𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 27

567 38 0
                                    


Sudah sebulan lebih berlalu sejak semua peristiwa itu berlaku. Aisyah sudah membiasakan diri dengan jelingan, kata-kata hinaan dan pandang rendah dari Emperiors malah, kadangnya Noah sendiri.

Entah kenapa, diri ini sudah seperti hampir mengalah.

Aisyah duduk di sebuah meja di penjuru kafe itu, terlindung dari pandangan sesiapa yang tidak melihat dengan teliti. Dia dan Nass selalu mengunjungi kafe ini untuk bincang pasal assignment dan lepak.

Kalau tak dengan Nass, selalunya Aisyah pergi seorang. Yelah, Nass agak busy sebab dia sangat pentingkan pelajaran. So.. semua benda kena perfect and triple-check. Ha itulah Nass.

Aisyah menghirup kopi panas sambil menaip di laptop nya. Tiba-tiba entah dari mana, pintu kafe itu terbuka dan bunyi ketawa dan percakapan yang kuat jelas kedengaran. Aisyah mengeluh. Dia kenal suara-suara itu.

Emperiors.

Mereka mengambil tempat berdekatan pintu masuk dan di ruang yang terbuka selepas habis memesan minuman. So, memang diorang tak nampak Aisyahlah. Aisyah kembali membuat kerja.

Kedengaran hujan yang sangat kuat di luar kedai. Aisyah memandang jam. Dia terkandaslah jawabnya. Walaupun bawak payung, macam mustahil je nak redah hujan ni.

Tiba-tiba, pintu kafe itu terbuka sekali lagi dan menampakkan wajah yang Aisyah sangat kenal. Aisyah memandang pemuda yang hampir basah itu terpinga-pinga.

Syed Qairul Noah memasuki kafe itu dengan baju yang sedikit basah. Qhai dan member yang lain tak terlepas pandang. Belum sempat pun Noah ke kaunter untuk pesan apa-apa, bajunya ditarik kasar oleh Iyad ke arah meja Emperiors.

Aisyah memalingkan muka dan kembali melihat laptop nya. Berkali-kali dia memesan kepada dirinya untuk berdiam. Diam Aisyah, jangan masuk campur. Noah bencikan kau. Emperiors buang kau. JANGAN MASUK CAMPUR.

"Eh, hai abang." sapa Qhai dengan nada penuh jijik. Noah ketawa penuh sinis.

"Apa kau nak?" tanya Noah kasar. Qhai tersenyum.

"Takde, saja cari pasal." kata Qhai. Noah roll eyes dan ingin berlalu pergi. Namun, langkahnya dihalang oleh Iyad dan Faid. Noah memandang mereka tajam.

"Hujan lebat luar tu. Kau tak nak main ke?" tanya Qhai. Kelihatan member Emperiors yang lain tersenyum sinis. Iyad sudah mula ketawa.

"Eh pergi mampuslah!" ujar Noah. Qhai ketawa dan bangun dari tempat duduknya. Dia menolak Noah kuat. Noah terjatuh ke lain. Sebelum sempat dia melawan, tiga lelaki yang lain, Faid, Darius dan Iyad membangkitkan Noah dan membiarkan Noah berdiri terkulai.

Qhai menumbuk Noah penuh tenaga. Noah mengaduh kesakitan. Suara Noah membuatkan Aisyah menoleh. Mulut Aisyah terlopong dan matanya membulat. Kemarahannya mendadak naik.

Aisyah segera mengemas barangnya sambil matanya melihat kejadian itu penuh hopelessly.

Seterusnya, Qhai menolak Noah keluar dari kafe itu, terus dibasahi hujan lebat. Pergerakan Aisyah terhenti. Noah memandang Qhai penuh terkejut. Air hujan yang deras membasahi tubuh Noah, menambah rasa kelemahan lelaki itu.

"Kau patut dah lama mati. Bukan bonda. Kau pergi mampus. Takde orang sukakan kau." ujar Qhai lalu masuk semula ke dalam kafe. Noah terpinga-pinga dan bangkit.

