Cat Hill Village - Part 2

Start from the beginning
                                    

"Apalah nasib Kak Mirah nanti... Haishh, " keluhku apabila memikirkannya.

"Man!  Man! " jerit Emakku dari dapur.

"Ye Mak! "

"Mari sini makan,  nasi dah siap... "

Aku lihat jam di dinding sudah pukul 12.00 tengahari, nampaknya awal emakku sediakan makan tengahari.  Kebiasaannya selepas zohor baru siap masak.

"Kejap Mak! Man datang.. "

Aku segera ke dapur, aku lihat hidangan sudah tersedia di atas meja.  Hidangan ringkas sardin bersama ikan kering membangkitkan nafsu makan ku.

"Dah elok ke demam tu? " tanya emak.

"Dah rasanya... "balasku sambil tangan mencedok nasi di dalam mangkuk.

"Haa baguslah.. Esok boleh masuk kerja kan? "

"Boleh, Man mana boleh tak kerja, badan jadi penat kalau tak buat apa-apa kat rumah ini, mana ada kerja yang nak buat kat rumah ini. " balasku.

"Kamu jangan nak nipu lah! Memang kamu tu kalau duduk rumah memang pemalas,  bukan nak tolong bersih-bersih rumah ke... Tak ada kerja konon... " perli emakku.

"Hehehe.... "Aku tersengih apabila emakku memberi buah pukulan terus menusuk ke dalam hati.

"Haa...tu jela kamu tahu... Tersengih-sengih macam kerang, " kata Makku dalam nada tidak berpuas hati dengan tindak balasku.

Aku segera habiskan nasi yang berada di dalam pinggan, aku tak mahu tunggu lama-lama. Takut melarat pulak bebelan emakku. Selepas habis aku melantak nasi di pinggan terus aku pergi ke singki untuk mencuci tangan dan berlalu pergi.

"Haa.. Nak kemana pulak tu?! " tanya Mak aku.

"Keluar kejap, pergi kedai... "

"Haa bagus kalau kamu nak pergi kedai... Beli sekali Asam Jawa dengan sabun basuh pinggan, nak harap ayah kamu tu,  kalau pergi melepak memang tak terbeli la apa yang mak minta, " bebel makku lagi.

Aku mendengar saja bebelan makku,  lalu aku bergegas ke motor terus keluar dari kawasan rumah menuju ke kedai. Dalam perjalanan ke kedai aku perlu lalui warung Wak Jedot,  sampai di hadapan warung,  aku lihat warungnya bertutup lagi. Sesekali terasa seram pula bila mengimbas kembali berjumpa dengan arwah Wak Siah.

"Siot betul... Boleh pula jumpa masa tu.. " aku merungut sendirian sambil
Teringat akan wajah Wak Siah.

Sampai di kedai runcit,  terus aku capai pesanan emakku di dalam kedai dan terus ke kaunter untuk membuat bayaran. Di kaunter ada seorang gadis yang menjaganya, dia adalah anak tuan kedai yang bernama Safiah. Safiah baru berusia 18 tahun, sedang menunggu keputusan untuk masuk ke IPTA.

"Hai Piah... Ada dapat tawaran belajar kat mana-mana ke? " tanyaku.

"Belum bang Man, kalau ada pun dari Kolej Swasta. Tak naklah... " tutur Sufiah sambil dibungkuskan Asam Jawa dan Sabun basuh pinggan ke dalam plastik.

"Ooo lambat lagi la tu... Nanti dapatlah, " balasku lembut.

"Hurmm... Yela,  insyaallah. Bang! Nak tanya ni.. " soal Sufiah.

"Tanya apa? " soalku kembali

"Betul ke abang Man jumpa arwah Wak Siah?! " Sufiah melemparkan soalan panas kepadaku.

"Errmmm.... Ermmmm.... Abang tak berani nak cakap, takut fitnah... Tapi apa yang abang jumpa,  itulah rupanya... Sebijik dengan arwah,  siap abang berborak lagi... " Jawabku berhati-hati.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now