Penanggal

2K 166 2
                                    

     Aku semakin tak faham akan kehidupan Ayu yang dipenuhi dengan berbagai dugaan dan cubaan.  Mungkin inilah dinamakan liku-liku kehidupan yang telah ditakdirkan.  Aku memerhatikan insan di depanku, seorang wanita yang sering tersenyum di hujung bibirnya tetapi kita tidak dapat menilai seseorang hanya dengan melihat luaran.

     Aku suka berbual dengannya kerana orangnya bila berbicara tak membuatkan kita rasa kita serba kekurangan.  Ia membuatkan kita rasa selesa untuk meluahkan buah fikiran, rasa dan ketidak puasan hati.  Dia boleh dikatakan pakar kaunseling dan motivasi bagiku.  Aku bertanya padanya perihal penanggal, pernahkah ia melalui pengalaman dengan makhluk tersebut, lalu ia tersenyum dan jawapannya ringkas sahaja, "Ada".

     Kisahnya bermula di kampung suaminya yang terletak di daerah Muar.  Ayu dan suami pulang ke kampung sebulan sekali memandangkan suaminya menanggung kedua ibubapanya serta seorang adiknya yang masih bersekolah.  Setibanya dirumah mentuanya pada hari itu, mereka diberitahu yang ayam direban habis dimakan musang. setiap malam seekor ayam akan dimakan musang tetapi Ayu dan suami merasakan ada sesuatu yang ganjil dengan peristiwa tersebut.  Keganjilannya ialah keadaan ayam itu dimakan.  Setahu mereka suami isteri, mana ada musang memakan ayam dengan mencabut kepala beserta dengan isi perutnya sekali dan meninggalkan badan ayam tanpa organ dalaman.  Pelikkan!.

     Menambahkan lagi kemuskilan bila ayam kepunyaan anak mereka yang tinggal bersebelahan tidak pula disentuh.  Tetapi Ayu dan suami malas untuk berbicara hal itu dengan orang tua kerana dikuatiri terluka hati, lalu baik diamkan diri.  Setiap kali pulang ke kampung, seringkali Ayu akan mengalami sakit buang air kecil tak henti-henti dan rahimnya sakit.  Sekali dua, bolehlah dikatakan jangkitan kuman tapi bila berkali-kali ianya bukan kebetulan tetapi tentu ada sesuatu yang tidak kena.  Setiap kali pulang ke kampung, mereka akan ke klinik pada esok harinya memandangkan suami Ayu enggan menurut kata orang tuanya yang menyarankan agar dibawa Ayu ke bidan kampung untuk dipicit atau ditawas kerana baginya, ia tidak mahu mempertaruhkan akidahnya memandangkan cara perubatan yang menggunakan perasap kemenyan dan terkenan ini atau terkena badi itu. Tambahan pula bila pulang ke rumah mereka semula, keadaan akan kembali pulih. 

     Sewaktu Ayu menanyakan perihal tersebut kepada jiran-jirannya, mereka menyarankan agar Ayu jangan menggunakan air kolah di rumah mentuanya.  Guna air terus dari paip sewaktu mandi dan sama sewaktu hendak menyuci selepas membuang air kecil, kerana bagi pendapat mereka makhluk yang suka menganggu rahim wanita adalah penanggal.  Air kolah dirumah mertuanya pula separas pinggang, selebar 4 kaki dan memanjang 7 kaki seperti liang lahat.  Andaian dibuat jirannya yang makhluk tersebut merendamkan dirinya yang kepanasan kedalam kolam tersebut membuatkan Ayu meremang bulu roma.  Bila nasihat itu diikuti, alhamdulillah Seriayu tidak mengalaminya lagi.

    
     Berbalik kepada kisah malam mereka pulang, Ayu tidur didalam bilik dan anak-anak mereka bersama sepupu-sepupunya tidur didepan Tv.  Pada malam itu sekitar pukul 1 pagi, mereka yang asyik bermain video game diselang seli dengan ketawa terkejut bila mereka mendengar suatu bunyi yang datang dari arah dapur.  Mereka berempat menoleh serentak dan mereka terpaku bila melihat diatas alang menuju keruang dapur terdapat kepala dengan rambut yang kusut masai tanpa badan sedang meniti disepanjang alang tersebut dan kelihatan seperti air berwarna kuning cair meleleh dari usus yang tergantung-gantung.  Mereka terus menyelubung kepala dengan selimut dan terus tidur tanpa menutup tv kerana terlalu takut.Pada keesokannya mereka menceritakan perihal tersebut kepada Ayu lalu mengucap panjang.  Semenjak itu Ayu akan memastikan anak-anaknya tidur terlebih dahulu.

•••

Sekian.Jangan lupa vote sekali ye wahai readers kesayanganku hahaha.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now