Noah terus berlari ke suatu arah. Aisyah siap mengemas barang dan menghantarnya ke kaunter untum disimpan sebentar. Kemudian Aisyah sampai betul-betul di hadapan meja Emperiors.

Mereka semua terkejut melihat wajah merah padam Aisyah.

PAP!

Satu tamparan hinggap ke muka Syed Qairil Nevin. Member yang lain membuka mulut, terkejut dan tak menyangka Qhai sendiri memandang Aisyah dengan nata yang luas terbuka.

"KAU NI BINATANG KE? SANGGUP KAU BUAT ABANG KAU MACAM TU? HEI! KALAU ADA SESIAPA YANG PATUT MATI, ITU IALAH KAU! KURANG AJAR." jerit Aisyah lalu terus mencapai payungnya dan keluar dari kafe itu. Matlamat Aisyah hanya satu.

Mengejar Noah.

***

Noah melutut, tangisan berjuraian keluar dari matanya. Satu persatu kenangan dan pengalaman buruk bermain di mindanya. Apa jahat sangat ke dia? Kalau diputar masa, Noah takkan beredar pergi tinggalkan bondanya. TAKKAN LAGI.

"ARGHHHHHHHHHHHHHHH!" jerit Noah kuat di dalam hujan lebat itu. Kawasan yang senyap sunyi itu menggemakan jeritan kesakitan Noah. Fizikal dan mental. Hujan yang lebat masih membasahi tubuhnya. Baju, seluar, rambut Noah, basah lencun semuanya.

Noah menutup matanya.

Namun, secara tiba-tiba, air hujan yang sudah sebati dengan wajahnya tiba-tiba berhenti turun. Nak kata hujan dah berhenti tak mungkin, sebab jelas kedengaran hujan di telinga Noah.

Noah membuka mata.

Di atas kepalanya, sebuah payung dipegang rapi dan kemas. Noah menoleh.

Kelihatan Aisyah yang memegang dua payung. Satu payung untuk dirinya, dan satu lagi memayungkan Noah. Wajah Aisyah penuh sayu.

"Saya tak kisah awak nak cakap apa. Saya cintakan awak Noah. Saya sayangkan awak. Saya redha awak tak terima saya. Memang salah saya. Silap saya. Tapi semua yang saya berikan pada awak bukannya helah. Semua tu benar. SAYA TAK PERNAH TIPU SAAT SAYA KATA SAYA CINTAKAN AWAK. YA, SAYA CINTAKAN AWAK! Terpulanglah nak percaya ke tidak. Tapi, Syed Qairul Noah, saya dah jatuh cinta kat awak. Jatuh sangat sangat sangat dalam." kata Aisyah.

Suaranya jelas kedengaran di telinga Noah meski hujan lebat di sekitarnga. Mata Noah yang merah dek menangis dan meraung tadi bertatapan dengan mata sayu Fayyana Aisyah. Fikirannya kosong.

Aisyah mencapai tangan Noah lembut. Noah rindukan rasa itu. Aisyah memegang tangan Noah dan memberikan payung itu kepada Noah untuk lelaki itu pegang sendiri. Mata Noah dan mata Aisyah langsung tidak berhenti bertatapan.

Noah menyambut dan memegang payung itu dengan kemas.

Aisyah berikan senyuman manis terakhir dan berpaling. Perlahan-lahan, langkah wanita itu berlalu pergi dari Noah. Jauh.

Aisyah menangis. Ini adalah kali terakhir dia akan mencuba. Lepasni, dia akan pergi jauh, jauh dari Noah. It's now or never.

Mata Noah berkelip. Satu api yang tidak pernah malap terus membara kuat semula. Noah memandang bayang Aisyah yang hampir hilang. Dengan segala kudrat yang dia ada dan masih punyai, Noah menjerit.

Kuat, jelas dan penuh rasa terdesak takut ditinggalkan. Tidak lagi dia akan dibelenggu rasa rindu dan ego. Dia lepaskan semua itu dengan satu jeritan terakhir.

"FAYYANA AISYAH!" jerit Noah.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now