UITM

3.5K 206 6
                                    

Kisah saya bermula ketika hendak bermula cuti midsem. Saya (faiz) duduk di kolej perindu 2 di uitm.saya berkongsi bilik dengan 7 orang lagi roommate kesemuanya part 1 atau sem 1 cuma seorang saja part 2.

Kejadian ini berlaku pada hari khamis malam jumaat sebelum hendak mula cuti midsem. Saya baru saja balik ke bilik dalam pukul 11.45 mlm.Ketika saya masuk bilik saya saya dapati bilik memang gelap saya ingat takda orang kat dalam.

Selepas saya masuk saya buka lampu,saya dapati roomate saya yang Part2 ni bernama Syah sedang duduk bermain gitar kepunyaan roomate kami yg lain.Saya masuk bilik seperti biasa dan mengambil tuala.Seperti biasa tiap malam saya mesti ke tandas untuk buang air besar.Apa yang menariknya saya dengan syah ni mesti sama2 pergi kalau nk berak time malam2 mcm tu.Seperti biasa saya ajak si syah ni pergi ke toilet.

Sampai di toilet ni memang kami suka masuk toilet bersebelahan masing sebab memang suka sembang benda bukan2 dalam toilet.

Yang hairan malam itu ketika sedang seronok buang ni si syah ni tiba2 pancut air dari toilet sebelah.Tapi bau air tu memang busuk.Saya marah dia kata alaa bergurau.Saya memang dah masak dengan perangai si syah ni bergurau lain macam.

Selalunya si syah ni yang keluar dulu tunggu saya di singki hadapan pintu jamban tapi hairannya kali ni saya keluar dulu.Saya tanya si syah ada lagi tak dia dalam toilet.

Dijawabnya ada.Lalu saya tunggu depan pintu toilet.Sejam kemudian saya tunggu kemudian saya tanya si syah sama ada dia masih lagi dalam toilet atau tidak.Tidak menyahut.Lalu saya ambik keputusan untuk check toilet. Apa yang saya dapati tiada orang.Saya apa lagi buka langkah 1000 lari ke bilik.Sampai di bilik saya tanya roomate saya mereka baru balik.
Saya tanya tentang syah.Mereka kata bahawa mereka sudah hantar syah ke stesen bas PETANGnya sbb dia nak balik awal ke jb. Saya mendengar terus seram sejuk dan mengalami demam panas selama seminggu...

•••

Sekian...

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now