𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 4

714 47 3
                                    


"Guys, lama dah kita tak buat prank dekat abang kesayangan aku tu en?" tanya Qairil dengan wajah yang ceria. Faid terus mengangguk laju. Harith hanya tersenyum sinis.

"Korang nampak tak semalam keta apa dia pakai?" tanya Harith. Qairil mengangguk.

"Porsche merah." jawab Aisyah. Sinaran mata keenam-enam member Emperiors yang lain semakin terang. Sudah pasti mereka memikirkan prank sama.

"Aku cadang.. kita lekat sticker yang macam scratch dekat kereta baru dia. Biar nampak macam scratch betul. Pastu Faid, kau bolehlah anbik sepana ke apa ke esok supaya prank nampak real. Meletup habis dia kang." cadang Qairil. Kesemua yang lain mengangguk kecuali Aisyah.

"Korang ni.. tak habis-habis kacau Noah." ujar Aisyah tiba-tiba kemudian membelek muka surat lain dalam bukunya. Harith roll eyes.

"Kau ni masih terhutang budi ke apa?" tanya Harith. Aisyah menjelingnya tajam. Sudah 2 minggu sejak kejadian yang berlaku itu terjadi. Aisyah juga sering mengelak dari terserempak dengan Noah. Rasa awkward pula.

"Kau mesti tahu prinsip kita. Dia penyebab ibu aku meninggal. Aku benci dia. Aku benci Noah." ujar Qairil dengan nada mendatar dan serius. Aisyah menelan air liur.

Qairil memang dah lama berdendam dengan Noah. Semua ahli Emperiors mesti tanam sifat benci kat Noah. Itu dah jadi semacam prinsip Qairil. Aisyah tahu yang Qairil takkan bertoleransi kalau dia tahu yang mana-mana member Emperiors berinteraksi secara baik kat Noah.

Kalau dia tahu, memang meletop kebabom.

Tapi setakat ni, semua member Emperiors bencikan Noah, mengikut je cakap si ketua!

"Dah Qhai, sekarang kita atur plan dulu. Set-set bagi cantik, esok mesti lancar punye!" kata Iyad cuba menceriakan keadaan yang bertukar tegang itu.

Qairil mengangguk.

Ketujuh-tujuh mereka selesai berbincang setelah 20 minit. Hasilnya, Faid akan bawa sepana dan tukul. Iyad pulak beli sticker scratch. Qairil, Aisyah dengan Darius pulak akan lekat sticker tu sementara Iyad hebohkan pasal kereta tu dekat gelanggang utama. Harith pulak akan jaga situation, manalah tahu kalau-kalau mengamuk habis Noah esok.

"This is gonna be so litttt." kata Qairil lalu membalas high-five Iyad dan Darius.

"Who are we?" sorak Qairil.

"EMPERIORS!" sorak keenam-enam member yang lain.

Qairil tersenyum sinis, sudah mula meraikan kejayaan esok hari yang sudah tentunya digenggam dalam tangan. Habis sahaja berbincang, member yang lain mula beredar.

"Aisyah, stay. A word, please." panggil Qairil. Harith kelihatan ragu-ragu, takut yang Aisyah bakal dimarahi ke apa ke tapi Qairil bagi signal supaya dia balik, maka Harith pun berlalu.

"Yes?" tanya Aisyah, jantungnya mula berdegup pantas.

"My brother is a little piece of jerk. Learn, know, remember. Our main principle is to hate him, to follow what I do and what I demand. I am the founder of Emperiors, the leader of the pack. Aku dan yang lain anggap kau macam adik, Aisyah. Dah 2 tahun Emperiors ditubuhkan. Kau bukan member biasa, kau adik kitorang. You are our little sister. We gotta take care of you especially from that specific jerk." kata Qairil panjang lebar. Aisyah hanya mendiamkan diri.

"I love you, as my sister. Jangan terhutang budi dengan lelaki macam tu. Jangan kerana budi, kau nak terus act baik dengan dia. Come on, you are better than that. You are a legit little sister. OUR legit little sister. Arwah Aisy tentu setuju." sambung Qairil lagi lalu mengukir senyuman.

Aisyah tersenyum manis. Pandangan yang jelas bertukar kabur, air matanya bertakung dan hampir menitis namun dia tahankan. "I will, thank you so much, Qhai. I'll try to never let you guys down." balas Aisyah.

