𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 26

546 40 0
                                    


"Wei Aisyah, tunggulah aku, kau ni kan." jerit Nass dari dapur. Aisyah menepuk dahi. Boleh pulak dia terlupa yang dia sekarang dah ada housemate. Aiya.

"Sorry, Nass. Aku lupalah." ujar Aisyah. Nass rolls eyes dan ketawa kecil.

"Yelah tu. Eh jom teman aku breakfast dulu. Ada benda aku nak ceritalah." ajak Nass. Aisyah mengangkat kening. Si Nass ni jarang nak bercerita, yelah dia tak gemar apa-apa sangat yang melibatkan sosial.

"Sejak bila kau suka bercerita ni?" tanya Aisyah mengusik. Nass rolls eyes.

"Ish adalah. Jom jom aku belanja." kata Nass. Senyuman Aisyah terus melebar dan ketawa riangnya jelas kedengaran. Nass nenggeleng kepala.

Haih, macam bebudak pun ada.

***

Aisyah menghirup air Teh O nya dengan puas hati. Nass pula sibuk bermain dengan straw airnya. Aisyah mencuit tangan Nass lembut.

"Cakaplah, aku fokus ni." ujar Aisyah.

Nass mengerutkan dahinya lalu mengeluh panjang sepanjang-panjangnya.

"Ada sorang mamat ni, dia asyik mintak nombor telefon aku. Dia sama course dengan aku. Entah tetibe dia macam tu kat aku. Nak kata dia sukakan aku, aku nampak berlambak je perempuan-perempuan yang dia pernah date selama ni. Aku malas lah nak layan benda macam ni Syah. Apa aku nak buat?" tanya Nass diakhiri dengan keluhan lagi.

"Handsome ke?" tanya Aisyah mengusik.

Nass rolls eyes.

"Kepala otak kau hensem. Acah hensem adalah. Biasa-biasa je pun." jawab Nass dengan muka yang jijik. Jelas sekali Nass tak suka mamat ni.

"Siapa nama dia?" tanya Aisyah mengorek maklumat. Alah, manalah tahu orang yang dia kenal ke.

"Entah. Malas aku nak ambik tahu. Eh, aku tanya kau kan tadi apa aku nak buat kau belum jawab gi ni!" kata Nass pula. Aisyah kelihatan berfikir sebentar.

"Nass, kalau betul kau tak suka dia dan dia tak nampak macam lelaki yang baik, kau tolaklah sopan. Biar takde dendam dan santai je antara korang." jawab Aisyah teliti.

"Aku dah banyak kali reject dia. Mula-mula tu punyalah sopan aku reject, makin lama aku dah makin naik hantu dah dengan perangai mamat tu. Hish! Menyemak betul." balas Nass.

Aisyah menepuk dahi.

"Kau reject je dulu pelan-pelan. Kalau dah tak mampu, kau inform aku. Aku sendiri cakap dengan dia yang kau tak berminat. Haaa tu aku kaunselingkan dia sekejap nanti sebagai tambahan. Kalau orang tak suka, tak yahlah paksa en en en?" kata Aisyah.

Nass mengangguk laju.

"Thanks Syah. InshaAllah aku ikhtiar apa yang patut dulu. Kalau dia dah lepas limit, aku cakap an kau." kata Nass lagi.

"Okie, no problem Nass!" jawab Aisyah.

Nass membalas dengan senyuman.

***

Aisyah berjalan ke arah kafe sambil memegang laptopnya. Sampai sahaja di pintu kafe, kelihatan enam orang lelaki yang dia sangat kenali sedang ketawa riang dan ceria.

Jantung Aisyah terasakan berhenti berdegup buat sesaat. Dia lantas menutup kembali pintu itu. Air matanya pantas menitis. Mereka bahagia tanpanya, malah mungkin lebih bahagia.

Aisyah berjalan ke arah bertentangan dengan pantas. Hasratnya untuk memesan kopi kegemaran Aisy, Black Coffee nampaknya terpaksa ditunda ke hari yang lain. Aisyah pergi ke arah keretanya dan memandu.

Ada satu tempat yang dia ingin pergi. Satu-satunya tempat yang memberinya harapan untuk terus hidup dan tersenyum.

Namun, tanpa Aisyah sedar, ada bayang seseorang memerhati pergerakannya.

***

Aisyah memasuki kawasan perkuburan Islam itu dengan perlahan, melihat setiap langkahnya. Alangkah peritnya dia untuk memasuki kawasan ini. Kawasan ini telah meruntuhkan semangatnya satu persatu satu ketika dahulu.

Aisyah duduk di sebuah pangkin kecil yang dibawanya dan memandang sayu dua buah batu nisan yang kelihatan lama itu.

Disitu, tertera nama ibu dan ayah tercintanya. Ibu dan ayah yang sudah lama pergi meninggalkan Aisyah. Setitis air mata kerinduan jatuh menuruni pipi Aisyah. Dia rindu ayah dan ibunya. Masa yang diluangkan bersama mereka takkan pernah cukup.

Usai membaca Yassin dan menyedekahkan Al-Fatihah dan doa, Aisyah beralih ke kubur yang lain yang terletak di kawasan yang lebih jauh sedikit.

Kali ini, sebelum sempat Aisyah duduk di pangkin kecilnya, dia menangis teresak-esak. Dia mengusap lembut batu nisan yang tertera nama Fathull Aisy itu. Abangnya, orang yang paling dia perlukan waktu ini.

Bayang lelaki yang mengekori Aisyah memalingkan pandangannya. Noah, mengelap matanya. Sungguh sayu dan perit kehidupan wanita bernama Fayyana Aisyah. Ya, dari tadi dia mengekori Aisyah. Kebetulan dia sedang duduk makan di sebuah restoran dan terlihat Aisyah melintas untuk ke kafe yang dia sukai. So, dia ikut jelah.

Sampailah ke sini. Tak sangka sungguh.

"Abang, Aisyah rindu. Bang, Harith nampaknya dah lega dah sekarang dia tak perlu nak jaga Aisyah dah. Abang maafkan dia ye. Dia cuma ikut cakap Qhai, bukan salah dia. Selama Aisy takde, Harith lah yang jagakan adik. Sekarang, biarlah Harith lepas dari tugas tu ye bang. Adik redha. Abang, ayah dan ibu tak payahlah risaukan adik. Bang, semoga kita berjumpa lagi dalam keadaan yang baik dan waktu yang baik. Aisyah rinduuu Aisy lebih dari segalanya." luah Aisyah.

Memandangkan Noah berdiri di sebuah astaka berdekatan kubur itu, dia dapat dengar dengan agak jelas 'perbualan' Aisyah itu. Tipulah jika dia kata hati dia tidak tersentuh. Namun, sedikit-sebanyak hatinya masih sakit dengan penipuan Aisyah.

Agaknya patutkah dia bagi ruang untuk Aisyah beri penjelasan?

Noah turut duduk dan membaca Al-Fatihah buat arwah ayah, ibu dan abang Aisyah senyap. Sebaik sahaja kereta Aisyah memecut pergi, Noah bangun dan berjalan ke keretanya.

Tiba masa dia pulang ke rumah dan memikirkan sama ada dia dan Aisyah adalah sesuatu yang benar atau tidak. Jika ya, patutkah Aisyah diberi peluang untuk memberi penjelasan? Jika tidak, kenapa Noah asyik terhegeh nak ekori dan jaga dia?

Haih, rumitnya.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now