𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 1

1.2K 52 2
                                    


Dengan enjin kereta Lamborghini putih yang berderum kuat itu, kedengaran bunyi muzik hip-hop yang kuat.

Syed Qairul Noah tidak menghiraukan bunyi itu lantas menutup pintu kereta BMW hitamnya. Noah tahu tak guna dia nak kisahkan perihal adiknya itu.

"Woi, itu tempat aku parking, kau park tempat lain!" jerit Qairil dari dalam kereta Lambo nya. Noah tetap tidak berganjak dari tempatnya berdiri tadi.

"Aku sampai dulu, ni tempat aku. Kau, boleh pegi mampus." ujar Noah mendatar. Tak kuasa nak layan perangai setan Qairil ni.

"Heh, aku pegi mampus? Silap hari bulan, hancur kereta kau aku kerjakan." ugut Qairil, keningnya terangkat sebelah, mencabar Noah.

Noah tak mempedulikan kata-kata Qairil dan terus melangkah pergi. Qairil senyum sinis.

***

"Yo gais, lama tak lepak." sapa Qairil lalu high-five rakan-rakannya kecuali Aisyah yang sibuk membaca buku.

"Kau ah, sibuk nak mati." ujar Faid. Qairil hanta tersenyum lebar sahaja.

"Aisyah, kau tak nak ke dating dengan aku balik? Macam dulu-dulu." tanya Iyad. Serentak itu, Qairil memandang Iyad seperti hampir menamparnya.

Aisyah rolls eyes. Ye, dia dan Iyad pernah bercinta beberapa bulan selepas Emperiors ditubuhkan. Pastu break. Biru jugak mata Iyad kena tumbuk Qairil dan Harith. Biasalah, Aisyah semacam adik mereka. Si Iyad pulak sukati je nak mainkan hati dia.

"Kalau nak mata biru, bibir lebam, silakan." ujar Harith ringkas. Dalam keenam-enam member lelaki itu, Harithlah yang sangat menjaga keselamatan Aisyah. Serupa seorang abang kandung. Yelah, arwah abang Aisyah dulu kawan baik Harith.

Arwah Fathull Aisy merupakan rakan rapat Harith semasa di sekolah menengah sehinggalah dia meninggal eksiden.

"Yelah, yelah." balas Iyad lalu menguap.

"Jom gi kelas." ajak Aisyah lalu bangun dari kerusinya. Keenam-enam lelaki yang lain tidak menghiraukannya langsung. Tidak berminat. Aisyah mengeluh.

Memang susah, tapi Aisyah sayangkan mereka semua. Mereka serupa abangnya. Aisyah tahu, ramai wanita di kampus mahukan kedudukannya. Yelah, dikelilingi lelaki kacak dan kaya, berstatus tinggi pula semuanya. Siapalah tak nak kan?

"Kalau korang semua tak bangun in three seconds, I will scream." ugut Aisyah. Masih, mereka tidak mempedulikannya.

"Okey, you guys yang mintak ye." ujar Aisyah buat kali terakhir lalu mila menjerit kuat.

"GO TO THE CLASS, NOWWWWWWWW!" jeritnya menggunakan loudspeaker kecil yang sering dia gunakan untuk prank.

Apatah lagi, kesemua lelaki itu memecut lari kerana bingit telinga. Aisyah ketawa terbahak-bahak lalu mengikuti larian mereka.

"Fools." ujar Noah berdekatan yang juga bingit telinganya kerana jeritan Aisyah.

Langkah Aisyah terus terhenti. Aisyah berjalan ke arah Noah yang sibuk membelek bukunya. Meskipun dari jauh, perkataan itu jelas terngiang-ngiang di benak fikirannya.

Fools.

"Excuse me, who are you referring to?" tanya Aisyah dengan nada mendatar.

"You and your idiotic friends." jawab Noah dengan nada yang impossibly lebih mendatar dari nada Aisyah. Aisyah tersentak.

"Why is that?" tanya Aisyah, tidak puas hati. Noah senyum sinis lalu menggalas begnya.

"Tepuk dada, tanya selera. Kau dengan diorang tu, takde beza dengan sampah." ujar Noah lalu berlalu pergi. Aisyah terdiam, rasa marah mula membukit.

Aisyah memandang Noah dengan tajam dan bibir yang mencebik. Noah tersenyum sinis, dan meneruskan langkahnya dengan pantas selepas sahaja mulut Aisyah terbuka untuk membalas kata-kata Noah.

"Memang patut Qairil bencikan kau." bisik Aisyah sendirian lalu menggeleng kepalanya dan mula berjalan ke arah laluan Emperiors tadi.

"Woi lambatnya kau, kau gi mana?" tanya Harith selepas Aisyah menemui mereka di tangga.

"Adalah hal sikit tadi. Korang ni nape tak masuk kelas memasing ni?" tanya Aisyah.

"Kelas aku dengan Harith cancel. Kalau diorang aku tak taulah." jawab Iyad sambil menunjuk Faid, Qairil, Darius dan Haq.

Faid dan Darius saling berpandangan. Haq pula mula menjengket naik ke atas tangga perlahan-lahan. Qairil pula menguap dan menggeleng kepala.

"Aku rancang nak buat prank dekat Prof. Kamil lah harini." ujar Qairil tiba-tiba. Mata kesemua lelaki yang lain bersinar, berminat dengan kenyataan itu. Aisyah mengangkat keningnya.

Ah, sudah, nampak gayanya escape kelas lagi lah harini.

"Okey.. camni.." mula Qairil.

Kesemua yang lain mengerumuninya dan memberi Aisyah ruang yang besar, masih menjaga pergaulan.

***

"Haq, kau cover aku." ujar Darius lalu merangkak perlahan-lahan ke arah kereta Prof. Kamil. Haq menunjukkan signal 'thumbs up.'

"Qhai, kau gi panggil Prof. Kitorang dah ready." kata Haq pula. Aisyah sudah hampir terbaring kerana asyik ketawa mengenangkan prank mereka. Qairil pula sudah tidak sabar-sabar lagi.

Selepas Qairil pergi, kelihatan Prof. Kamil  berlari pantas ke arah keretanya. Maka, Darius terus memblock kereta Prof. malang tersebut selepas sahaja dia memasuki keretanya. Aisyah sudah menggeletar kerana ketawa.

Rancangan berjaya! Prof. mereka sudah terhalang dan tak dapat keluar untuk 'menahan pelajar merokok' yang dilapor oleh Qairil tadi.

Darius pula terus berlari keluar dari kereta selepas mengunci sebelum sempat Prof. Kamil keluar dari kereta. Apatah lagi Professor itu, mengamuk sakan!

Faid, Iyad, Qairil, Darius, Harith, Haq dan Aisyah terus ketawa memerhati gelagat dan sumpah seranah pensyarah mereka itu. Akhirnya Prof. Kamil berputus asa dan berjalan pergi.

Ketujuh-tujuh prankster itu kelihatan bangga dan saling memuji satu sama lain.

"Mission completed. Good job, Emperiors." kata Qairil dengan senyuman lebar.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now