"No need to try. I know you won't." jawab Qairil lagi lalu tersenyum buat kali terakhir dan melangkah pergi. Akhirnya, air mata yang ditahan menitis perlahan. Aisyah ketawa kecil.

"Bertuahnya aku." bisiknya sendirian.

***

"Okey siap! Nais Aisyah, good job Bro!" puji Qairil lali tersenyum lebar ke arah Aisyah dan Darius. Faid pula dah bersedia dengan tukul dan sepana di tangannya sambil mengambik tempat mencangkung di bahagian kiri kereta sambil pura-pura mengetuk. Qairil pula mencapai tukur dibekal oleh Faid.

Apabila semua persediaan sudah siap, Iyad terus pergi ke gelanggang utama untuk membuat pengumuman.

"Sesiapa yang mempunyai kereta Porsche berwarna merah, nombor plat WXQ 88, sila check kereta anda! Agaknya kes vandalisma di kampus kita ni makin teruk ye! Seikhlas hati, Emperiors!" umum Iyad melalui speaker dan microphone mudah alih itu. Turunnya Iyad dari pentas, kelihatan kelibat seorang lelaki berlari sepantas kilat ke arah parking lot.

Iyad senyum sinis. "This is gonna be so good." ujarnya sendirian. Sementara itu, student yang nendengar pengumuman itu tertarik dan mula berkumpul di parking lot kereta yang dimaksudkan.

"Emperiors, tu geng pranksters tu kan? Entah-entah ni prank diorang kot." kedengaran soalan-soalan dari freshmen kolej yang baru mengenali Emperiors. Iyad semakin tersenyum lebar.

***

Noah berlari sepantas mungkin. Baru dua hari sahaja dia memandu kereta itu. Dahlah kereta baru!

Sesampainya Noah di parking lot, darahnya terus menaik serta-merta apabila melihatan sepana dan tukul di tangan Faid dan Qairil yang bergelak sakan. Kelihatan Aisyah juga berada di situ.

"HOI, KAU GILA KE KAU BODOH? KAU SENGAJA CARI PASAL KAN?" jerit Noah dari jauh. Aisyah terus berpaling, begitu juga dengan member Emperiors yang lain.

"Hai, Noah. Cantik kereta kau. Aku tambah design je." ujar Qairil lalu menjatuhkan tukul di tangannya serta-merta. Sudah mula ramai student yang berkumpul di situ. Aisyah menjadi sedikit gelisah.

"TAK GUNA! KAU PEREMPUAN! AKU SELAMATKAN KAU, INI YANG KAU BALAS?? KORANG NI MEMANG SETAN, KORANG NI MEMANG TAKDA PERASAAN!" jerit Noah lagi. Qairil ketawa.

Noah terus berlari laju ke arah Qairil dan mencengkam bajunya. Harith terus mesuk campur.

"Woi bro stop stop, ni sticker scratch je. Kau check. This is a prank." ujar Harith usai berjaya menahan Noah. Mata Noah yang berwarna merah mula menyedari keadaan itu.

"Hello, we're pranksters. Often known as Emperiors. I am Qairil Nevin, the leader." ujar Qairil lalu tersenyum sinis. Noah mengesat air matanya dan memandang Qairil lama. Harith melepaskan pegangannya kepada Noah.

Noah sedar akan peluang itu dan melepaskan satu tumbukan padu ke arah muka yang saling tak tumpah seperti wajahnya. Harith tidak sempat menghalang lagi.

Lebih teruk, mereka juga ada ramai spectators.

"Itu untuk segalanya." kata Noah lalu membuka pintu keretanya dan memandu keluar kawasan kampus. Qairil yang ditumbuk terbaring kerana kekuatan tumbukan itu. Harith menghulurkan tangan sambil meminta maaf manakala Faid dan Darius serta Aisyah menghalau semua student yang melihat kejadian itu.

Qairil mengelap mulutnya. Darah perlahan-lahan menitis keluar. Qairil tersenyum sinis, kemudian menyambut huluran tangan Harith untuk bangkit berdiri.

"Qhai.." tegur Aisyah. Qairil diam. Perlahan-lahan, lelaki itu menyusun satu plan dalam mindanya. Plan yang akan memusnahkan Noah. Plan yang akan membuat Noah terasa kerdil.

Plan yang akan menghancurkan Qairul Noah.

The Syed's TwinWhere stories live. Discover now