STAY BACK

1.9K 137 4
                                    

"KAU stay back malam ni?" tanya Umi
.
Wawa angguk. Wawa staf baru yang beberapa hari bekerja di syarikat itu.

"Aku nak siapkan presentation untuk esok." balas Wawa.
"Sorry babe... aku tak dapat teman kau malam ni." Umi memaut bahu Wawa.

"Tak apa. Aku okey je seorang di sini. Ada pak guard kan?"

"Babe... aku rasa baik kau tak payah stay back. Kau buat saja kerja di rumah. Lagipun presentation tu lusa."

"Aku tak suka buat kerja tangguh-tangguh. Dekat rumah aku tu takde fotostatlah. Kedai fotostat pun jauh." desis Wawa.

Umi diam sejenak. Tidak sampai hati dia biarkan Wawa stay back seorang diri. Bangunan tempat mereka bekerja ni 'keras'.

"Aku teman kaulah,"
Wawa senyum senang hati.

Malam itu...

Wawa menerima panggilan kecemasan dari kampung. Dia bergegas pulang tanpa sempat memberitahu kepada Umi.

seminggu kemudian...

WAWA masuk kerja semula. Dia mencari-cari kelibat Umi tetapi tidak kelihatan. Umi tidak datang bekerjakah. Wawa tidak begitu rapat dengan rakan sekerja yang lain. Dia segan mahu bertanya. Umi yang rajin menegurnya dan mahu berkawan.

'Agaknya Umi bercuti. Esok jika aku jumpa dia, aku nak minta maaf sebab tinggalkan dia.' hatinya berbisik. Dia rasa bersalah. Sampai di kampung hari itu pun dia tidak menghubungi langsung Umi. Dia hanya sempat menghantar pesanan ringkas kepada ketuanya memohon cuti kecemasan. Ibunya jatuh sakit.

Kerja yang tertangguh menyebabkan Wawa terpaksa stay back. Suasana pejabat itu semakin hening dan lenggang, Wawa melangkah masuk ke pantri.

"Hoi! berani kau stay back sorang-sorang!" suara yang menyergah di belakang hampir buat jantung Wawa tercabut. Wawa memusungkan tubuh.

"Umi..." Bibirnya mengulum senyuman.

"Kau cari aku kan?"

"Aku ingat kau tak datang kerja."

"Aku kena tengok site dengan boss. Ingat nak balik terus. Aku nampak ada lampu terpasang dekat ofis, aku tak jadi balik. Aku dah agak mesti kau stay back dekat ofis."

"Aku minta maaf sebab balik mengejut. Tak sempat aku beritahu kau. Mak aku jatuh sakit."

"Tak apa."

Wawa berjalan menuju ke mejanya. Umi mengekori dari belakang. Mata Umi terarah pada kertas-kertas kerja Wawa di dada meja.

"Aku tolong kau fotostat."

"Macam tahu-tahu akak nak fotostat benda alah ni semua."

Umi tesengih. Dia mengambil kertas-kertas kerja itu lalu menuju ke mesin fotostat yang tidak jauh dari meja Wawa.

Wawa menghadap komputer semula. Telefon pintar bergegar atas meja. Nama ketuanya tertera pada skrin.

"Assalamualaikum... "
"Waalaikumusalam, Encik Zahari."
"Kamu berada di pejabat ke?"

"Ya,"
"Baik kamu balik sekarang."

"Kenapa Encik Zahari. Saya tak seorang diri dekat ofis. Umi ada temankan saya."

"Umi?"
"Encik Zahari ni, nama staf pun sudah lupa."

"Umi dah meninggal seminggu yang lalu. Tak tahulah apa yang berlaku malam itu. Dia jatuh dari tangga kecemasan. Staf lain tak beritahu pada awak ke?"

Telefon pintar terlepas dari tangan. Wawa menoleh ke arah mesin fotostat.

"Helo... helo Wawa..."

Jantung berdengup kencang. Dia melihat Umi dengan kepala terkopak berlumuran darah. Mesin fotostat terus bergerak.

"Hihihi..." Umi ketawa mengekek. Kepala Umi terus berpusing ke belakang.

Arggghhhh!

TAMAT

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now