Jin Dalam Badan

1.8K 100 1
                                    

Nama aku Jijie. Berumur awal 30-an. Berkahwin dan mempunyai seorang anak.Aku sudah berkahwin lebih 7 tahun. Sepanjang perkahwinan itu, kehidupan aku dan suami agak baik. Sekadar gaduh- gaduh kecil itu perkara biasa.

Selalunya kalau gaduh tu tak sampai sejam dah baik balik. Tetapi sejak awal tahun 2016, aku dapat rasakan perubahan pada suami aku (dan aku sendiri). Dia mula dingin and kurang bercakap. Lebih banyak habiskan masa dengan telefon dan kerja di pejabat. Oh lupe nak bagitahu, kami berdua bekerja dalam bidang industri pembinaan tapi jurusan ape biarlah rahsia. Lumrah kehidupan bila setiap hari masing- masing sibuk di pejabat dan balik rumah pun dah lewat malam. Tapi selalunya pukul 7 malam aku dah sampai rumah walhal suamiku pukul 10 malam belum tentu kerjanya dah siap dan aku sebagai isteri amat memahami kerjanya yang sentiasa sibuk.

Disebabkan perubahan sikapnya itu, pada mulanya aku biarkan saja. Tapi lama kelamaan macam makin teruk. Komunikasi antara kami sudah semakin kurang. Aku pulak rasa semakin bosan dengan situasi itu tapi tak pernah terfikir untuk perbaiki keadaan. Bila suamiku ada dirumah terasa macam benci sangat. Nak tengok muka dia pon terasa menyampah. Rumah terasa panas tapi bila suami takde kat rumah jer terasa aman dunia. Hal ini berlarutan sehinga berbulan lamanya. Tapi pada satu hari aku terdetik hati ingin pergi berubat kerana aku rasakan ada yang tak kena pada kami berdua. Bila aku google apa-apa yang berkenaan sihir atau gangguan tiba-tiba aku ter’scroll’ pasal sihir pemisah. Aku dapat rasakan tanda-tanda yang ada pada kami ini lebih kurang seakan terkena sihir pemisah. Kalau korang nak tau tanda-tanda terkena sihir pemisah sila google ye. Tapi aku positif lagi. Bila aku ajak suami untuk berubat, alasannya itu cuma khayalan aku saja. Jangan diikutkan hati sangat katanya. Tapi aku tetap tak puas hati. Aku minta izin suami untuk pergi berubat dengan ustaz di kawasan rumah emakku. Suami izinkan.

USTAZ PERTAMA

Ustaz pertama ni aku jumpa melalui kawan baik aku. Dia pengamal ilmu perubatan alternatif Islam. Aku pun buat temujanji dengan ustaz itu pada waktu malam kerana siangnya aku bekerja. Jadi malam itu setibanya giliran aku untuk berubat, aku pun bagitahulah ustaz itu akan masalah yang aku dan suami alami. Secara terperinci jugakla aku cerita. Selepas habis mendengar cerita aku, ustaz tu pun bagitahu sebenarnya ada orang menghantar sihir kepada aku dan suamiku tetapi sihir itu lebih berat kepada suamiku kerana orang itu telah memberi suamiku makan dan minum tapi pada aku, aku hanya terlangkah ‘benda’ yang ditabur pada laluan aku dan suamiku. Ustaz tu bagitahu lagi yang menghantar itu seorang perempuan dan perempuan itu terdiri dikalangan ahli keluarga suami aku sendiri. Tujuan dia menghantar sihir itu adalah untuk memisahkan kami berdua dan dia memang tak suka kami berkahwin dari awal lagi. Tambahnya lagi gangguan itu dah lama. Lebih dari 3 tahun dan perempuan tu menggunakan khidmat sihir dari bomoh Siam. Habis jer ustaz tu cakap aku teresak menangis kerana tak percaya masih ada lagi manusia yang bertopengkan syaitan dan orang yang buat tu terdiri dikalangan ahli keluarga sendiri. Sedih rasa.

Ustaz itu cuma bagi limau 3 biji, garam kasar dan lada hitam digunakan untuk mandi dan beberapa potong ayat al-quran untuk diamalkan disamping itu perbaiki solat 5 waktu dan selalu beristigfar. Oh ya, ustaz tu jugak suruh aku amalkan solat sunat hajat dan istikharah sekiranya aku ingin tau siapa punya angkara yang kononnya orang itu sendiri akan datang dalam mimpi aku dan bagitahu aku sendiri kenapa dia menyihir aku dan suamiku. Jadi aku amalkanlah apa yang ustaz tu sarankan. Aku masih cuba untuk tidak menuduh sesiapa dikalangan ahli keluarga suami aku yang buat perbuatan terkutuk tu takut aku pulak jatuh syirik. Selepas beberapa kali aku buat solat sunat hajat dan istikharah, masih tiada petunjuk atau mimpikan sesiapa walaupun pada ketika ustaz tu bagitau yang menghantar itu perempuan, terus aku teringat seorang perempuan ni iaitu saudara rapat suami aku yang memang dari awal lagi kurang senang sekiranya kami berkahwin. Tak tahu ape yang dia tak puas hatinya pada aku. Padahal keluarga suami aku terima aku seadanya. Dia pulak yang lebih-lebih. Walaubagaimanapun setelah beberapa minggu selepas perjumpaan dengan ustaz pertama tu aku rasakan tiada perubahan pada kami berdua. Jadi aku nekad untuk berjumpa dengan ustaz yang lain bagi mengukuhkan lagi kata-kata ustaz yang pertama ni.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now