𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 21

550 41 0
                                    


"Amboi, cepatnya habis makan." ujar Noah melihatkan Aisyah yang seperti tak berselera sahaja makan. Selalunya, belum apa-apa dah sambung order baru.

"Tak lapar tiba-tiba." jawab Aisyah sambil bermain dengan telefonnya. Noah dapat kesan sesuatu yang tidak kena tapi gusar untuk bertanya. Ya, Noah tahu Aisyah sorokkan banyak benda daripadanya. Yelah, nampak sangat dari muka Aisyah.

"Ingat tak tadi saya kata nak cakap dengan awak tentang sesuatu. So, awak ready dah ke?" tanya Noah. Aisyah menganggukkan kepalanya.

"Bukannya saya nak ungkit kisah lepas, tapi saya nak tahu dan mungkin saya boleh tolong. Aisyah, saya tahu awak baik, hati awak ikhlas. Tapi, kenapa beberapa bulan lepas awak kena buang dari Emperiors? Kenapa setiap kali kita jumpa mereka, awak gementar semacam? Terutama semenjak dua menjak ni? Awak ada hutang ke sayang?" tanya Noah lembut. Dia tidak mahu menyakiti Aisyah.

"Bila saya sedia, saya ceritakan. Dan ya, betul. Saya berhutang. Tapi bukan duit. Itu, saya akan cerita bila tiba masanya." jawab Aisyah mendatar. Jelas sekali Aisyah sudah menjangka soalan itu.

"Saya akan tunggu awak bersedia, Aisyah. Tapi saya harap, awak jangan sorok masalah dari saya. Saya boleh tolong. Saya usahakan." pujuk Noah.

"Baik, Noah. Jangan risau." balas Aisyah lalu sambung termenung.

Entah apalah reaksi Noah kalau dia tahu yang wanita di hadapannya itu penipu besar. Pengorek rahsia gelap, wanita yang hajatnya untuk meruntuhkan dan memunahkan segala harapan dalam hidup Syed Qairul Noah. Namun, Aisyah terlalu cintakan Noah untuk meneruskan misinya.

Tambahan lagi, dia belum dapat apa-apa rahsia yang mampu meruntuhkan Noah. Tapi, Emperiors dah tahu yang dia dan Noah kini lebih dari sekadar kawan. Itu dah tentu melanggar perjanjian dia dan Qhai.

Aisyah mengeluh panjang. Entah apalah plan Qhai selepas ini. Aisyah memandang Noah yang sibuk makan.

Dia belum sedia untuk jujur pada Noah. Aisyah tidak mahu kehilangan Noah. Aisyah tahu sebaik sahaja Noah tahu tentang tujuan sebenar Aisyah berkawan dengannya beberapa bulan lepas, dia akan dibenci, dicaci dan tidak dipercayai lagi oleh Syed Qairul Noah.

Mungkin, tidak dicintai lagi.

Kali ini Aisyah sudah tidak mampu menahan diri dan pertanyaan yang menjerit di hati.

"Noah, katakanlah saya sembunyikan sesuatu dari awak. Sesuatu yang terlalu berat awak terima, dan mungkin kesalahan terbesar yang awak takkan dapat maafkan. Awak akan tetap sayang saya ke?" tanya Aisyah.

Noah terpaku dan kemudian mengeluh.

"Bergantunglah pada betapa berat kesalahan tu. Saya cuma nak awak, Fayyana Aisyah. Saya tak kisah salah awak, selagi awak masih sama, selagi tu saya cintakan awak sepenuh hati." jawab Noah.

Aisyah senyum kelat.

"Tapi, andai kata saya marah dan tinggalkan awak. Janji, awak takkan mengalah untuk buat saya kembali pada awak. Janji, Aisyah. Pujuklah saya." tambah Noah di akhir perkataannya.

"Sayang, saya janji." kata Aisyah.

***

"Tak guna, TAK GUNA TAK GUNA! PATUTLAH SATU DEBU PUN DIA TAK REPORT DENGAN KITA. DIA DAH KEMARUK DENGAN JANTAN BUSUK TU!" ujar Qhai. Dia menyepak meja tempat mereka berkumpul.

"Qhai, kau nak kutuk abang kau, silakan. Kau palit lumpur sikit kat nama adik aku, aku bantai kau." ugut Harith.

"Habis tu, tak ke dia yang kemaruk kat laki tu HAH?" tanya Qhai kepada Harith pula.

"Mungkin laki tu yang syok kat dia. Dia tak balas pun perkataan sayang laki tu tadi. Kita mana tahu!" balas Harith pula. Qhai menggeleng kepalanya. Mana tak dia panas, orang yang dia percaya dan harapkan, dah jauh terpesong dari misi sebenar.

"Sampai hati Aisyah buat kita macam ni?" tambah Darius pula. Faid memicit kepalanya. Semua mereka kecewa. Hanya Harith sahaja menaruh harapan yang Aisyah dan Noah kawan. Entah kenapa, mungkin harapan itu mustahil.

"Agaknya, perlu ke kita terima dia dalam Emperiors semula?" tanya Iyad pula.

"Kita jumpa mereka berdua esok, aku halang diorang dari cau pastu, kita cakap elok-elok. Manalah tahu kalau Aisyah berlakon ke apa ke." pinta Harith pula.

"Aku setuju." ujar Haq yang masih percaya pada Aisyah.

"Ok, boleh. Tapi kalau mereka berdua bercinta, dan Aisyah tak nak teruskan misi tu, sahlah yang Aisyah dibuang dari Emperiors. Dia tak layak lagi untuk wujud dalam group kita. Aku akan bagi kau peluang Harith, untuk adik kau. Tapi kalau betul dia berpaling tadah dan pilih jantan tu, aku nak tengok apa reaksi si Noah kalau dia tahu tujuan Aisyah yang sebenar. Pastu, kita tengok, Aisyah akan pergi ke laluan yang mana." terang Qhai dengan sinis.

"Kalau dia pilih Noah walaupun Noah dah tahu keadaan sebenar, dia bodoh. Kalau dia pilih kita, hancurlah hidup si Noah yang dah angau tu. Senang. Sama ada kita dan Aisyah untung, atau Aisyah rugi. Tak susah untuk pilih, kan?" sindir Iyad pula.

"Aisyah bijak. Dia akan pilih kita, sebab aku, kau, kita. Kita Emperiors. Kita abang Aisyah. Dia adik kita." ujar Harith kepada member yang lain yang seperti sudah hilang kepercayaan pada Aisyah.

"Andai dia pilih si pembunuh tu, dia bukan adik aku. Dia kecewakan aku." ujar Qhai lalu berlalu pergi dengan senyap. Harith terdiam.

"Aku, akan ikut ketua kita. Kalau Qhai kata tak, maka taklah. Kalau Qhai bencikan dia, Emperiors akan bencikan dia. Faham konsep tu, Rith." tambah Iyad pula lalu mengikut arah Qhai pergi.

Akhirnya, Darius dan Faid juga berlalu pergi kemudiannya meninggalkan hanya Haq dan Harith di situ.

"Jangan risau Rith, aku percayakan Aisyah. Harapnya, dia berpihak pada kita." ujar Haq pula lalu menepuk bahu Harith. Harith senyum.

"Harap." balas Harith pendek.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now