Benda Pertama Yang Aku Nampak

1.1K 82 2
                                    

Kisah ni berlaku pada usia aku seawal 4tahun, dimana masa tu aku berada di rumah opah. Masa tu aku tak ingat opah suruh beli apa, jadi dia suruh kakak aku dan makcik aku pergi beli barang dekat kedai bawah.

Rumah opah aku ni rumah flat. Memang flat lah. Bukan flat mewah. Boleh bayangkan kan? Agak usang dan seram sikit lah. Sikit saja. Heh he.

Jadi kakak aku dan makcik aku pun turun pergi kedai tu. Mereka bawa aku sekali sebab, yelah masa tu tak reti duduk diam mesti nak ikut juga.

Selesai je urusan beli barang. Kakak aku dan makcik aku nak bawak aku pusing-pusing tengok flat ni. Aku masa tu, hoorayyy saja. Yelah, 4 tahun tau apa je.. Tau nak main je.
Flat ni ada 4 tingkat. Satu tingkat dah lepas dengan jayanya. Aku naik je tingkat kedua.. Aku dah start menangis. Kakak aku dan makcik aku cuba tenangkan aku. Mereka tanya "kenapa?"

Sebenarnya, masa aku kat tingkat dua tu.. Aku mendongak ke atas untuk tengok tingkat seterusnya iaitu tingkat tiga. Masa aku sibuk duk mendongak tengok tingkat tiga tu.. Tiba tiba aku nampak seorang pakcik tua. Kepala botak. Badan dia kurus sangat macam kulit dengan tulang je. Sampai boleh nampak tulang rusuk dia. Mata dia yang terbuntang tu dok pandang aku yang tengah syok tengok tingkat tiga. Serious seram.. Aku takut lalu aku pun menangis. Kakak aku tanya kenapa.. Aku nangis sambil tunjuk tunjuk kat tingkat tiga tu. Aku tunjuk pakcik tu. Tapi.... Ni stress gila.. Kakak aku boleh kata "mana ada pape lah.."
Huh?!! Tak ada apa apa. Kau buta ke apa?!! Aku nampak pakcik tu, kau boleh kata tak nampak. Ishh..

Makcik aku pun kata tak nampak. Aku dah menangis merah merah muka,hidung,telinga semua. Sambil tutup mata sebelah. Sebelah lagi sibuk jugak nak pandang pakcik tu. Pakcik tu.. Tak yah cakap lah. Sepanjang aku menangis dan tunjuk tunjuk dia tu.. Dia pandang je aku. Macam nak marah aku.

Kakak dan makcik aku pun kabut lah bawak balik cepat cepat. Sebab dorang tengok muka aku dah pucat semacam. Kakak aku dukung aku dan berlari lari anak sehingga tiba di rumah.
Kakak dan makcik aku pun cerita lah dekat opah dan ibu aku. Pada masa tu lah, opah beritau yang hijab aku terbuka. Aku memang demam panas sebab terkejut. Orang tua yang kurus nak mati dengan mata terbuntang tulah 'benda'' pertama yang aku boleh nampak.

Memang sampai sekarang, opah aku duduk flat yang sama. Dan memang ramai penduduk kat situ cakap tingkat tiga tu keras. Siapa yang duduk tingkat tu, memang susah nak dapat siaran TV. Dan banyak lah gangguan yang sewaktu dengannya.

'Orang tua' tu masih segar dalam ingatan aku sampai sekarang. Kalau diingatkan balik rupa dia pun ... Mmg seram...
Kejadian ni..hmm tak tau kenapa masih melekat kat memori aku walaupun masa tu aku baru 4tahun. Mungkin sebab terlalu terkejut dan tak biasa dengan kelebihan tersebut. Wallahu'alam

●●●

TAMAT.

Cuma nak bagitau cite ni dikongsikan oleh seseorang kepada ku..ok itu sahaja. Sekian.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now