𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 33

579 37 0
                                    


Haq memandang Harith lama, agak terkejut dengan kenyataan itu. Apa begitu senang ke jawapannya? Atau Harith memang tak izinkan Noah dan Aisyah berkawan.

Noah menghela nafas panjang.

Aisyah di sebelah pintu turut menghela nafas panjang. Ada satu jawapan bermain di mindanya. Aisyah rasa jawapan itulah yang Harith inginkan, dan harapnya Noah jawab dengan betul.

"Bagi aku, Aisyah perlukan kesenangan zahir, duit dan rumah. Itu asas, dan aku tahu itu bukan jawapannya. Dari kecil, Aisyah dah kehilangan kasih sayang dari ibu dan ayahnya dan pada umur yang memerlukan bimbingan, Aisyah kehilangan abangnya. Jawapan aku, selain kasih sayang seorang suami, aku akan berikan Aisyah kasih sayang berupa seorang abang dia. Aku tahu Chik dan Ayah mampu berikan kasih sayang ibu dan ayah, walau tak sama dengan yang terdahulu. So yes, jawapan aku Aisyah perlukan kasih seorang abang yang dia boleh bermanja dan bergurau senda secara rapat dan selesa." jawab Noah dengan agak yakin.

Haq memandang Harith. Tanpa bersuara, Harith tiba-tiba ketawa.

"Gila. Jawapan kau sebijik dalam kepala aku. Jadi.. ya, aku restukan kau berdua. Jaga Aisyah, Noah. Kalau tak, bersedialah berdepan dengan aku." kata Harith.

Noah yang tanpa sedari menahan nafas, menghela panjang. Fuh. Aisyah turut tersenyum dan mengajak Chik Yah masuk.

"Hai. Dah habis bincang ye?" tanya Aisyah sebaik masuk, kemudian terus duduk di tepi Noah. Noah mengukir senyuman lebar kepada wanita itu. Segala ketegangan dari soalan tadi terus hilang bila matanya bertatapan dengan Aisyah.

"Hai. Iya." jawab Noah. Aisyah membalas senyuman Noah.

Harith melihat kedua gerangan itu dan memandang Haq. Haq yang cukup faham kerisauan Harith, menepuk bahu lelaki itu dan menganggukkan kepalanya.

"You did well." bisik Haq.

***

Nass dan Aisyah berjalan keluar dari dewan kuliah itu. Sudah beberapa minggu berlalu sejak Aisyah bertemu dengan keluarga Noah. Rasanya hampir genap sebulan dah. Haih, cepatnya masa berlalu.

"Syah, aku dah tolak dah lelaki tu. Aku dah  buntu dah ni." rungut Nass. Aisyah mengangkat keningnya. Rasanya dah tiba masa untuk dia sendiri bercakap dengan lelaki obses itu.

"Okey, bila dan kat mana kau selalu jumpa dia?" tanya Aisyah. Nass bercerita dan terus bercerita. Aisyah mengangguk dan bersedia.

***

"Qhai.. kita dah buat prank ni kat dia tu banyak kali. Aku dah bosan ni." ujar Faid lemah. Darius bermain telefon kemudian menguap. Keseronokan yang dulu ada kini langsung tidak terasa lagi. Dah mereka bertiga je tinggal, mana tak sendu.

"Habistu kau nak aku buat apa?" amuk Qhai yang baran itu. Darius dan Faid saling berpandangan.

"Korang ada dengar ke berita si Iyad, Harith ngan Haq?" tanya Darius menenangkan keadaan. Qhai mengeluh panjang.

"Entah." jawab Qhai.

"Aku adalah terserempak diorang berapa kali, aku adalah tegur. Kitorang okey je, berkawan." jawab Faid. Darius menganggukkan kepalanya, Qhai pula memandang Darius tidak percaya.

"Apesal lak kau berkawan ngan pengkhianat camtu? Kau tahu kan Harith ngan Haq siap mintak maaf kat abang aku lagi. Kau dah kenapa ni Faid?" tanya Qhai dengan marah.

