Susuk

2.9K 283 4
                                    

Assalamualaikum. Hi. Nama aku, Mat Piah. Aku member rapat Tuan Syed kerana kami kampung bersebelahan je. Kisah ni mengenai mak sedara aku. Dah arwah orangnya. Tapi aku harap, kisah aku ni korang dapat iktibar.

Aku kenalkan nama mak sedara aku sebagai nama Tijah Lawa. Sebab memang lawa gila walaupun dah berusia 52 tahun. Kalau laa hidup lagi zaman ni, aku rasa dah setanding dan segetah Che Ta.

.

Tijah Lawa merupakan janda paling hot zaman tu. Dia dah kahwin sebanyak 4 kali tapi kesemua suaminya menceraikannya sedangkan mahligai yg dibina tidak sampai setahun jagung.

Dulu aku hairan gak. Asal la mak sedara aku ni asyik kawin pastu cerai. Kawin lagi, pastu cerai. Kalau dengar tiba2 dia bercerai tu, confirm2lah dia dah kawin lain. (Ahh pening laa aku yg menulis ni!)

Umur 52 tahun, tapi rupa macam 18 tahun! Gadis-gadis kampung zaman tu pun tak boleh tandinah dengan mak saudara aku ni. Nama Tijah Lawa memang top dan mampu kalahkan anak2 dara yg lain.

Aku pernah ajak bapak si KS ni lepak rumah aku untuk lihat kecantikan mak sedara aku sebab Tuan Syed ni tak percaya. Mana mungkin makcik umur 52 tahun tp rupa secantik dan setanding anak2 gadis belasan tahun!

Kali pertama Tuan Syed nampak je mak sedara aku, terus dia bisik kat telinga aku.

“Adik kau ke?”

Kan aku dah cakap. Makcik aku cun melecun! Serba salah Tuan Syed nak panggil makcik.

.

Aku pendekkan cerita. Selang 5 tahun, makcik aku nazak. Dan sekali lagi aku jemput Tuan Syed untuk sama2 melihat detik2 terakhir makcik aku.

.

***Aku dalam kisah di bawah merupakan Tuan Syed****

Waktu Mat Piah jemput aku untuk ke rumahnya untuk menyaksikan detik2 terakhir Tijah Lawa, aku terlalu sibuk dengan kerja. Tapi demi persahabatan sejak kecik, aku sanggup amik cuti utk ke kampung dia.

Sampai sahaja di kampung halaman Tijah Lawa, tiba2 aku rasa meremang. Kalau dulu aku suka cakap besar, tapi kali ni aku hanya berdiam diri. Pasti ada sesuatu! Tak kan si Mat ni sanggup jemput aku padahal makcik dia belum meninggal lagi!

Kaki aku menapak di tangga. Bulu2 roma aku semua terpacak. Aku gagahkan juga untuk naik ke atas untuk memberi salam. Sebab aku dengar ramai sangat baca Yassin. Jadi mungkin takde sape dengar kalau aku bagi salam dari bawah.

.

Sampai je kat atas, aku hampir2 tergelincir ke belakang dek kerana terkejut melihat sekujur tubuh terbaring di atas tilam. Tijah Lawa kah itu?

Wajah dia teruk! Bengis. Kurus melidi. Ibarat hanya tulang rangka sahaja di atas tilam. Rambutnya yang dahulu aku lihat hitam berkilat, kini putih kekeringan seperti orang tua kerepot!

Bau busuk sudah membuak2 masuk ke dalam hidung aku. Aku cuba kawal agar menjaga hati dan perasaan tuan rumah. Tapi aku lihat, hampir keseluruhan yg membaca Yassin menutup mulut dan hidung masing2 kerana terlalu loya dgn baunya!

Aku mula menghampiri lebih dekat untuk melihat keadaan Tijah Lawa.

Allahurabbi!

Lubang hidung dan telinganya penuh dengan semut! Ya. Orang panggil itu adalah “semut mayat”! Tapi yang peliknya, Tijah Lawa masih bernyawa walaupun semut2 tu penuh keluar masuk dari lubang hidung dan telinganya. Astaghfirullahalazim… apa dosa Tijah Lawa ni?

Aku lihat disisinya ada seorang gadis yang sabar menyuapkan makanan ke dalam mulut Tijah Lawa tanpa menunjukkan apa2 riak muka geli atau loya dengan keadaan Tijah Lawa.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now