Tangki Suraya

4.7K 96 3
                                    

Kalau di Malaysia heboh dengan kisah Cikgu Suraya... Tapi di Brunei terkenal dengan urban lagendnya.. Tangki Suraya... Kenapa tangki? Kenapa Suraya? Jom teruskan bacaan....

Cerita ini berkenaan dengan pengalaman semasa berada di Tangki Suraya. Sebenarnya tangki ni bukanlah bertempat di suatu tempat bernama SURAYA  tapi oleh sebab kisah seorang perempuan yang bernama Suraya di jumpai mati di sana pada tahun penghujung tahun 70an, terus lah orang ramai menggelar TANGKI SURAYA.

Kisah disebalik tangki Suraya ni sangat tragis.. Si Suraya ni kena rogol lalu di bunuh di sana dan yang paling seram lagi mendengar cerita mayatnya di potong kepala lalu jasadnya di buang berdekatan dengan kawasan tangki tu. Dikatakan sehingga sekarang kepalanya masih belum dapat dijumpai lagi.

Selepas kejadian tu bermacam-macam lah kejadian misteri yang berlaku. Ada orang bercerita yang hantu si Suraya ni selalu mengacau orang yang tinggal di kawasan Mabohai, Ong Sum Ping dan Kumbang Pasang. Ada jua cerita mengatakan asal saja malam hari kepala si Suraya melayang-layang dan mengetuk-ngetuk palanya pada pintu rumah orang sambil ia minta tolong sempurnakan kepala tersebut bersama jasadnya. Walaupun terdapat berbagai versi cerita pasal tangki tu tapi yang penting dalam cerita tersebut memang pernah terjadi seorang perempuan yang bernama Suraya di temui mati disana. Macamana ia mati, Wallahualam hanya tuhan yang lebih mengetahui.

Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman berada di sana. Masa tahun 2003 atau 2004 terdengar la jugak cerita pasal tangki Suraya ni. Dari mulut kawan kawan yang menyampaikan, tempat tangki suraya tu mmg keras sehinggakan pengawal keselamatan yang mengawal di sana pun ramai yang tak sanggup nak teruskan kerja. Aku pun yang sebenarnya tak tau sangat pasal tangki yang terletak di lebuh raya Mabohai ni walaupun yang sebenarnya aku membesar di kawasan Kg Mabohai. Macam-macamlah cerita aku dengar... ada orang pernah berjumpa Pontianak lah, hantu perempuan takda kepala lah, atau kereta di tahan oleh perempuan misteri berdekatan laluan masuk ke tangki atau kononnya kereta perempuan tersebut rosak dan bermacam macam cerita.

Aku ni jenis susah nak mengiyakan sesebuah cerita kalau aku tak pernah mengalami atau aku lihat sendiri dengan mata kepala ku. Bukannya sombong kadang kadang cerita cerita hantu ni sengaja di reka untuk menakut nakut kan orang untuk kepentingan sendiri.

Entah bila ntah tahun nya or masanya aku sendiri melawat ke tangki tu. Masa aku menuju masuk ke tangki memanglah aku rasa seram pasalnya punyalah gelap jalan masa tu. Yang dapat aku lihat dari jauh cuma lampu pondok keselamatan orang yang di tugaskan untuk menjaga tangki tu aja.

Dari jauh sudah nampak tangki berkenaan tapi sebenarnya si Suraya ni di jumpai mati bukanlah di tangki tu tapi dikawasan jalan menuju ke tangki berkenaan. Bila kenang-kenang balik entah macamana timbul pulak rasa takut. sedang membayangkan kisah si Suraya ni tiba-tiba entah dari mana datangnya sehelai kain putih terbang melintasi betul2 dapan cermin kereta.

Perghh.. berdentum jantung terkejut.. terberenti nyawa sekejap.  Masa tu yang aku terpikir cuma satu, pusing dan balik rumah tido. Semasa nak  mengundur kan kereta tak semena-mena aku macam telanggar sesuatu, kemain kuat bunyinya bawah kereta.

Mati akal aku, terus bercurahan keluar air peluh dari dahi. Tanpa memperdulikan bunyi 'benda' tersangkut kat bawah kereta, aku  teruskan jalan. Masih berseret-seret bunyinya bawah kereta aku ni.

Sampai simpang kat jalan besar bunyi yang menyangkut tadi pun hilang. Terus aku berentikan kereta, memandangkan kawasan tu terang.. adalah sedikit keberanian timbul. Lalu aku keluar untuk melihat apakah gerangannya yang tersangkut bawah kereta aku ni. Semasa turun dari kereta aku tercium bau yang kurang menyenangkan. Buruk benar baunya, aku bersujud mengintai bawah kereta...  tiada apa2 kat bawah tu.

Semasa aku nak menoleh ke belakang tiba2 ada bunyi macam bedeham

“hmmmmmm..hheeeemmmmmmm” bunyinya.
Terus meremang bulu roma, aku ni yang sebenarnya tak mahu menoleh dan mencari dari mana datangnya bunyi tu. Tapi ntah kenapa gatal sangat hati ni mau tau dari mana punca bunyinya pasal bunyi tu terlampau dekat.

Bebunyi lagi “hhhheeeemmmmm… hhheeeeemmm hheeeeemm” makin kuat bunyinya.

Terus aku toleh kebelakang . Ya Allah…tercabut rasa jantung aku apabila melihat apa gerangannya yang bedeham tadi...

Kain nya putih, rambutnya pun berwarna keputih-putihan dan tangan nya macam melambai lambai pada aku. Mukanya tak pulak kelihatan tapi penampilannya cukup membuat aku boleh pengsan. Tak tunggu lama terus aku masuk kedalam kereta. Masa tu aku dapat dengar benda tu mengilai ketawa dengan nyaring. Kalau korang pernah dengar Suzzana ketawa dalam filem Sundal Bolong, haa mcm tu la bunyinya. Aku pun berambus dan keluar dari kawasan tersebut.

Aku tak ler kata yang hantu aku jumpa tu hantu si Suraya.. Barangkali hantu yang aku jumpa tu sebenarnya makhluk halus yang menetap di sana, lagi pun tempat tu memang sunyi dan menyeramkan dan tidak mustahil banyak makhluk halus yang menetap di sana untuk menakut nakutkan manusia. Bila manusia sudah percaya tempat tu berhantu lebih senanglah iblis dan syaitan memainkan peranannya untuk menyesatkan manusia. Wallahualam’

•••

TAMAT.

Ni kisah benar..kisah ni diceritakan oleh kawan kepada ayah aku sendiri kepada aku. Cuma aku ada la ubah sikit2.

Firman Allah maksudnya : “Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan..” ( Az-Zumar : 42 ).

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now