Jin Sawan Tangis

1.3K 78 0
                                    

Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2015.Ketika itu saya baru bersalin anak sulung saya di hospital putrajaya.

Alkisahnya anak saya lahir 36minggu dgn berat 2.4kg dan saya pula GBS positive. Cek gula anak saya juga rendah jadi paeds tahan anak saya di NICU untuk habiskan 5days course antibiotik.

Saya pula tiada pengalaman menjaga anak kecil kerana sy anak yg paling awal dapat anak. kakak saya pula x berkahwin dan ibu saya terpaksa jaga ayah yg diserang strok.

selepas 2 hari ditahan di nicu, mereka mahu memindahkan anak saya di pusat bersalin risiko rendah presint 8 supaya saya bole menjaga sendiri anak saya memandangkan anak sy stabil. saya pun teruja sebab dah 2 hr sy tidur tanpa anak. Bila melawat di nicu pun sejam dua saje itupun dia nyenyak tido jadi saya tak dapat dgr sgt tangisannya.

Dan di sinilah kisah saya bermula. kami dipindahkan betul2 waktu maghrib. Mak saya dah pesan jangan bawa anak saya keluar waktu maghrib takut terkena gangguan tapi apakan daya segala urusan perpindahan dilakukan waktu maghrib dengan menaiki ambulans. Tak jauh pun dr hosp putrajaya ke PBBR tu.

Lepas settle pindah2 tu suami saya nak balik kejap mandi. mak mertua tak dapat naik atas hanya suami saja dibenarkan. anak saya masih tidur jadi saya pun mandi sekejap sebelum nak pam susu.

Setelah seleaai mandi, saya dengar anak saya menangis kuat. kuat sgt. masa di nicu pun tak nangis macam tu. saya cuba pujuk dia. tapi susu saya tak byk dan anak saya macam tak pandai direct feeding sebab di nicu dia menyusu dengan cawan. saya jadi stress sebab dia tak mahu hisap. sampai terberak-berak dia nangis.

saya call husband suruh bawak susu formula. mungkin dia dah biasa susu banyak. tapi waktu tu dah lewat. suami saya beli susu NAN dr Speedmart99. seludup susu FM mcm bwk dadah sbb dah tulis tak boleh bawak susu formula. tapi apakan daya hehe…

Lepas susu dia kekenyangan. saya pula kekok nk sendawakan dia dan mintak tolong nurse. Lepas tu anak saya tidur dari pukul 10 mlm sampai laa pukul 12 tgh mlm.

Dia menangis agak kuat. kuat sangat sampai berdesing telinga. kelam kabut sy buat susu tapi dia tak nak minum. puas saya pujuk tapi dia masih menangis kuat. kebetulan anak saya kuning jadi kena duduk bawah lampu tapi sy tak bole biarkan kerana tangisan die kuat dan tak berhenti. saya jadi stress. saya berperang sampai pukul 6 pg baru dia keletihan dan tido..

keesokan harinya, pagi dia tidur nyenyak. doktor kata perlu tahan at least 2 hari lagi untuk habiskan antibiotik. saya dah stress kalau malam die buat hal.

Dan dah semalamam berperang, pagi mestilah keletihan. datang pulak nurse ajar cara nak breastfeed saya betul2 dah x larat masa tu.

Dan malam pun tiba. Entah kenapa berdebar je saya rasa. Time pump susu saya dengar tray makanan jatuh. ni mesti keje kucing. saya pun keluar tgk kebetulan anak saya tgh tidur.
saya terus ke dapur habis tumpah tray sisa makanan yg sy makan td. hmm. tp yg pelik pintu luar terbukak. dahlah berangin kuat nak hujan mlm tu.

yg saya tau saya sorg je dlm tu. 2 org ibu dlm bilik lain dah balik. saya jadi seram bulu roma menegak. tiba tiba anak menangis kuat. saya masuk dalam tengok.

Terperanjat saya sebab lampu jaundice tu dah tutup dan cot baby saya beralih ke dinding. pampera anak saya terbukak dan najis die banyak kuar. saya jadi pelik tapi buat tak hairan. cepat2 sy tukar lampin dan tidokan. doktor dan nurse jarang lalu kawasan tu.

mcm biasa tepat pukul 12 anak saya start sawan tangis dia. susu xnak dukung pun nangis jugak saya pun bawak dia jalan sekitar apartmen tu. anak saya diam. mata dia terbukak luas. tepat pandang saya.. pandangan die macam tajam sangat. saya terua baca selawat nak tidokan dia. mmg banya bilik dlm tu kosong. lepas anak saya lena sy masuk balik dlm bilik sy. letak je kat kot dan saya buka bedung.. alamak.. nangis pulakkk!! so tahan je lah nangis sampai pukul 6 pg.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now