nana. Hati Nana lega kerana sudah ada penghuni yang baru. Asalkan MANUSIA.

Dia kembali menegakkan badan dan melemparkan pandangan pada siling. Memandang kipas yang tidak bergerak kerana memasang penghawa dingin. Matanya dijeling kekiri semula untuk melihat penghuni katil sebelah itu. Tiada.

"Eh! Tadi bukan ada orang tidur ke? Takkan ke bilik air? Cepat gila jalan." Soal Nana bertubi-tubi.

Tok! Tok! Tok!
Jantung Nana mula berdegup kencang. Apabila terdengar ketukan dari tingkap luar bilik wad. Dahinya sudah berpeluh dingin walaupun dan bilik penghawa dingin. Dia membaca beberapa ayat suci Al-Quran untuk tenangkan hatinya.

Tok! Tok! Tok!
Bunyi itu masih lagi jelas kedengaran. Nana mula cuak dan mahu tinggalkan  wad itu dengan segera. Tetapi disebabkan tubuhnya lemah. Dia membatalkan hasrat dan terus berpura-pura tidur.

Pada keesokan hari. Nana tersedar dari tidur selepas dihantui dengan kejadian semalam. Disisinya kelihatan suami dia sedang membaringkan kepala dan mukanya pada katil. Nana sudah kurang rasa takut dan dia menepuk bahu suaminya. Suaminya tersedar selepas tidurnya terganggu.

"Kenapa ni awak?" Soal suaminya.

"Awak. Saya taknak duduk sini. Sebab semalam dah kena ganggu." Jelas Nana, takut.

"Awak ni jangan fikir bukan-bukan boleh tak? Mana ada hantu." Marah suaminya.

"Ish! Awak ni bukan nak faham keadaan saya!" Bidas Nana, memalingkan wajah pada katil sebelah. Dia terkejut katil sebelah itu kosong dan berkemas.

"Eh awak. Semalam katil sebelah saya ada orang." Kata Nana.

"Mana ada. Saya masuk selepas subuh takde orang." Jelas suami.

Nana rasa terpinga-pinga dan mula rasa tertekan. Akhirnya dia berpindah ke wad yang mempunyai ramai penghuni. Nana lebih selesa disitu dan dia tidak mahu jejak ke wad tersebut. Tetapi, sehingga kini dia tidak tahu mengapa dengan katil sebelah yang diceritakan oleh Nurse. Tetapi, yang menjadi pelik Nana. Nurse itu juga tiada selepas kejadian. Siapa bekas patient yang berada disebelah katil Nana? Dan siapa pula Nurse itu? Kemana dia pergi?

•••

Nak habaq mai jika anda mempunyai kisah seram tersendiri boleh lah anda kongsikan dengan saya dan saya akan siarkan cerita anda di sini tapi sebelum tu kena follow saya dulu kalau tak macam mana nak dm saya kann.hahahah ok sekian.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now