Azimat Dari Thailand

2.1K 134 1
                                    

"Cerita ini tiada kaitan kepada yang masih hidup atau sudah mati dan ianya hanya rekaan semata mata."

Ini kisah kawan aku yang bernama Muhammad Akram.Keluarga Akram ni terdiri daripada orang berada.Tapi korang kena faham-fahamlah.Ada je manusia yang bertopengkan syaitan ni dengki dekat keluarga Akram sehinggakan Akram kehilangan semua harta-harta kekayaan mereka.

Kisahnya bermula dari sini ketika Akram berumur 16 tahun.Ayah Akram ada kenalkan seseorang ni kepadanya.Apa yang aku tau,Akram kata ayah dia kenalkan bapa saudara dia yang menetap di bumi Thailand.Sepanjang Akram hidup dekat dunia ni,inilah kali pertama dia melihat bapa saudaranya.

Bapa saudara Akram ni ada bagi Si Akram ni buah tangan dari Thailand.Akram dengan gembiranya dia buka kotak kecil berwarna kuning emas itu tanpa syak apa-apa.Di dalam kotak kecil itu ada sebuah patung logam menyerupai bayi yang belum cukup umur dengan mata bertutup rapat yang berwarna emas.Siap diikati reben berwarna merah di bahagian tengkuknya.Agak pelik bila dilihat secara realiti.

Akram menyentuh lalu membelek-belek patung itu.Terasa bulu romanya meremang namun diabaikan.

"Uncle,kenapa bagi Akram patung ni?Akram bukan perempuanlah uncle." Soal Akram.

"Akram simpanlah patung tu.Bukan senang tau nak cari.Barang antik ni.Mahal uncle beli.Dekat Malaysia mana ada patung emas macam ni." Jawab Bapa saudara Akram.

Akram apa lagi?dia terima je lah dengan hati yang terbuka.

Hampir seminggu Akram simpan anak patung itu di dalam rumah.Pelbagai gangguan yang menganggu keluarga dia.Bahkan di luar rumah juga namun diabaikan oleh keluarga itu.Mungkin perasaan kot.Tetapi semakin lama semakin aneh yang terjadi kepada keluarga itu.Mereka menyedari tapi tidak dapat kesan apa puncanya tu.

Gangguannya ialah syarikat ayah Akram juga makin hari makin merosot.Hampir muflis lah katakan. Apa yang pelik,ayah Akram selalu tak dapat tender.Biasanya tender besar mesti ayah Akram yang dapat berbanding company lain.Duit dalam syarikat tu jugak hilang lesap macam ada orang sabotaj.Tapi kesan atau bukti yang ditinggalkan langsung tak ada.Bersih!

Aku yang baru je balik dari indon ni pergilah ke rumah agam Akram.Tujuan aku ke sana hanya nak tanya khabar ibu dengan ayah dia siap bawa buah tangan dari Indon lagi.Bila selangkah aku masuk ke dalam rumah tu aku rasa macam seram-seram sejuk.Rasa asing sangat.

Ibu Akram ni suruhlah aku duduk dekat sofa bertemankan Akram sementara si ibu tengah buat air dekat dapur.Diorang ni tak suka harapkan orang gaji.Sebab tu lah diorang tak nak upah sesiapa.

Tiba-tiba mata aku ni tertengok satu kotak kecil berwarna emas terletak elok atas kabinet.Aku pun tanyalah si Akram ni.

"Wei,apa benda dalam kotak emas tu?Cantik giler warna dia."

"Anak patung bayi pemberian uncle aku.Pelik tho warna dia.Macam emas betul-betul.Haritu aku letak dalam bilik aku.Tapi entahlah kenapa boleh ada dekat kabinet tu." Jawab si Akram.

Aku pun dah mula rasa semacam.

"Boleh aku tengok anak patung tu?" Soal aku takut-takut.

"Boleh je.Kejap."

"Ambil dengan kotak dia sekali." Pesanku.

Bila aku tengok kotak kecil tu dibuka,barulah soalan aku terjawab.Tapi tidak sepenuhnya.Masih ada persoalan lain lagi.Akram melihat muka aku pucat semacam lepas je tengok benda tu.

"Man,kenapa muka kau pucat tetiba ni?" Tanya Akram.

"Mana uncle kau dapat benda ni?" Soalan Akram aku balas dengan soalan.

"Dia kata dia beli dekat Thailand.Patung ni tak ada dekat Malaysia." Jawab Akram.

Aku tak tahu nak buat muka apa tapi aku tahu apa benda tu sebab aku berketurunan Thailand dan patung menyerupai bayi belum cukup bulan dalam perut tu sangat familiar bagi aku.

"Esok jumpa aku dekat rumah aku.Ada benda aku nak cakap." Ujarku.

"Benda apa? Cakap kat sini je tak boleh ke?" Akram sudah mula berkerut.

"Private.Kau pergi rumah aku esok dalam jam 10 pagi.Boleh?Jangan lupa bawa patung tu dengan kotak dia sekali."

Akram mengangguk."ok.set."

Keesokkan harinya,seperti yang dijanjikan,Akram dah terpacak depan rumah aku tepat pada masanya.Aku jemputlah dia masuk. Pada masa itu,aku, ayah dengan umi dah duduk dekat sofa.Air pun dah siap dihidang.

Aku suruh Akram keluarkan patung tu lalu diberi ke ayah aku.Ayah aku teliti je patung tu.Akram pun dah berkerut tengok gelagat ayah aku.

"Akram,keluarga kamu sudah kena tipu." Ujar ayahku tiba-tiba.

Akram semakin tidak mengerti. Ayah memandangku.Menyuruh aku menerangkan apa yang telah berlaku.

"Gumanthong." Satu perkataan yang terbit dari mulutku.

Akram menjadi tiga kali ganda blur.

"Nama azimat ni gumanthong.Apa yang aku nak bagitau kau,Gumanthong ni adalah azimat yang paling bahaya.Keluarga kau boleh jatuh muflis.Roh dalam janin ni dikawal oleh tuan dia iaitu uncle kau.Uncle kau hanya mengarah dan roh dalam janin ni akan laksanakan sehinggakan sanggup membunuh.Boleh aku tau apa kelainan semenjak kau terima patung ni?"

Akram terdiam seketika.

"Ayah aku nampak stres.Dia kata syarikat dia dah nak muflis.Duit hilang tiba-tiba and bla..bla..blaa.."

"See? Nampak sangat uncle kau jealous.Dia suruh roh janin ni rampas semua harta korang.Boleh jadi harta dekat rumah tu pun bakal jadi harta uncle kau."

Akram meneguk liur.

"Kau yakin ke semua ni?" Soal Akram ingin kepastian.

"Yakin sangat Akram.Nenek pakcik dulu pernah bagitau pasal gumanthong.Satu cara, Akram dengan keluarga kena jumpa bapa saudara Akram dan minta dia tarik semua perlakuan dia tu dengan menggunakan bomoh yang dia upah." Ayahku memintas.

Namun,segalanya sudah terlambat.Tidak sampai seminggu selepas kami memberitahu kebenaran.Apa yang dijangka benar benar terjadi. Akram dan keluarganya tidak sempat pergi ke Thailand kerana kekurangan bajet.Kini,Akram dan keluarganya hanya tinggal di rumah biasa.Rumah agam tersebut sudahpun dijual.

•••

TAMAT.

CERITA NI DIREKA DAN DIKONGSI OLEH CikChocoCream KEPADA SAYA.JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN.HAIH.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now