𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 12

596 42 0
                                    


"Thank you for the tour. I enjoyed it." ujar Aisyah lalu menguntumkan senyuman buat Noah. Noah mengangguk lalu membalas senyuman tersebut.

"Most welcome. I can see your enthusiasm from the very start." balas Noah pula lalu membuka pintu kereta. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Sejam jugak tour rumah agam keluarga Syed.

"Yup. I love art. It's my thing." ujar Aisyah pula lalu berhenti di hadapan kereta itu. Porsche merah itu berkilat, cantik dan kelihatan baharu. Tak sangka sebab kes kereta ni, Aisyah dapat berdiri bersebelahan Noah tanpa bergaduh. Sebab kes ni, Aisyah ada misi yang sangat penting.

Melihatkan Aisyah yang teragak-agak ingin memasuki keretanya, Noah kehairanan. "Masuklah. Nak tour rumah round 2 ke?" tanya Noah dengan nada mengusik.

"Eh takdelah. Saya cuma tengok kereta ni teringat kenangan lama." jawab Aisyah tanpa berfikir panjang.

"Oh." jawab Noah ringkas. Kejadian hari itu menerpa ke mindanya.

"Saya minta maaf ye. Bagi pihak mereka, dan saya." ujar Aisyah. Kepalanya tunduk, malu. Noah dan banyak menolongnya sebelum, tapi apa yang dia balas? Dia boleh pergi prank si Noah dengan kereta kesayangan dia pulak.

Noah senyum pendek.

"Yang dah lepas, biarlah lepas. Kau, aku maafkan. Diorang, entah. Aku perlu masa lagi." jawab Noah jujur.

Almaklumlah, semester baru tinggal seminggu lagi nak start. Lama dah dia tak bersua dengan adiknya dan gengnya tu. Noah memang tak suka diorang. Benci dan sangat bencikan mereka.

"Noah.. maafkan diorang?" pinta Aisyah lembut.

Noah memandang Aisyah lama. Tangannya mengusap lembut bumbung kereta itu. Meskipun matanya memandang Aisyah, fikirannya sibuk berfikir.

"Kenapa eh, kau kisahkan sangat diorang tu? Diorang dan kau bukannya ada apa-apa lagi pun kan?" tanya Noah setelah berfikir lama. Dia memasuki kereta itu, kemudian disusuli Aisyah.

"Yes, Emperiors dan saya tak putus hubungan semuanya. Tapi mereka pernah jaga saya, mereka pernah sayangkan saya. Mereka tak pernah henti-henti dahulukan saya. Noah, mereka pernah jadi abang saya. Beberapa tahun lepas, saya hilang seorang abang. Kemudian, Tuhan hantar 6 orang penggantinya, pengganti Aisy." cerita Aisyah panjang lebar.

"So.. kau masih nak dengan diorang la?" tanya Noah lagi.

"Semua tu dah berakhir, Noah. Tapi saya takkan pernah lupa semua kebaikan mereka kat saya. Walaupun mereka tak sempurna, dan mereka jahat di pandangan sebilangan orang, tapi merekalah abang saya, pada masa saya sangat perlukan abang. And I'm very thankful for that." sambung Aisyah lagi.

Kereta Noah memecut laju meninggalkan perkarangan rumah agam itu. Noah masih berdiam diri selepas beberapa minit. Aisyah pula hanya menunggu balasan Noah dengan sabar.

"Aku maafkan diorang, atas semua kesilapan diorang sebelum, sekarang dan selepas ni." kata Noah memecah kesunyian. Aisyah terus menoleh ke arah Noah dengan wajah segembira seorang kanak-kanak.

"REALLY?" tanya Aisyah dengan teruja. Noah tersenyum dan mengangkat keningnya.

"I guess." jawab Noah.

"What do you mean by selepas?" tanya Aisyah.

"Yelah, diorang tetap ada plan dan prank untuk aku pasni. Tapi, aku akan maafkan diorang untuk yang belum tapi bakal berlaku tu." jawab Noah ringkas.

"WOWWWW FOR REAL LAH NI?" tanya Aisyah sekali lagi, nadanya kuat, hampir kepada jeritan dan sorakan.

"Haah." jawab Noah ringkas. Mukanya tidak memandang Aisyah namun Noah pasti Aisyah tersenyum lebar dan matanya bersinar terang penuh ceria.

Sebab tulah Noah tak toleh.

Dia takut, dia takut terjatuh dengan dalam ke tempat yang dia tak pernah pergi.

"Thank you so muchhhh!" kata Aisyah lagi.

"Ye ye ye dah ah. Nanti aku kejut kau. Kau tido ah dulu. Bising!" rungut Noah pula. Aisyah ketawa kecil kemudian menyandarkan kepalanya. Perlahan-lahan suara wanita itu pudar. Matanya tertutup.

Selepas beberapa minit, Noah memandang wajah Aisyah. Tenang, diam dan senyap. Tanpa sedar, Noah tersenyum sendirian. Ye, memang takde ragu lagi, Aisyah memang wanita yang cantik.

Tapi, kepala Noah asyik berbalik kembali ke kata-kata Aisyah tadi. Semua alasan, semua penerangan dan ceritanya. Semuanya ada makna, ada sesuatu yang membuatkan ceritanya menarik.

Semua cerita Aisyah berunsurkan kasih, sayang dan cinta. Tapi, kenapa Emperiors tu nak buang dia? Apa masalah yang mampu gadis ini lakukan sampaikan abang-abangnya itu membuang dia dari kumpulan?

Meskipun hairan, Noah mengetepikan semua pandangan dan buah fikiran negatif yang muncul dalam benak fikirannya. Kini, dia mula mempercayai kata-kata gadis ini. Perlahan-lahan, tembok bata yang dia bina dalam jiwa dan hatinya mula runtuh, rapuh dan punah.

Semuanya sebab gadis ini.

Entah apa, entah kenapa, Noah rasa seperti ingin melindunginya, ingin menjaga dan selalu berada di sisi Aisyah. Dia dapat rasa satu tanggungjawab yang dia mesti pikul melibatkan Aisyah.

Dengan itu, Noah mengeluh perlahan.

"How and why can I get attached to this woman? Why are you so special, huh? You want to know why I forgive your-so-called brothers? It's because of you, Aisyah." bisik Noah perlahan. Matanya memandang wajah Aisyah yang tenang dalam tidur.

"Tolonglah Noah, janganlah jatuh cinta. Tolong, tolong." bisik Noah kepada dirinya sendiri.


The Syed's TwinWhere stories live. Discover now