"Aku dah penatlah dengan drama kau, Qhai. Dah ah, aku cau lu." ujar Faid kemudian berlalu pergi. Darius turut mengikut arah Faid pergi, meninggalkan Qhai sendirian.

Qhai mengeluh.

***

Noah menjaringkan gol ketiga puluh pada petang itu. Dia tersenyum dan membalas text Aisyah sebentar. Kemudian, dia kembali bermain semula.

Tiba-tiba kedengaran seseorang berdehem dari belakangnya. Noah berhenti bermain dan melihat gerangan itu. Noah agak terkejut dengan gerangan yang dia lihat itu.

Riyadh Hadiff berdiri berdekatan sebuah bangku dengan baju sukannya.

Noah mengerutkan dahinya. Setahu Noah, si Iyad ni dah lama jugak quit Emperiors tapi tulah, belum pernah lagi dia berjumpa Iyad selain Haq dan Harith.

"Boleh aku join?" tanya Iyad. Mulanya Noah ingin menolak, tetapi mengingatkan yang lelaki di hadapannya ini telah meninggalkan grup adiknya, dia nengangguk.

Iyad masuk ke court. Permainan antara mereka berdua agak sengit dan menyeronokkan. Walau Noah tidak ingin menyebutnya, sebenarnya, Iyad agak pandai bermain basketball dan merupakan satu challenge juga.

Setelah beberapa lama, kedua pemain itu berehat sebentar untuk minum air. Noah memeriksa telefonnya dan kembali membalas text Aisyah  Senyuman ceria jelas kelihatan. Tiba-tiba, Aisyah menghubungi Noah. Noah segera menyahut.

"Waalaikumusalam sayang. Ye?" tanya Noah kepada Aisyah di telefon.

Kerap kali juga Iyad memandang Noah. Setelah beberapa lama, Noah memutuskan panggilan, itu pun, dengan senyuman lebar sampai ke telinga.

"Aku mintak maaf, bro. Aku banyak buat salah kat kau." ujar Iyad tiba-tiba. Noah memandang Iyad.

"Sorry bro. Aku sedar aku silap, aku ada tanya Harith mana tempat nak cari kau. Dia bagitahulah kau selalu main basketball kat sini." tambah Iyad.

"Kau ada minta maaf dengan Aisyah?" tanya Noah.

"Aku ada tanya mana rumah baru Aisyah dan mana tempat Aisyah selalu pergi kat si Harith dengan Haq. Tapi diorang tak nak bagitau. Diorang dua tak nak aku sakitkan Aisyah. Sebab tulah jugak aku datang jumpa kau ni." jawab Iyad.

"Aku maafkan kau, Yad." balas Noah.

"Thanks bro. Aku tahu aku salah dan patutnya aku sedar dari awal. Tapi tulah, aku terlalu ego. Mulut je lancang semacam tapi pengecut." ujar Iyad lagi

"Aku ada dengar cerita kau kena tumbuk Qhai berkali-kali sebab kau nak keluar Emperiors. Kau langsung tak tukar fikiran. Itu bukan tindakan seorang pengecut." ujar Noah pula. Iyad tersenyum.

"Banyak Haq cerita ek." ujar Iyad. Noah tersenyum.

"Kenapa quit Emperiors? Kau siap quit awal lagi dari si Harith ngan Haq tu. Nak kata kau insaf, kau takde pun pergi cari Aisyah atau aku serta merta." tanya Noah curiga.

"Aku sedar semua tu salah. Yang pasal aku tak cari kau atau Aisyah tu, tu sebab aku ego sikit. Biasalah." jawab Iyad jujur.

"Ada sesuatu yang lain ye bro?" tanya Noah meneka. Iyad ketawa. Keadaan sunyi buat seketika. Iyad seperti ragu-ragu untuk memberitahu Noah. Akhirnya, dia memecahkan kesunyian itu dengan tiga perkataan yang Noah sendiri langsung tak sangka.

"Aku jatuh cinta." jawab Iyad selepas beberapa ketika.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now