Cat Hill Village - Part 2

2.4K 136 3
                                    

Seminggu sudah aku demam dek ditegur arwah Wak Siah, sepanjang hidup aku, itu adalah pengalaman pertama yang aku lalui berkenaan perkara-perkara misteri dan pelik tak pernah lagi aku berjumpa hantu, Jin atau sebagainya. Pengalaman berjumpa lembaga yang menyerupai Wak Siah membuatkan aku fikir berulang kali untuk mengambil OT.

"Haisshhh... Kalau tak ambil OT rugi pulak, tapi takut pula aku nak balik lewat-lewat lagi. Buatnya aku kena sergah lagi Hantu Wak Siah naya aku.." fikirku.

"Kamu dah kebah ke Man?! " tanya Pengerusi Majlis Mesyuarat Tingkap Cat Hill Village.

"Dah... " balasku dengan muka acuh tak acuh.

"Ayah dah bagitahu, jangan lewat sangat balik kerja... Tengok apa dah jadi pada kamu.. " Ayahku menjeling sambil di herotkan bibirnya seperti mengejekku.

"Manalah nak tahu Kena kacau... Yah, betul ke Wak Siah ada bela saka? " tanyaku secara berbisik supaya tidak didengari orang.

"Haaaa.... Itu yang ayah nak cerita ni! Memang cerita baik punyaaa, " sambil ayahku tunjuk ibu jari tangan kanannya menandakan bagus.

"Kau tahu Man....... " Ayah memulakan perbualan gosipnya.

Menurut Ayah, Wak Siah dan Wak Jedot ada menuntut ilmu dari seorang bomoh terkenal di Hulu Selangor ketika mereka berdua masih baru berkahwin di tahun 90-an. Tujuan mereka pada mulanya untuk mendapatkan anak kerana sudah berkahwin lebih 5 tahun tetapi masih belum mendapat cahaya mata. Bomoh tersebut ada mengajar ilmu-ilmu yang menyimpang dari agama, dan setiap ilmu itu dikatakan mempunyai khadamnya. Ada upacara tertentu yang perlu mereka lakukan. Salah satunya Wak Siah perlu disetubuhi oleh bomoh tersebut. Dikatakan bomoh tersebut berbuat begitu demi membersihkan tubuh Wak Siah dari kotoran yang melekat. Selepas melalui beberapa upacara, tidak lama kemudian Wak Siah disahkan hamil dan anak tersebut adalah Mirah.

"Astagfirullah..... Kenapalah sampai macam itu sekali?! " mengucap panjang aku bila mendengar gosip yang di sampaikan oleh ayah.

"Jadi Kak Mirah tu bukan anak Wak Jedot?! " tanyaku.

"Hurmmm... Mungkin, tapi itu cerita mulut ke mulut yang di sampaikan... Ada yang cakap ia hasil dari ilmu dan petua yang bomoh tersebut ajarkan. " balas Ayah yang masih berteka-teki.

"Jadi saka tu bagaimana? " soalku yang keliru.

"Saka tu.... Hurmm. Mungkin ada amalan yang dia ambil dari bomoh tu.. Agaknya..." kata Ayahku lagi.

" Owhh.. Begitu...."

"Sudahlah... Ayah nak ke warung Zali kejap, nak dengar gosip terbaru.. " Ayahku bingkas bangun berdiri.

"Ayah tak ke kebun ke? " soalku.

"Hari ini cuti,  smlm hujan lebat. Kebun penuh becak... Malas pula nak pergi hari ini," jawab ayahku sebagai seorang pesawit moden.

"Apa cerita terbaru selain cerita Wak Siah?" tanyaku yang mahu tahu perkembangan kampung.

"Hurmmm.... Biasa lah kalau cerita hangat selain Arwah Wak Siah,  cerita pasal subsidi baja lah.. Apa lagi... " balas Ayah.

"Hurrmmm... Itu je?!"

"Itu jela... Nantilah ayah pergi lepak dulu dekat warung,  kalau ada cerita panas nanti ayah kongsi sama kamu, " ayahku memberi jaminan.

Ayahku berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan termanggu di dalam bilik, aku merenung ke luar jendela berfikir mengenai Mirah. Aku tahu dan sedar,  selepas kejadian aku terserempak arwah Wak Siah dan cerita-cerita yang kurang enak pula yang keluar selepas itu. Pasti, akan ada tuduhan-tuduhan liar yang akan dilemparkan ke arah Mirah dan Wak Jedot.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now