Tragedi Kampung Alor

1.8K 158 13
                                    

“Dua minggu lepas, anak si Timah janda. Minggu lepas, Jabir simpang empat. Semalam, cucu si Isa. Lepas ni siapa pulak!? Kita tak boleh biarkan benda ni berlarutan Ngah!” Pak Kadir ajukan soalan retorik tanpa jawapan tu dari hujung meja kedai Mi Daging Pak Abbas kepada semua yang ada di situ.

Pak Ngah si ketua kampung mengangguk-angguk. Itu sahaja yang respon yang Pak Ngah boleh beri apabila berhadapan dengan lima pasang mata yang merenung menantikan jawapan daripada dia.

“Kau tak payah sebut, Kadir. Aku tahu. Tapi aku nak buat apa? Ajal maut kan di tangan tuhan?”

“Memanglah ajal dan maut di tangan tuhan. Habis tu, kita nak biarkan aja?” Soal Pak Kadir sekali lagi dengan soalan retoriknya yang agak menyinggung perasaan Pak Ngah. Tapi Pak Ngah diamkan saja.

“Inilah perangai Melayu. Memanglah ajal, maut, jodoh, rezeki semua di tangan tuhan. Tapi kita kan boleh selidik? Boleh kaji. Boleh cegah!” Kasim mencelah cepat sebelum ada siapa-siapa memotong cakapnya.

“Yelah. Macam ni. Malam esok kita buat mesyuarat dekat balairaya. Kau Kasim dan kawan-kawan, malam ni buat pengumuman dekat surau. Siapa boleh datang, datang.” Arah Pak Ngah kepada Kasim dan rakan-rakannya.

Kasim mengangguk-angguk tanda faham.

“Pak Ngah tak pergi surau ke malam ni?” Tanya Razak pula.

“Malam ni aku solat dekat rumah jer dengan anak cucu. Esok pagi diorang nak balik KL dah.” Jawab Pak Ngah.

Semua yang ada di meja tu mengangguk-angguk lagi. Selang beberapa minit, Pak Abbas datang membawa beberapa pinggan mi daging untuk dihidangkan kepada pelanggan-pelanggannya tengahari tu. Suasana senyap ketika semua menikmati mi daging Pak Abbas yang sememangnya semakin mendapat tempat di hati penduduk Kampung Alor tu.

“Makin sedap pulak mi daging Pak Abbas ni. Lain macamlah rasa dia.” Ujar Razak pada Kasim yang langsung tidak berpaling kepadanya. Kusyhuk menikmati kuah mi daging yang berbau harum menyelerakan.

Malam esoknya, bermulalah mesyuarat tergempar JKKK Kampung Alor di balairaya. Pak Ngah mulakan mesyuarat dengan ringkasan kejadian-kejadian kematian tiga orang penduduk kampung dalam masa tak sampai sebulan. Memanglah, bukan perkara yang luar biasa kalau beberapa orang mati dalam masa yang singkat dekat dalam kampung tu. Tapi, yang membuatkan kejadian-kejadian ni menggemparkan kampung tu adalah; setiap minggu, seorang-seorang hilang. Usaha mencari mereka langsung tidak berhasil sampailah malam dua hari lepas, mayat ketiga-tiganya ditemui jauh di dalam hutan belakang kampung. Itu pun dijumpai oleh orang-orang asli yang sedang mencari akar kayu. Ketiga-tiganya dibunuh dengan kedua-dua belah kaki mereka dikerat dari atas paras paha. Yang tinggal cuma bahagian pinggang ke atas. Potongannya pula cantik. Macam dipotong oleh pakar bedah pula.

Pak Ngah sambung ucapannya;

“Oleh itu, berdasarkan perbincangan yang dah dibuat, saya sebagai ketua kampung mengumumkan yang kita akan tubuhkan rukun tetangga untuk meronda dan berjaga setiap malam. Kita akan tempatkan pondok-pondok kawalan di beberapa kawasan di sekitar kampung. Masing-masing akan ambil giliran meronda. Kepada sesiapa yang nak daftar jadi sukarelawan, boleh beri nama kepada Kasim. Kita akan mula berkawal malam esok.” Pak Ngah memberi pengumuman sambil kepalanya bergerak dari kiri ke kanan agar dia dapat bertentang mata dengan semua yang berada di dalam balairaya itu.

Malam pertama rondaan dibuat, tak ada apa-apa kejadian pelik yang berlaku. Semuanya berjalan lancar. 16 orang pemuda dapat Kasim kumpulkan sebagai sukarelawan menjaga keselamatan penduduk kampung Alor. Enam buah pondok didirikan di sekitar kawasan kampung. Kasim mengepalai rukun tetangga kampung Alor itu. Apa-apa yang terjadi, semuanya kena lapor kepada Kasim.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now