Tok Mat

2K 121 0
                                    

Aku masih ingat lagi hari kematian Tok Mat. Makcik aku cakap hari khamis. petang selepas Asar. petang tu mak jah,jiran sebelah rumah Tok Mat ada buat kuih kasui sikit dan seperti biasa, disuruh nya anaknya wati hantarkan sikit ke Tok Mat. bila dak wati ni tak nampak kelibat Tok Mat kat pangkinnya petang tu seperti kebiasaannya, terus dia ke rumah Tok Mat.
selepas bertalu-talu pintu diketuk namun tak dijawab, wati pun balik semula kerumah dengan sepiring kecil kuih kasui tak dapat di sampaikan. mak jah rasa pelik sedikit sebab jika Tok Mat nak keluar kemana-mana, dia akan beritahu Pak Akop atau dia sendiri. terus mak jah beritahu suaminya Pak Akop tolong pegi jengukkan Tok Mat tu ada ke tidak dalam rumahnya atau dah keluar kemana-mana

Pak Akob terus kerumah Tok Mat dan selepas daun pintu diketuk beberapa kali namun tetap tak dijawab, Pak Akob cuba jenguk kedalam rumah melalui tingkap yang terbuka. dan dia nampak Tok Mat sedang duduk dikerusi diruang tamu tapi tubuhnya kelihatan lebih bongkok dari biasa sehingga dagunya seperti melekat didadanya

Pak Akop pada mulanya menyangka yang Tok Mat ni tertidur atas kerusi sampai orang bagi salam dan ketuk pintu pun tak sedar. tahap tidur mati la ni. kerana tak mahu ganggu Tok Mat sedang tidur, Pak Akop pun terus berlalu pulang kerumah…

Namun esok harinya bila kelibat Tok Mat tetap tak nampak seperti biasa dipangkinnya dan selepas Pak Akop nampak Tok Mat masih tetap duduk dikerusi, maka sedarlah Pak Akop yang Tok Mat dah meninggal. Selepas pintu ditendang sebab diselak dari dalam dan selepas pastikan yang Tok Mat sah meninggal, Pak Akop terus capai basikal Raleigh nya segera kerumah ketua kampung untuk khabarkan berita mengejutkan ni..pihak hospital kata Tok Mat meninggal kerana komplikasi jantung. Tok Mat dikebumikan ke esokkannya selepas Zuhur selepas semalaman mayatnya di hospital. aku tak hadir sebab almarhumah nenek aku tak beri keizinan..

Aku tinggal dan membesar dengan almarhumah nenek dan 2 orang makcik aku dikampung sehinggalah aku tammat sekolah rendah. aku ditinggalkan dikampung selama hampir 6 tahun dengan almarhumah nenek kerana ayah aku kerja diluar negara. mak serta adikku Nora ikut bersama ayah aku. aku ni cucu kesayangan dan nenek mendesak sangat agar mereka tinggalkan aku dengan nya. maka tinggallah aku membesar dengan nenek dan makcik2 aku dan keluarga mak jah. rumah nenek berselang 3-4 buah rumah ke dalam lagi sedikit dari rumah mak jah dan didepan rumahnya ada hutan kecil. kami budak2 kampung memang favourite main dalam hutan ni. main perang2 biasanya..

Aku suka singgah lepak2 kat rumah dia lepas dah penat bermain dengan kenkawan sekampung dan beberapa orang anak mak jah seperti ijat, uchu dan seman. merekalah kenkawan akrab aku kat kampung. main2 kat hutan kecik depan rumah mak jah dan port paling aku suka ialah atas pangkin atau pelantar bawah pokok bunga tanjung. kena plak bila mak jah buat cekodok bawang goreng garing tapi isi dalam lembut, cicah plak dengan sambal tumis ikan bilis petai sambil disapa pula angin sepoi2 bahasa berhembus halus..perghhh..cerita tak guna tembak tak kena bak kata pepatah orang Malawi

kira aku selalu la jadi tamu tak diundang dirumah mak jah ni. tapi aku tahu mak jah suka aku. bila tahu aku datang je mak jah mesti buat apa2 juadah. kalau datang tengahari, memang terus lunch kat situ la aku. tapi apa2 pun, aku biasanya lebih suka lunch kat rumah sebab makcik aku masak lagi mantul. dan di tepi rumah mak jah ni ada satu pokok durian belanda. huisshh..antara buah kesukaan aku tu. rimbun dan bila musim nya sampai, memang meriah pokok tu berbuah. kitaorang petik camtu je kat dahan dan seterusnya kenduri durian belanda reramai atas pangkin bawah pokok tanjung. syahdu.

Seperti yang dah di muqaddimah kan tadi, Mak Jah dan suaminya Pak Akop sekeluarga berjiran dengan Tok Mat ni. rumah tak jauh jarak kurang lebih tiga nafas je disebelah. cuma rumah Tok Mat ni nampak “uzur” sikitlaa. manakala rumah kayu mak jah dengan dapur separuh batu separuh kayu nya memang cantik dan agak besar. mungkin sebab anak makjah ramai kot. 9 orang. rumah kena besau. depan rumah Tok Mat pun ada pangkin panjang cam depan rumah mak jah. disebelah pangkin Tok Mat tu pula berdiri tegak sebatang pokok cermai ni. favourite aku jugak tu buah cermai. time musim buah ni aku dan beberapa rakan kampung dan 2-3 orang anak mak jah memang macam dah buat koloni atas pokok cermai tu. kerengga ke apa ke serangga jenis menggigit atas pokok tu kitaorang memang tak angkat pot. kebal agaknya masa tu. Tok Mat tak pernah marah cuma kekadang dia mendengus sambil jeling kat kitaorang yang dah macam anak mawas makan buah cermai sambil bertenggek, bergayut serta berpaut atas pokok dengan sisa2 biji cermai bertabur atas tanah bawah pokok…

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now