𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 14

568 42 1
                                    


"Lama tunggu?" tanya Noah yang menyapa Aisyah.

"Tak la jugak. Jom, kita masuk lab dulu. Saya peninglah." ujar Aisyah lembut.

Noah mengangguk namun berhenti di tengah jalan. Aisyah mengangkat kening. "Lemme get you coffee. What kind?" tanya Noah.

Aisyah senyum. "Black coffee, no sugar. Milk only." jawab Aisyah. Noah lantas mengangguk dan berlari ke arah kafe berdekatan.

Aisyah melangkah masuk ke perpustakaan. Aisyah memang suka duduk temoat sunyi, tenang dan diam je rasa. Aman. Jadi, dia pilih tempat duduk paling dalam dan sunyi among others.

Aisyah mengambil beberapa buku dan mengumpulkannya di meja. Kemudian, dia membaca sambil menunggu Noah. Makin lama, Aisyah makin hairan dan mukanya berkerut seribu. Takkanlah beli coffee sampai 40 minit kot?

Ni beli kopi ke tanam benih kopi ni? Tak lama selepas itu, Noah sampai dengan muka 90% annoyed. Aisyah hairan dan bertanya mengapa.

"Kaulah! Kau pergi duduk punyalah dalam gila sampai aku lama carik kau, tahu tak? Aku macam main pagar sesat pun ada. Ada sorang minah ni ingat aku nak mengurat dia lak sebab aku asyik TERpergi meja dia. Geram aku. Perasan punya minah." luah Noah yang kegeraman.

Aisyah ketawa kecil.

"Awak ni macam tak kenal saya pulak." ujar Aisyah.

"Sebab aku tak kenal kau lah aku ronda satu perpustakaan ni tau tak? Dahlah tak dibenarkan bawak air. Aku sorok dia nampak. Last-last aku siap merayu lagi sebab haus sangat la kiranya." cerita Noah lagi.

"Amboi alasan awak." ujar Aisyah lagi.

"Aku dah pergi dah area sini tadi, tapi sebab buku kau bertimbun camtu, siapalah nak nampak!" bebel Noah lagi.

"Kuatnya bebel awak ni. Mana air?" tanya Aisyah yang mula bosan dibebel oleh Noah yang nampaknya mustahil untuk berhenti bercakap itu. Noah roll eyes kemudian mencapai beg kirinya dan menghulurkan sebekas air dengan tulisan.

Tertulis 'Yana' di situ. Aisyah tersentak dan lantas memandang Noah. Noah mengeluh kecil dan duduk di hadapan Aisyah.

"Why?" tanya Aisyah mendatar.

"Aku tahu arwah Aisy panggil kau camtu. Aku cuma nak kau ingat dia dan senyum, bukannya asyik menangis. Aisy tentu tak suka." jujur Noah dengan lembut.

Hati Aisyah dicuit sedikit rasanya. Amboi, lagak baik pulak Noah ni.

"Awak nak tahu? Saya benci gila black coffee dengan milk." celah Aisyah setelah berdiam diri. Noah mengangkat kepala dan memandang Aisyah kehairanan. Dah benci watpe order ye dak? Nak kata bongok, bijak je rupa si Aisyah ni. Hmm.

"Bang long, arwah Aisy. Dia suka gila-gila coffee ni. Sampaikan satu hari tu, dia sengaja tukarkan air vanilla latte saya dengan air ni. Pastu dia paksa saya minum cepat-cepat. Challenge katanya. Dahlah saya belum tahu minuman saya kena tukar." cerita Aisyah lalu tersenyum mengingatkan kenangan itu.

Noah senyum.

"Tapi itulah Aisy, itulah abang saya. Emperiors ditubuhkan sebab dia, untuk memperingati semua prank yang dia dah buat kat kami. Aisy, dialah pengasas sebenar Emperiors. Sebab tulah, Emperiors means hella lot to me." luah Aisyah lagi.

"Okey, saya faham. Saya cuma nak awak stop think negative and start to recall all your good memories with arwah Aisy." kata Noah lembut.

"Awak tahu tak? Abang saya selalu bagitahu saya yang kalau lelaki nak date saya, lelaki tu mesti pass minum black coffee and milk. Kalau tak, automatic reject. Dia yang reject tau, bukan saya!" kata Aisyah lalu ketawa kecil. Noah kuga ketawa.

"Kalau camtu, saya perlu tahu minum black coffee dengan milk lah ye?" tanya Noah tiba-tiba.

Aisyah melihat Noah dengan tidak percaya dan senyuman sinis.

"Awak ni dah kenapa?" tanya Aisyah.

"Gurau jelah. Amboi garang!" usik Noah.

Aisyah ketawa.

"Aisyah, aku harap kau janganlah selalu sangat nangis. InshaAllah Aisy okey je. Kita doakan yang terbaik untuk dia. Kita yang masih hidup ni, janganlah risaukan yang dah pergi, risaulah pada diri sendiri. Pahala, amal dan doa kita. Itu penting." terang Noah.

"Setuju setuju setuju." jawab Aisyah.

"Eh kau ni serupa Upin Ipin dah aku dengar. Kau ni kaki katun jugak ea." usik Noah lagi.

"Heii! Macamlah dia kecik-kecik dulu tak pernah tengok katun. Penipu." ujar Aisyah pula.

"Aku kecik-kecik dah tengok filem tau. Apa class katun ni." sindir Noah.

Kemudian, Noah dan Aisyah saling berpandangan, kemudian pecah tawa.

APA CLASS DIA KATA?

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now