Sampan Kertas

1.9K 133 7
                                    

*#KucingKelabu: Sampan Kertas*

Mariam termenung di tingkap rumahnya mengenangkan kembali peristiwa yang terjadi suatu masa dulu. Dia masih ingat masa kecil dulu dia, Jannah, Faiz, Haikal dan Fiza sering kali bermain sampan kertas di tali air di kampungnya. Kenangan yang menyeronokkan itu membuatkan Mariam sekali sekala tersenyum sendiri. Namun dalam keseronokan itu, di tali air itu jugalah berlakunya peristiwa yang tidak dapat dia lupakan. Peristiwa yang menyebabkan sahabat baiknya itu pergi buat selama-lamanya. Serta merta air matanya mengalir membasahi pipi.

“Sayang… buat apa termenung dekat tingkap tu. Dah nak Maghrib ni. Tutup tingkap tu. Tak elok biar tingkap terbuka waktu senja macam ni.” Sapaan Haikal yang telahpun menjadi suami Mariam mengejutkannya dari lamunan. Lantas jari jemari Mariam menyapu sisa air mata yang masih berbekas di pipinya itu.

“Eh… Abang. Tak ada apalah. Saja nak ambik angin luar sekejap.” Ina menyembunyikan tangisannya sebentar tadi.

Daun tingkap yang terbuka luas itu dicapai. Saat Mariam menarik daun tingkap tersebut, matanya terpandang satu sosok tubuh berdiri memandangnya dari jauh. Walaupun jauh, Mariam mampu melihat dengan jelas wajah orang itu. Lantas dia kaku dan nafasnya seakan terhenti seketika. Terkejut dengan apa yang dia baru sahaja lihat. Nyata sekali sosok tubuh itu cukup dikenalinya. Ya… itu adalah Jannah. Sahabat baiknya dahulu.

“Macam mana Jannah boleh ada kat sini?” Gumam Mariam sendirian.

“Tapi… Jannah kan dah…”

“Yang! buat apa lagi tu? Tutup tingkap tu.” Teguran Haikal membuatkan Mariam tersedar.

“Ya bang… Sekejap.” Tanpa berfikir Panjang Mariam terus menutup tingkap itu.

Tingkap rumah Mariam adalah jenis tingkap cermin gelap. Jadi dia masih boleh melihat jika ada sesuatu di sebalik tingkap. Mariam mengecilkan anak matanya untuk melihat kembali adakah betul apa yang dilihatnya tadi namun kelibat Jannah sudah tidak kelihatan lagi.

Jannah memiliki sifat lemah lembut dan mudah merajuk. Namun rupa paras yang cantik dan berkulit putih membuatkan Haikal sudah menaruh minat padanya. Mariam dan Fiza juga tidak kurang comelnya, tapi Jannah jauh mendahului mereka. Bila menganjak dewasa, hubungan mereka masih lagi rapat. Perubahan dari segi fizikal menjadikan Faiz seorang yang berbadan tegap dan segak. Manakala Haikal pula sedikit gempal. Namun dari segi wajah Haikal kelihatan lagi kacak. Mungkin disebabkan fizikalnya lebih besar membuatkan 3 dara ini lebih memilih Faiz.

Mengimbau kembali kenangan zaman kecil dulu, 5 sekawan ini sangat rapat. Selalu bermain bersama. Masak-masak, teng-teng, baling selipar, konda kondi dan juga laga biji getah sudah menjadi mainan harian mereka. Jika hari hujan dan arus tali air mengalir laju, mereka akan membuat sampan kertas sebanyak mungkin dan lepaskan di tali air. Berlumba siapa yang lebih laju.

Hari tragedi iaitu pada cuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri, 5 sekawan ini merancang untuk mandi di tali air yang sama tempat mereka selalu bermain sampan kertas dulu ketika mereka berkumpul dirumah Fiza.

“Korang, esok apa kata kita mandi sungai nak?” Haikal melontarkan idea.

“Sungai? Tali air je la. Dekat sikit” Balas Fiza

“Tali air sekarang dah tak macam dulu la. Air dah nampak kotor. Tapi kat sungai depan sana tu ok. Tak jauh pun dari tali air tu.” Haikal mempertahankan ideanya. Benar, tali air yang dulu airnya jernih sekarang sudahpun berkeladak dan berlumpur.

“Boleh jugak. Nanti bawak kertas banyak-banyak, kita lumba sampan kertas. Macam dulu-dulu tu.” Balas Mariam di ikuti gelak tawa antara mereka.

“Iz, kau macam mana? On ke tak on?” Faiz yang sedang asyik menatap wajah Jannah dihadapannya tidak menyedari apa yang disuarakan oleh Haikal.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now